new day, new life, new story..
"ya Hajar, ihtimam 3alal Quran, iqrai kathir.."
"InsyaAllah ya Sheikh..." hanya itu yg mampu dijawab setelah selesai bertahsin qiraat lebih kurang sejam pagi tadi. Sheikh Muhammad Ali, pengajar yang setia membetulkan setiap kesalahan pada bacaanku. Syukran liLLah, Allah masih beri ruang dan peluang untuk aku belajar. Ya, setiap manusia itu belajar daripada kesilapannya.
Dalam perjalanan pulang berjalan kaki, mencai tremco kosong menuju ke Abbasiyah-Ramsis, hati aku berbisik, "Masih banyak kekurangan pada bacaan Quran aku. Sedihnya.. Takpe, sheikh kata kena baca banyak-banyak" Aku segera memujuk hatiku, dalam masa yang sama aku mencari susu coklat di kedai berhampiran tempat menunggu tremco. AlhamduliLLah.
Selesai mendapat temat duduk dan membuat bayaran LE 1.25, aku mengeluarkan novel Sutera Bidadari (SB) yang aku pinjam daripada juniorku dulu di Sambest dan kini di Kuliah Perubatan,
si Abid. Sempat terlintas dihati aku, "Kenapa aku rasa orang dalam tremko hari ini sangat baik? daripada pemandu hingga kepada penumpang-penumpang lain" Seolah-olah sebelum ini aku pernah mengalami peristiwa buruk. heh. AlhamduliLLah 3ala kulli hal..
Hampir ke separuh buku aku baca SB. Sedar-sedar tremko yang aku naiki hampir sampai ke destinasi yang ingin kutuju-Beit Ibn Nafis :)
Aku terpegun dengan gaya penulisan dalam SB. Bagiku, lenggok penulisan menggambarkan peribadi sebenar sang penulis. Dan, sungguh aku akui, penulisannya kini dan novel-novelnya sangat terkesan dihatiku. Hari ini aku membaca SB, hatiku sayu apabila bait-bait kata didalam SB yang menunjukkan betapa Laksamana Sunan atau Saifuddin begitu bersungguh-sungguh meraih cinta dari Yang Satu-Allah. Setiap tutur bicaranya tidak terlepas daripada zikrullah dan

ucapan-ucapan yang mengagungkan Allah. Aku sebak, refleksi pada diriku
sangat jauh berbeza dengan Laksamana Sunan.
Ya, aku percaya karangan-karangan novel adalah rekaan semata-mata. Hatta Ramlee Awang Murshid juga pernah menyatakannya. Bukan soal direka atau mereka, tetapi hati yang mudah berbolak-balik ini...
Sungguh tidak sabar untuk menyambung bacaan seterusnya!!
Keghairahan aku membaca novel melihatkan seolah-olah aku lupa, akan pesan sheikh sebentar tadi. Tidak benar! Malah, aku cuba merancang bagaimana aku boleh melaksanakan amanah sheikh -Iqrai kathir- itu. Dan, AlhamduliLLah aku sudah temui penyelesaiannya. 3ala kulli hal, aku hanya perancang, sebaik-baik perancang kembali kepada Sang Pencinta-Allah yang satu.
Saja aku 'berjalan-jalan' di Facebook pagi tadi, dan aku temui ayat ini.

”Quran ini adalah pedoman bagi manusia , petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini”. (45:20)
Sehubungan dengan itu, aku ingin memberitahu seraya menghebahkan kepada semua tentang Quranic Week yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan PERUBATAN ^^
Aku percaya pihak PERUBATAN tidak merancang sesuatu aktiviti dengan sia-sia. Setiap yang dianjurkan mempunyai pembawakan yang tersendiri kepada ahli. Dan Q-Week ini, aku percaya mempunyai seribu satu manfaat buat sahabat-sahabat yang menyertai semua aktiviti yang dirancang atau sahabat-sahabat yang hanya menyokong :)
Sebaik sahaja sampai di Masjid Nur, kabus-kabus kelabu mewarnai pemandanganku. Aku yakin, 'the real winter' is just arrived. Aku keluarkan E5 untuk mengambil gambar. Aaah, aku lupa bluetooth telefonku rosak dikerjakan dek air ketika termasuk didalam mesin basuh sebelum ini -.-'
Tetapi, seandainya pemandangan kabus di Mesir seperti tempat ini, sehingga tahun ke 7,8 atau 9 pun aku sanggup tinggal disini :D
2 comments:
walaupun seminggu musafir jordan..ttp rindu nak balik mesir, rindu dgn suasana mesir..
sbb ade hajar kot??...=p
BILA ENTAH NAK LAWAT AKU.
sooooo sweetttttttt la tiqaaa ni...
untungla dpt makan unta joden. hehe..
esok aku tdo sayeda, jmpe diba..
Post a Comment