~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Wednesday, November 30, 2011

Masa Peralihan Hampir Tiba *JPP 2012/2013

new day, new life, new story..

Assalamualaikum w.b.t

* Ini bukan luahan perasaan atau ceritera hati, ok :))


Terima kasih JPP atas hagah ini. panjang kan?


Sekejap di rasa masa yang berlalu. Budak hingusan itu kini sudah boleh bertatih mengenal dunia. Dan kian meneroka alam milik Sang Khaliq.
Daripada yang berfikiran sempit kepada yang lebih ke hadapan. Daripada yang manja kepada yang lebih tabah. Daripada yang kosong kepada yang lebih ter'isi'. Daripada yang mementingkan diri sendiri kepada yang lebih memikirkan masalah ummah. Daripada yang mampu menerima
kepada yang lebih suka memberi; 'Erti hidup pada memberi'.

Saya tidak merasai ini adalah aturan dunia yang berlaku sekadar tidak sengaja atau silap mata. Secara logik akal, agak sukar untuk dipercayai apabila seseorang itu yang baru memasuki tahun kedua keberadaan di Mesir untuk memegang tampuk pimpinan pelajar. Saya sendiri masih tidak mempercayai saya sudah melalui fasa-fasa kehidupan itu. Dan paling tragis, ditaklifkan sebagai seorang pimpinan tidak termasuk dalam perancangan saya di sini. Allahu a3lam~Ya, ini semua sudah disusun cantik oleh Allah! Dimana hikmah yang tersirat perlu kita halusi sendiri. *ya Allah, dihadapanMu ini hanyalah hamba yang kerdil*

"... mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
[al-Anfal: 30]

Dalil ini kuat menunjukkan bahawa manusia seperti ini adalah satu ciptaan yang lemah. Apabila kita berkehendakkan sesuatu, hakikatnya kehendak Allah akan mengatasi segala-galanya. Walaupun apa yang berlaku tidak seperti yang kita ingini, tetapi Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Saya pernah terpana sehingga mengalirkan air mata ketika memikirkan hakikat sunnatullah ini.

"A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way"

Banyak yang aku 'dapat' selama menjadi lain-daripada-yang-lain. Kita sering dimomokkan
bahawa kedudukan kita bukan satu keistimewaan, tetapi kita adalah PEMEGANG AMANAH. Masa yang kita ada bukan berjalan 24 jam sehari seperti orang lain, tetapi masa itu BERLARI 24 jam sehari. Bahan-bahan bacaan yang kita baca bukan sekadar memenuhi silibus pengajian di kuliah tetapi merangkumi tuntutan masalah ummah, cara-cara pengurusan, motivasi penguat jiwa dan diri. Kesimpulannya, saya kena akui bahawa saya dipilih Allah untuk berjalan diatas lorong 'tarbiyah' ini. Dan kenapa saya dipilih, itu menjadi rahsia Sang Pencinta, Rabbul Jalil. Paling penting, saya gembira kerana Allah beri saya peluang yang sangat berharga ini. Andai mampu saya ceritakan, pasti akan memenuhi ruang alam buana ini (overdose kan?). Kesedihan dan kesakitan itu terkadang melukakan, tetapi akhirnya ia akan pulih. Hanya hati yang merasai akan sedar betapa manisnya menerima tarbiyah melalui jawatan daripada Allah. Allahuakbar!

Allah nak saya jadi hamba yang BERSYUKUR,
Allah nak saya jadi ummat yang MENYAMPAIKAN,
Allah nak saya jadi anak yang BERJASA kepada ibu bapa,
Allah nak saya jadi muslim doktor yang BERKETRAMPILAN,
Allah nak saya jadi ......

"It is very satisfying to see that you have ACHIEVED SOMETHING, rather than just SPENDING TIME DOING SOMETHING"

Saya masih banyak kekurangan. Banyak sangat-sangat! Saya masih belum berjaya melunaskan segala janji yang saya niatkan ketika mula-mula saya menggalas tanggungjawab ini. Saya takut, risau andai saya tidak mampu menjawab soalan-soalan yang Allah akan tanya saya di Padang Mahsyar nanti. Cuma saya yakin, Allah tahu saya sedang-cuba-untuk-berusaha.

Saya berdoa agar, kenaikan pemimpin-pemimpin utk sesi akan datang ini dilancarkan segala perancangan, dipermudahkan segala gerak kerja seterusnya diredhai Allah dalam segala amal. Dan bagi saya, saya akan tetap meneruskan perjalanan tarbiyah ini walau dimana saja posisi saya, inshaAllah! Doakan juga saya memperoleh istiqamah.



Untuk masa-masa yang berbaki ini saya akui saya sedang berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh disamping mencuba untuk fokus didalam kuliah sehari-harian. Moga peroleh keberkatan waktu dan amal daripadaNya....

Wasiat Imam Hasan Al-Banna:
Saudaraku,
Janganlah kau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi untuk hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan terus menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah berfirman: "Dan orang -orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" [al-Ankabut; 69]


*Kalaulah pres buat post yang serupa, mesti akan nampak jurang perbezaan. Pres lagi baaaaaaaanyak pengalaman kottt :))




Tuesday, November 22, 2011

Mesir dan segala isinya :)

new day, new life, new story..

Dalam akhbar di Malaysia sedang kecoh menceritakan keadaan politik Mesir yang semakin tidak stabil. Di tambah lagi dengan 'asam garam, rempah ratus' yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar berada dalam ketakutan. Hanya menanti evakuasi kali kedua (ok, yang tu saya tambah )

Hamdan katheer, Allah masih hidupkan kami dengan nyawa yang syumul dan boleh bergerak
dengan mudah untuk menuntut ilmu Allah di Bumi Barakah ini. Hanya yang saya pinta, doakan, doakan dan doakan semuanya akan berlalu dengan selamat. Sama ada pembelajaran kami, urusan kehidupan kami, proses pilihan raya Mesir, kenaikan kerajaan baru yang lebih baik dan seterusnya memperoleh negara yang lebih baik daripada sebelum ini. Kerana doa itu SENJATA mukmin. Barangsiapa yang tidak yakin dengan kekuatan doa, maka rapuhlah iman yang terselit di dada. Nauzubillah~



Kesimpulannya, apa yang mahu saya sampaikan, kami berada dalam keadaan yang selamat dan sentiasa setia dan patuh terhadap notis-notis keselamatan yang diberi oleh pihak Keduataan Malaysia, pegawai-pegawai di BKAN, PERUBATAN dan PMRAM.

Saya tertarik dengan demonstrasi yang dicetuskan oleh rakyat Mesir ini dari segi aspek KEBERANIAN mereka. Seperti yang kita tahu, disinilah bumi di mana para Anbiya' diutuskan, antaranya Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Soleh. Dan di sini juga Firaun bangga mengatakan bahawa dirinya adalah Tuhan. Apa yang berlegar-legar dalam fikiran saya adalah, rakyat Mesir kini adalah waris-waris daripada golongan-golongan yang terbilang pada zaman dahulu kala. Tidak termasuk lagi, hamba-hamba abdi yang Firaun gunakan untuk mengangkat bongkah-bongkah batu semasa mebina piramid beribu-ribu tahun dahulu. Kini, kita dapat lihat kesan 'kekuatan' yang mereka peroleh daripada nenek moyang mereka masih menebal dalam diri setiap warganegara Mesir ini. Sehingga mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim yang sudah bertapak hampir 30 tahun dan kini mengumpul kembali kekuatan untuk menuntut kerajaan yang sememangnya milik mereka. Allahuakbar!!!

Saya rasa rakyat Malaysia juga mampu menjadi seperti rakyat Mesir. Siapa tidak kenal kepada Hang Tuah , Pahlawan Melayu yang terbilang dari negeri Melaka......? Takkan melayu hilang di dunia. Salam 1 Aqidah! ;)

*Countdown menuju Tahun Baru 1433 H. Azam Tahun Baru 1432 H masih belum terlaksana sepenuhnya, muhasabah Tahun Baru 1431 H juga masih belum penuh dituntuti. Astaghfirullah. Bila kita betul-betul mahu berhijrah ni?

p/s ; siap sedia dengan Doa akhir dan awal tahun.

*post kali ini pendek! :D




Sunday, November 13, 2011

Kabus Pagi

new day, new life, new story..


"ya Hajar, ihtimam 3alal Quran, iqrai kathir.."
"InsyaAllah ya Sheikh..." hanya itu yg mampu dijawab setelah selesai bertahsin qiraat lebih kurang sejam pagi tadi. Sheikh Muhammad Ali, pengajar yang setia membetulkan setiap kesalahan pada bacaanku. Syukran liLLah, Allah masih beri ruang dan peluang untuk aku belajar. Ya, setiap manusia itu belajar daripada kesilapannya.

Dalam perjalanan pulang berjalan kaki, mencai tremco kosong menuju ke Abbasiyah-Ramsis, hati aku berbisik, "Masih banyak kekurangan pada bacaan Quran aku. Sedihnya.. Takpe, sheikh kata kena baca banyak-banyak" Aku segera memujuk hatiku, dalam masa yang sama aku mencari susu coklat di kedai berhampiran tempat menunggu tremco. AlhamduliLLah.

Selesai mendapat temat duduk dan membuat bayaran LE 1.25, aku mengeluarkan novel Sutera Bidadari (SB) yang aku pinjam daripada juniorku dulu di Sambest dan kini di Kuliah Perubatan,
si Abid. Sempat terlintas dihati aku, "Kenapa aku rasa orang dalam tremko hari ini sangat baik? daripada pemandu hingga kepada penumpang-penumpang lain" Seolah-olah sebelum ini aku pernah mengalami peristiwa buruk. heh. AlhamduliLLah 3ala kulli hal..

Hampir ke separuh buku aku baca SB. Sedar-sedar tremko yang aku naiki hampir sampai ke destinasi yang ingin kutuju-Beit Ibn Nafis :)
Aku terpegun dengan gaya penulisan dalam SB. Bagiku, lenggok penulisan menggambarkan peribadi sebenar sang penulis. Dan, sungguh aku akui, penulisannya kini dan novel-novelnya sangat terkesan dihatiku. Hari ini aku membaca SB, hatiku sayu apabila bait-bait kata didalam SB yang menunjukkan betapa Laksamana Sunan atau Saifuddin begitu bersungguh-sungguh meraih cinta dari Yang Satu-Allah. Setiap tutur bicaranya tidak terlepas daripada zikrullah dan
ucapan-ucapan yang mengagungkan Allah. Aku sebak, refleksi pada diriku
sangat jauh berbeza dengan Laksamana Sunan.

Ya, aku percaya karangan-karangan novel adalah rekaan semata-mata. Hatta Ramlee Awang Murshid juga pernah menyatakannya. Bukan soal direka atau mereka, tetapi hati yang mudah berbolak-balik ini...
Sungguh tidak sabar untuk menyambung bacaan seterusnya!!

Keghairahan aku membaca novel melihatkan seolah-olah aku lupa, akan pesan sheikh sebentar tadi. Tidak benar! Malah, aku cuba merancang bagaimana aku boleh melaksanakan amanah sheikh -Iqrai kathir- itu. Dan, AlhamduliLLah aku sudah temui penyelesaiannya. 3ala kulli hal, aku hanya perancang, sebaik-baik perancang kembali kepada Sang Pencinta-Allah yang satu.
Saja aku 'berjalan-jalan' di Facebook pagi tadi, dan aku temui ayat ini.


”Quran ini adalah pedoman bagi manusia , petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini”. (45:20)

Sehubungan dengan itu, aku ingin memberitahu seraya menghebahkan kepada semua tentang Quranic Week yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan PERUBATAN ^^

Aku percaya pihak PERUBATAN tidak merancang sesuatu aktiviti dengan sia-sia. Setiap yang dianjurkan mempunyai pembawakan yang tersendiri kepada ahli. Dan Q-Week ini, aku percaya mempunyai seribu satu manfaat buat sahabat-sahabat yang menyertai semua aktiviti yang dirancang atau sahabat-sahabat yang hanya menyokong :)



Sebaik sahaja sampai di Masjid Nur, kabus-kabus kelabu mewarnai pemandanganku. Aku yakin, 'the real winter' is just arrived. Aku keluarkan E5 untuk mengambil gambar. Aaah, aku lupa bluetooth telefonku rosak dikerjakan dek air ketika termasuk didalam mesin basuh sebelum ini -.-'



Tetapi, seandainya pemandangan kabus di Mesir seperti tempat ini, sehingga tahun ke 7,8 atau 9 pun aku sanggup tinggal disini :D

Wednesday, November 2, 2011

Kitakan Hamba..!

new day, new life, new story..

Mesti masing-masing penat menghadapi kuliah seharian. Saya hidangkan sedikit halwa telinga petang-petang ni ya. Jemputlah dengar ^^


[ this song affected me a lotsss! ]


Sucikanlah empat hal dengan 4 perkara,

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
4. Dosa-dosa yang silam dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu
-Hukama'-


* Jom lepak-lepak hadiqah nak? Teringin sangat nak pergi Hadiqah Al-Azhar...lagi :))

Monday, August 15, 2011

respon yang sedikit


new day, new life, new story..

1.32 am
15 Ramadhan 1432 H/15 Ogos 2011

Salam 3alayk..

Pejam celik, pejam celik. memaksa mata untuk lena. akhirnya saya celikkan mata. menghantar mesej kepada seseorang yang jauh di sana.


baik kembali kepada respon yang ingin saya kongsikan.
seperti tajuk diatas, hanya sedikit respon daripada saya memandangkan ada sahabat yang meminta saya cakna sebentar akan isu ini. saya harap saya hanya mengambil masa yang sedikit untuk mengutarakan respon saya.

mengenai penggabungan organisasi antara pelajar MoU dan G2G.


cukup saya katakan, isu ini mungkin dianggap remeh bagi sebahagian pihak yang tidak berada dalam kelompok kita. agak meninggalkan kesan kepada saya bila seorang sahabat kita mengatakan bahawa batch kita agak 'semangat' dalam berorganisasi. saya tidak menyalahkan pihak tersebut kerana berfikiran sangat tertutup, malahan saya bangga melihat perkembangan yang 'sihat' pada diri sahabat-sahabat.

Maaf. kembali kepada respon saya [suka melalut ke laut]

saya katakan tadi bahawa, saya sudah selesa dengan sistem organisasi yang sedia ada sekarang. bukan bermakna kenyataan saya itu sudah 'rigid'. cuma itu adalah respon pertama saya apabila ada pihak meminta saya cakna tentang perkara ini [cakna lagi :P]

Baiklah, apa yang saya lihat, ahli kita [batch kita MoU dan G2G] terbahagi kepada dua; ahli aktif dan ahli pasif. antara yang kita boleh lihat yang aktif seperti K.A, Kak Aiedah, Maryam dan sebagainya. dan ahli pasif seperti.....saya =.=

jadi, maksud saya supaya mengekalkan sistem yang ada [terpisah organisasi Mou dan G2G] bukan bermaksud untuk menambahkan lagi jurang yang ada antara kita [MoU dan G2G]. tetapi, saya fikirkan maslahah yang lebih general [x ingat BM dia ]. yang saya fikirkan adalah 'human resources' untuk masyarakat.

maksud saya lagi, saya tidak kisah jika ada 2 organisasi dalam batch kita. ya, saya akui pelajar G2G batch kita agak ramai. dan atas sebab itulah kita memerlukan organisasi yang berbeza. nampak tak disitu? tambahan lagi, setelah dua tahun belajar di kuliah, kita dapati terdapat banyak perbezaan antara pelajar Mou dan G2G dari segi jadual, dan sebagainya. dan sudah tentu pengurusannya juga jauh berbeza.

saya juga fikirkan agar lebih ramai pelajar yang akan menyandang jawatan-jawatan yang disediakan dalam organisasi pelajar kita. untuk apa? untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pelajar yang memegang jawatan. sebab itu, saya sangat setuju apabila ada yang mengatakan supaya diadakan pemilihan AJK yang baru untuk sesi akan datang.

KERANA, kita sendiri tahu apabila terpundaknya sesuatu amanah kepada kita, kita akan merasa lebih bertanggungjawab kepada sahabat-sahabat kita. sikap ini sebenarnya yang saya ingin sahabat-sahabat pupuk dalam diri lebih-lebih lagi kepada sahabat yang diamanahkan utk menjadi AJK.

saya yakin, dengan memberi peluang kepada sesiapa pun untuk merasa 'tanggungjawab', kehidupan kita akan lebih bererti [haha] dan akan berkurangannya sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan kita. DAN yang paling penting, semua orang akan menjadi lebih CAKNA kepada orang lain. itulah sebenarnya yang kita mahukan. hidup ini bukan sekadar untuk menerima, tetapi lebih kepada MEMBERI. apalah ertinya hidup jika kita selalu mengharapkan pemberian orang kepada kita, sedangkan kita lupa peranan kita untuk memberi kepada ummah. betul atau tidak??

sekali lagi saya akui, walaupun saya tidak mampu untuk memimpin organisasi G2G dengan cemerlang pada tahun ini, saya amat mengharapkan yang lebih baik pada masa hadapan, inshaAllah!
tetapi, saya yakin dengan usaha saya men'jawatan'kan beberapa orang sahabat saya, saya membantu untuk memupuk sifat 'tanggungjawab' dalam diri AJK-AJK saya dalam organisasi G2G. dan saya harap usaha saya tidak sia-sia....

TETAPI, jika kita ingin meraikan juga idea bernas yang dicadangkan, tidak salah jika anda menambah lagi satu jawatan dalam pokok organisasi MoU untuk pelajar G2G [contohnya, AJK G2G Ikhwah dan Akhawat] dalam masa yang sama juga dibawah AJK G2G itu masih ada organisasi yang lain untuk sahabat-sahabat G2G. faham ke???

Allahua3lam

sedikit pencerahan daripada saya. tahniah! dan teruskan perbincangan dengan matang kerana syura adalah salah satu daripada sunnah Rasululamin :D

salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua. Walaupun kita berhadapan dengan Ramadhan yang sama, mudah-mudahan akan menghasilkan natijah yang berbeza. inshaAllah!^^,

*psst, doakan saya najah untuk madah yang saya bawa nanti. syukran!

Sunday, June 5, 2011

Barakallahu....

new day, new life, new story..

4 Jun 2011/ 11.20pm

assalamualaikum! :))
harap semua sihat..Allah yubarik fikum~

let me show u something...

tadaaa~
this is Norma Basalis Externa.
as a doctor, dont doubt your talent in drawing, ok! ;)
i'm working on Norma Basalis Interna rite now. give me your support!

*cik piah dah tak mahu layan ana. biar ana pergi membawa diri T_T


ahaaa, seperti yang diberitahu semalam berkenaan majlis akad nikah seorang senior...
hari ini merupakan walimatul urusnya. alhamdulillah, setelah digasak-gasak hati dan perasaan ini, ditambah dengan anjuran emak supaya pergi, akhirnya sifat malas pun mengalah. saya pergi ke walimatul urus kak aisyah dan pasangannya ustaz Muhammad Hafiz Abdullah.
saya tekad didalam hati, ' aku pergi cepat2, dapat balik cepat2.boleh stadi. KONON!'
sebenarnya, boleh je kalau ambil keputusan untuk tidak pergi ke walimah tersebut.
tetapi, memandangkan ARMA dah dekat, cuba pergi jarr!
Nabi kesayangan kita sendiri kan ada memesan bahawa 'jika diberi jemputan, maka penuhilah..' (betulkan?betulkan?)




Barakallahulakuma wabaraka 3alaikuma wa jama3a bainakuma bi khair~
(sambil dengar lagu maher zain^^,)
special dedication untuk pasangan raja sehari. bukan senang nak masuk blog nehh :P
~Aini Aisyah bt. Marzidin dan Muhammad Hafiz bin Abdullah~




ada suara-suara nakal membisik ke telinga saya,

'hajar, aisyah ni jumpa suami dalam organisasi..hajar bila lagi.??'

'hajar, akak tunggu kad walimah hajar pulak lepas ni *sambil kenyit mata*'

'hajar, pergi cepat ambik zuuq orang kahwin kat kak aisyah'

haih, orang datang nak penuhi jemputan je. dapat pulak rezeki doa daripada kawan2 dan kakak2. ALHAMDULILLAH~

tunggu turn saya pulak ye ;)
(errr..mak abah bagi ke?ehe..)

Allahua3lam..


*back to study. kang ada orang risau lak. heee..

**esok kawan saya Sofia Alwani akan mula peperiksaan syafawi (Lughah)!doakan beliau dipermudahkan. ameen~

***hari ini ada tetamu datang rumah. ahlan wasahlan Hidayati :P

Friday, June 3, 2011

Rejab nan Indah

new day, new life, new story..

3 Jun/ 06.06 am


*langit sudah cerah. alhmdulillah, masih dihidupkan^^,

Bismillahi MasyaAllah
[kagum dengan ucapan yang disebut Dr. Ahmad Farid ketika mengajar mengenai 'skull' petang semalam]

dalam kelas semalam, dok sibuk-sibuk mengunyah gula-gula ala-ala jeli baru teringat esok dah masuk 1 Rejab. saya perhatikan doktor. Kosong.

*3 minit kemudian*

ouh, ouh, aku mengantuk ke sebenarnya tadi?

sudah tengok kalendar Hijrah. betul lah, confirm 1 Rejab jatuh pada hari ini.
[ehee.. kenapa nampak excited ni?]

bukan lah. eh, takde lah..

dah lama tak puasa sunat kan?[monolog]
alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi umur hingga ke saat ini.
di Mesir ni, kalau tak terkena, kita takkan beringat. setujukah?

2 tahun merasai pengalaman berpuasa Ramadhan di Bumi Barakah ini. dan tahun ini, andai dipanjangkan usia, inshaAllah akan mencecah tahun ketiga berpuasa di perantauan ^^,

jadi, pengalaman suka duka, pahit maung, masam manis telah kita lalui bersama sepanjang Ramadhan yang lepas. kesimpulannya;

GET READY PUASA DARI AWAL TAU!!

akhir kata daripada pengajur :-

~ selamat mengimarahkan bulan Rejab, Sya3ban dan Ramadhan~


info..info..info

antara peristiwa penting dalam bulan Rejab

  • Penghijrahan pertama orang Islam ke Habsyah (Ethopia) ketika Quraisy menindas mereka. seramai 6 sahabat dan 4 perempuan memulakan hijrah tersebut [Usman bin Affan dan isterinya Ruqayyah binti Rasulillah, Abu Huzaifah dan isteri, Abu Salamah dan isteri, Az-Zubair, Abd Rahman bin Auf, Usman bin Mazd'un, Amir bin Rabiah dan isteri.
  • Perutusan Abdullah bin Jahsh Al-Asadiy ke Nakhlak pada bulan ke-17 selepas Hijrah.
  • Peperangan Zi Ushairah pada tahun ke-2 Hijrah di kawasan antara Mekah dan Madinah.
  • Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai oleh Rasulullah pada tahun ke 7 Hijrah ke tempat yang diduduki rang Yahudi seperti Khaibar, Fadak dan Taima' bagi menggertak mereka. dan akhirnya mereka membuat perjanjian damai dengan Rasulullah.
  • Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun ke-9 Hijrah. perang ini dibiayai oleh sahabat, termasuk Abu Bakar yang menafkahkan kesemua hartanya berjumlah 4000 dirham.
  • Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah (630 Masihi) secara perdamaian.
  • Pengembalian Baitulmuqaddis kepada orang Islam apabila Salahuddin Al- Ayubi memasukinya pada Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah (2 Oktober 1187)
  • Lahirnya Iman As-Syafie atau Muhammad bin Idris. beliau lahir di Gazah, Palestin pada tahun 150 Hijrah. beliau merupakah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fekah. antara kitab beliau yang menjadi rujukan sehingga sekarang; Al-Umm, Al-Risalah etc.
  • Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab.
[sumber; sirah bulan-bulan hijrah oleh Dr Engku Ahmad Zaki]



” Ya
Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


* hari ini, ada sepasang pasangan@pengantin yang bernikah. indah bukan bulan Rejab?
dan pengantin perempuan sebaya umurnya dengan kakakkuu!
[bila ita akan bernikah pulak nih??adeih...]

** Quran, penawar yang paling mujarab untuk segala penyakit. fizikal atau rohani. rajin2lah bace Quran. cik piah kata, Allah sayang orang yang rajin baca Quran~

** Selamat membaca Al-Kahfi di Sayyidul Ayyam ^^,

Allahu3lam..

Thursday, June 2, 2011

hari ni hari lahir mak :))

new day, new life, new story..

1.6.2011/10.29 pm
subhanallah, Allahuakbar!

akhirnya, Allah gerakkan hati untuk update ini blog. harapnya, update ini bukan ekadar melepas batuk ditangga.. (ahaa, sebelum ni da tulis2 tapi x post!grrr!!)

makcik dalam chatbox dah siap perli-perli bila mahu di'update' blog ni.eheh.. alfu syukran ye cik tirah sayang :))

Allah, tepat2 dengan tarikh hari ni rupanya!

mames, sanah helwah~

*psst; mames adalah gelaran tidak lansung kpd mak ^^,

mak lahir pada tahun 1964. dah 47 tahun kan..tapi, orang tu kata mak still muda lagi. yelah, masih muda jika dibandingkan dengan mak dia kot :D
tiba2 rindu kat mak la kan....


mak depan piramid dalam program ziarah mesir satu tika dahulu. i miss those precious time~

tiba sahaja ulangtahun sambutan hari lahir, mesti teringat mak yg lahirkan kita kan..
mesti mak rasa juga perasaan tu kan..
mesti mak teringat kat nenek kan..
tapi, nenek dah takde dah sekarang...
Allah, perasaan sebak tiba2 menerjah pulak..
tiba2 rindu nenek jugak!
(apsal post kali ni sentimental+emo nihh??)
takde lah..biasa lah tu kn?
erm, nenek dah lama tinggalkan kami.. tp, atok still tanya2 mana nenek..
zzzzz.. ni memang sentimental jarr!!

hari lahir ajid (sepupu) jatuh pada 30 ogos (kalau xsalah)..
nenek meninggal 29 ogos..
adakah sambutan tersebut merupakan satu kegembiraan atau satu kesedihan?
ajid perlu tabah! :))

tak tahu nak cerita ape pulak.
hmm, sepatutnya hajar kena belek buku sekarang nih.
exam just around the junction.

anyone, warn dis noti girl!!!

baiklah, nak inform utk exam seterusnyalah..

6.6; Anatomy Practical Exam
8.6; Histology Practical Exam
25.6; Physiology Written Exam

to be continued......

untuk exam praktikal nih, takkan dibuat di mabni gadid. [bangunan merah yang salu ditunjuk tu ;)]
tapi, akan berlaku di practical lab department masing-masing. dan akan berjumpa semula di mabni gadid ketika written exam nanti.

doakan naaa~~
:))

cik piah cakap, kita diciptakan bukan untuk jadi doktor @ ir. tapi untuk jadi hamba, yang Ulil Albab, mungkin :)
yang lain tu hanya tanggungjawab tambahan. so, utamakan yang utama.
anda bijak, anda mampu mengubahnya..inshaAllah!


jangan putus asa!jangan putus asa!
kita berjaya dengan rahmat Allah. kejar rahmat Allah. moga USAHA anda berhasil Siti Hajar Ahmad Azhar! :)

mak selalu cakap macam ni,
'mak faham mcm mana susahnya belajar medik nih. mak faham kesusahan yang aja rase. tp, mak yakin anak mak mampu buat (tacing tak ayat mak nih??adeih!)
kita ni tak ade ape2, kita hanya ada Allah je yang boleh bantu kita..(aiseymen, sebak dah)
dalam doa aja, minta saja pada Allah. ilmu Allah ni susah, minta Allah mudahkan aja untuk terima ilmu Dia yeh..'

tu lah dia..dah tacing sungguh nih.. mak2~
tu belum dengar lagi tazkirah daripada abah..Allah, nak balik malaysia! *tiba2*
dan terfikir juga, mampukah aku jadi ibu sebaik mak satu hari nanti...??


Allahua3lam..

pssst; telinga orang yg bercakap lebih dekat daripada orang yang mendengar..[anggaplah ana ni tengah bercakap yea..;)]


*muktamar PAS!!kepimpinan baru bakal mengambil alih Putrajaya. nantikan!
sila update di laman kegemaran semua. link ini!

** macam mana nak sumbat muzik dalam blog ni eh?
[kagum dengan lagu 'untukmu palestin' dalam blog seorang kawan ni]
so, nak letak jugak!ehe..

*** bulan rejab masuk hari Jumaat nih! jom puasa nak?jom3!
bila kita puasa, senang nak belajar. kajian saintifik nihh.. sebabnya, bila kita puasa, kita dah set dalam minda kita yang takde food intake. so, takkan terfikir untuk makan. so, banyaklah masa untuk setadi. lagi2 dalam fatrah exam nih..selamat mencuba!!

****rupa-rupanya, notakukukaki lebih berjela dari post sebenar. lepas ni, post notakukukaki je lah...

*****piah, xyah la bace blog ana...bosan la enti nih.iluvu! :P

assalam...

Sunday, May 1, 2011

kitakah yang dicintai Allah?

new day, new life, new story..




salamualaik

rasanya, kawan2 semua dah makruf tentang video ini, kan?

saje je nk berkongsi. video ni xpernah lekang dari fon saya. setiap kali 'macam' rase 'down', mesti termenung sorang2 untuk tengok video ni.
dan setiap kali tengok video ni, mesti berjuraianlah air mata, unconciosly!

plizz, enjoy the show~


dan, ini sambungan untuk video atas tu ^^,

best kan?

ingat tau, bukan hari Jumaat je kita nk selawat pada nabi. HARI-HARI lebih baik! (ingatan untuk diri sendiri gak)

saya masih ingat lagi, ade seorang senior ikhwah di sini, yang apabila dia cuba bercerita tentang nabi muhammad, beliau tak mampu untuk menghabiskan cerita beliau. kerana, sebut sahaja tentang nabi, pasti mengalir air mata beliau.
betapa beliau CINTAKAN nabi. betapa beliau RINDUKAN nabi.
KITA??

moga Rasulullah yang kita cintai akan cam kita di Padang Mahsyar kelak. ameen Ya Rabb~

Allahua3lam.


debaran demi debaran

new day, new life, new story..

salamualaik :))

sesuai sgt tajuk di atas dengan fatrah yang dilalui sekarang. debaran demi debaran bakal dirasai kerana ujian demi ujian akan dihadapi pada hari mendatang.

debaran pertama sudah berakhir; hari ini, selesai sudah assesment biochem. yang ade 60 soalan. tapi 30 markah. untuk tajuk protein and integration of metabolism. maka, dapat jawab dengan
mudahlah bagi sesiapa yg membaca dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Allahu rabbi~

sori semua, hari ni memang saje je nak melalut sebentar.

pagi tadi, konon pergi kuliah awal. yela, dulu kat sekolah, tiap kali exam, msti pergi lewat. dah
jadi budak 'u', kena la berubah sikap. ye dak?
so, da pergi awal tu, mcm biasa, duduk kat port biasa; 'kerusi bawah pokok'.
siap inform kat ain (roomate) lg,

"ana xtahu nape ana g awal ari ni.. kalo nk cari ana, carik kat bawah pokok ye. tu port bese ana"
hehe

inilah pokok yang dimaksudkan
*lupa nk capture 'kerusi'..

pokok ini bukanlah sebarang pokok taw. rasenye, di Universiti Ain Shams, pokok ni la yg paling tua dan paling besar. sekarang, pokok ni hampir tidak berdaun. kerana APA? kerana, sekarang sudah musim luruh, dan tak lama lagi musim panas pulak.

*Allah! puasa Ramadhan dah nak dekat. rindukan nk puasa sama2? :))

dulu, masa Mid Year Exam pun, duduk di tempat yang sama sambil2 tunggu nak masuk ke dewan peperiksaan. tapi, hari tu, pokok ni lebat dengan daun lagi. sekarang, tinggal buah2 kecil yang 'nakal-asek-nak-mengorat-orang-je'.


haa, ini dewan peperiksaan yang dimaksudkan. tak ramai lagi pelajar yang hadir.
*yang ada, mungkin sedang sibuk murajaah untuk peperiksaan.

akhirnya, Hadeel and the gang pun datang ke kerusi bawah pokok. serius tak sedar dorang datang. tengah maintain khusyuk bace 'metabolism of one carbon', ade suara mencelah,
"may i have a seat beside u.."

cess, Raneem rupanya. Hadeel pulak,
"hajar, put ur shoes on. u think u're in a park or what..??"
haha. kiut ape duduk atas kerusi cmtu. hadeel jeles la tu!no offense :p
pastu, tbe2 hadeel tanye pasal baju dia. dia kata tak de org puji baju dia hari ni. aku tergelak dalam hati. haish2, wat lawak pulak hadeel hari ni..

no offense everybody. dah lame x menghapdet blog ni kan? maaf byk2 yg da lame tertanya2 khabar berita
*aiceh, bajet femes lak.
xkesahla pe jadi..

kita sambung lepas ni pulak. serius nak kongsi satu isu yang sgt penting. moga dapat pengajaran bersama~

and one more serious thing,

Hajar,

Saidina Ali k.m.w. berkata;

' Beramallah ketika di tempat yang tiada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tiada amalan (akhirat)'

akhirnya orang yang mengambil pelajaran akan keluar menjadi orang yang lebih beriman..
*tanx senior!! :D

Allahua3lam



Thursday, March 31, 2011

mesyuarat kali ke-2

new day, new life, new story..

alhamdulillah..
syukran lillah~

tika meniti kalam2 ni, saya baru sahaja pulang ke rumah dari asrama rumah melayu abbasiyah (ARMA) dimana baru berlansungnya kejadian ketentuan yang Allah tetapkan pada saya, hambaNya. selesai sudah mesyuarat AJKT PERUBATAN kali ke-2. betullah telahan saya, debaran kali ni kurang hebatnya berbanding yang pernah dialami pada mesyuarat kali pertama yang lepas. whoa!

saya pun masih tak percaya, saya sudah menapak sehingga sejauh ini (ceh, macam jauh sangat!) masih lagi belajar redha. moga Allah kurniakan redha yang paling tinggi. ramai yang berkata pada saya, pengalaman di sekolah mesti sudah cukup untuk mematangkan saya untuk meneruskan kesinambungan kerja 'part-time' saya ini. tetapi, terdetik di hati saya sendiri. adakah masih sama gerak kerjanya? biarlah persoalan ini terungkai apabila selesainya sesi ini nanti.

moga terus dithabatkan dalam perjuangan. mad3u kini, bukan calang2 orang, bukan calang2 ragam dan bukan calang2 kerenah. jika dibandingkan dengan cabaran di sekolah, apalah sangat hendak ditakutkan dengan 'akal' pelaja2 tingkatan 1,2,3,4 dan 5 itu. tetapi, sekarang 'akal' mad3u ini makin panjang dan lebih universal.


Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

bila ditanya mengenai kepimpinan, siapa yang sanggup menyerahkan sebulat-bulatnya diri dan hatinya untuk menjadi pemimpin. bila dipilih, itu bermaksud sudah ada kepercayaan orang lain terhadap kita. bukan hanya sekadar memandang rupa paras yang comel atau prestasi akademik yang gilang-gemilang, tetapi saya percaya ada satu kelebihan dimana seseorang itu dipilih kerana kelebihan yang dimilikinya lebih dominan berbanding dengan orang lain. setuju?

erkk, saya juga masih memikirkan kelebihan dominan apa yang melekat pada diri saya ini. abah banyak kali mengingatkan, jangan sampai kita minta balik kebaikan yang kita buat pada orang lain. jangan sekali-kali. bikin jatuh maruah je..(ok, tu saya tambah)

ok, ada orang pertikaikan lagi. kenapa orang ini yang dipilih menjadi pemimpin, sedangkan dia pernah buat itu dan ini (apa2 kesalahan je lahh)
adik2 (cewah), pernahkah kalian memikirkan kembali a.k.a muhasabah diri. selama ini, kenapa keburukan juga yang kita lihat, sedangkan betapa banyaknya kebaikan yang telah dia curahkan...? persoalan itu jatuh bedebukk pada penulis juga! itulah norma2 kehidupan yang memang tidak akan lari dari manusia itu sendiri. lebih ingat akan keburukan seseorang berbanding kebajikan yang ditabur...astaghfirullah~

khulasahnya, sejak zaman para anbiya' lagi Allah telah tunjukkan contoh tauladan kepimpinan yang baik. Allah didik nabi2nya dengan didikan wahyu. seterusnya jatuh kepada para sahabat2, para tabi3 dan para tabi3 tabi3in. sudah terdapat berjuta2 contoh suri tauladan pemimpin yang BAIK dihadapan kita. ya, kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi sekurang-kurangnya kita BERUSAHA untuk menjadi seperti mereka. moga dengan niat kita yang ingin berubah itu, tidak disia2kan Allah. aminn ya Rabb! jadi, selamat berubah menjadi pemimpin~

*p/s ; tak sabar rasanya untuk ditarbiah. pada mulanya, memang rasa futur kerana dipilih (ceh, padahal tak berjuang lagi..)tetapi, bait2 cinta dari Allah benar2 membawa berita gembira kepada sesiapa yang memikirkannya. (jom tadabbur al-Quran!).
Life is abaout making decision. u can choose the right path that suit u. inshaAllah..
wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin, bila Allah dah decide, tentu itu yang terbaik untuk kita. Dia sebaik2 perancang~
senyum cket:))

apa natijah yang saya mahukan bila saya bergelar AJKT??
ngee~~~

give me some moral support dear friends!!tQ

Allahua3lam



Wednesday, March 23, 2011

perkongsian luar biasa

new day, new life, new story..

(pemberitahuan awal; ini adalah bahan kopi'n'pes^^,)

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?

Jawab: Surah at-Takwir.


Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?

Jawab: Surah al-Ikhlash.


Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?

Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)


Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?

Jawab: Surah al-Fajr.


Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?

Jawab: Surah an-Nur.


Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?

Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).


Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?

Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?

Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.


Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?

Jawab: Salman al-Farisi.


Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.


Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.


Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.


Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?

Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.


Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?

Jawab: Surah an-Nisa'.


Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?

Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?

Jawab: Surah al-'Adiyat.


Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?

Jawab: Sepuluh tahun.


Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?

Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.


Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?

Jawab: Surah al-Mumtahanah.


Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?

Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.


Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.


Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.


Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?

Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.


Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?

Jawab: Surah al-Maidah.


Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?

Jawab: Surah al-Ikhlash


Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?

Jawab: Surah ar-Rum.


Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?

Jawab: Surah an-Nur ayat 31.


Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?

Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)


Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.


Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.


Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?

Jawab: Dalam 305 ayat.


Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.


Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?

Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).


Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?

Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.


Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.


Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?

Jawab: Surah Saba '.


Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?

Jawab: Surah al-'Alaq.


Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?

Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.


Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?

Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?

Jawab: Surah al-Muthaffifin.


Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.


Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?

Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.


Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?

Jawab: 4 surah..


Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.


Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nabi Musa as.


Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?

Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.


Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Isra'


Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.


Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?

Jawab: Surah an-Nur.


Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?

Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?

Jawab: Surah an-Nisa'.


Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?

Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.


Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawab: Burung Ababil.


Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawab: Nyamuk.


Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?

Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).


Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?

Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.


Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?

Jawab: Sa'id bin Jubair.


Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?

Jawab: Imam Ali as.


Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?

Jawab: Air susu.


Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nyamuk.


Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?

Jawab: Malam Lailatul Qadr.


Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?

Jawab: Tartil.


Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?

Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.


Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?

Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.


Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?

Jawab: Imam as-Sajjad as.


Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?

Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.


Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.


Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.


Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?

Jawab: Nahjul Balaghah


Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.


Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf alif.


Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf zha'.


Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?

Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.


Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?

Jawab: 25.500 huruf.


Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?

Jawab: 42 huruf.


Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?

Jawab: Di Makkah.


Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?

Jawab: Surah as-Sajdah.


Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?

Jawab: Surah al-Ikhlash..


Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?

Jawab: Surah Hud ayat 86.


Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?

Jawab: Surah Fathir.


Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?

Jawab: 13 tahun.


Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?

Jawab: Suara yang indah.


Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 90: Apakah zikir terbaik?

Jawab: Membaca Al-Qur'an.


Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?

Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.


Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56


*muhasabah ; sudah cukupkah cinta dan kasih kita pada Al-Quran?

(tunduk kepala sambil meraup wajah yang bening dengan air mata...)

Allahua3lam