bismillahirahmanirrahim
haih2. seronok melihat 'kawan2 comel' ana ter'update' post mereka. bilakah akan datangnya ilham kepada ana sebagaimana ilham yang diberi kepada kawan2 'comel'??
cuma sedikit saya mahu kongsi. lihatlah. mungkin dengan mata hati setelah saya kisah perkara sebenar. bukan berniat untuk mengutuk atau mengeji. sekadar perkongsian dan muhasabah untuk diri sendiri dan siapa-siapa yang berminat.

cuma hari ini, saya pelek dan musykil kenapa diadakan perkumpulan sebegini rupa. jika tidak salah tafsiran saya, majlis ini bermula selepas zohor. suasana gempak gempita seolah-olah meraikan sesuatu kegembiraan. muzik bingung menceriakan suasana ditambah dengan sorakan meraikan persembahan yang dijalankan. pergaulan antara lelaki dan perempuan, apatah lagi.. salah saya, saya lupa untuk bertanya sahabat2 mesir mengenai majlis keramaian ini.
lagi gambar. kali ini selepas iqamat. pada jangkaan saya, bilangan yg ramai sebentar tadi sudah berkurangan. ya! kerana sebahagian mereka mula bersurai selepas azan asar. alhamdulillah. tetapi gambar ini di'capture' dari tingkap masjid bahagian wanita yang berada di tingkat atas.maaf saya katakan.kalaulah arab ni bace...~
muzik kedengaran semakin hingar bingar. dan tarian kelihatan semakin rancak sehingga memaksa makcik2 penjaga masjid menutup tingkap dengan kuat setelah imam mengangkat takbir. marahkah anda wahai mak cik?
saff solat tidak mencapai satu barisan (bagi wanita) sila penuhkan sebagaimana anda penuhkan sehingga tiga barisan pada waktu2 solat lain.
hajar, apa yang awak lakukan?
Allah~
kenyataannya, saya hanya mampu beli krib yang jarang-jarang saya beli dan duduk melihat kalian berseronok di depan mata saya sementara menunggu iqamat memanggil.
Allah~
saya hanya mampu beristighfar dan membenci didalam hati. dan itulah selemah-lemah iman...
****
kita sudah maklum akan perkara ini. tetapi, kitakan manusia. PELUPA! dan perlu pada peringatan. syukran kawan!
saya ringkaskan sahaja ya..
Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya beberapa soalan;
1. apakah perkara yang paling hampir dengan kita?
2. apakah perkara yang paling besar dalam hidup kita?
3. apakah perkara yang paling berat untuk ditanggung?
4. apakah perkara yang paling mudah untuk kita lakukan?
5. apakah perkara yang paling tajam dalam dunia ini?
so, jawapannya semua dah tahu kan??
1. MATI
2. HAWA NAFSU
3. AMANAH
4. TINGGALKAN SOLAT
5. LIDAH
kesimpulannya, biar sedikit yang kita peroleh. tetapi biarlah dapat menyentuh hati kita. insaf~
Allahua3lam



