new day, new life, new story..
Assalamualaikum w.b.t
* Ini bukan luahan perasaan atau ceritera hati, ok :))
Terima kasih JPP atas hagah ini. panjang kan?
Sekejap di rasa masa yang berlalu. Budak hingusan itu kini sudah boleh bertatih mengenal dunia. Dan kian meneroka alam milik Sang Khaliq.
Daripada yang berfikiran sempit kepada yang lebih ke hadapan. Daripada yang manja kepada yang lebih tabah. Daripada yang kosong kepada yang lebih ter'isi'. Daripada yang mementingkan diri sendiri kepada yang lebih memikirkan masalah ummah. Daripada yang mampu menerima
kepada yang lebih suka memberi; 'Erti hidup pada memberi'.
Saya tidak merasai ini adalah aturan dunia yang berlaku sekadar tidak sengaja atau silap mata. Secara logik akal, agak sukar untuk dipercayai apabila seseorang itu yang baru memasuki tahun kedua keberadaan di Mesir untuk memegang tampuk pimpinan pelajar. Saya sendiri masih tidak mempercayai saya sudah melalui fasa-fasa kehidupan itu. Dan paling tragis, ditaklifkan sebagai seorang pimpinan tidak termasuk dalam perancangan saya di sini. Allahu a3lam~Ya, ini semua sudah disusun cantik oleh Allah! Dimana hikmah yang tersirat perlu kita halusi sendiri. *ya Allah, dihadapanMu ini hanyalah hamba yang kerdil*
"... mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
[al-Anfal: 30]
Dalil ini kuat menunjukkan bahawa manusia seperti ini adalah satu ciptaan yang lemah. Apabila kita berkehendakkan sesuatu, hakikatnya kehendak Allah akan mengatasi segala-galanya. Walaupun apa yang berlaku tidak seperti yang kita ingini, tetapi Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Saya pernah terpana sehingga mengalirkan air mata ketika memikirkan hakikat sunnatullah ini.
"A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way"
Banyak yang aku 'dapat' selama menjadi lain-daripada-yang-lain. Kita sering dimomokkan
bahawa kedudukan kita bukan satu keistimewaan, tetapi kita adalah PEMEGANG AMANAH. Masa yang kita ada bukan berjalan 24 jam sehari seperti orang lain, tetapi masa itu BERLARI 24 jam sehari. Bahan-bahan bacaan yang kita baca bukan sekadar memenuhi silibus pengajian di kuliah tetapi merangkumi tuntutan masalah ummah, cara-cara pengurusan, motivasi penguat jiwa dan diri. Kesimpulannya, saya kena akui bahawa saya dipilih Allah untuk berjalan diatas lorong 'tarbiyah' ini. Dan kenapa saya dipilih, itu menjadi rahsia Sang Pencinta, Rabbul Jalil. Paling penting, saya gembira kerana Allah beri saya peluang yang sangat berharga ini. Andai mampu saya ceritakan, pasti akan memenuhi ruang alam buana ini (overdose kan?). Kesedihan dan kesakitan itu terkadang melukakan, tetapi akhirnya ia akan pulih. Hanya hati yang merasai akan sedar betapa manisnya menerima tarbiyah melalui jawatan daripada Allah. Allahuakbar!
Allah nak saya jadi hamba yang BERSYUKUR,
Allah nak saya jadi ummat yang MENYAMPAIKAN,
Allah nak saya jadi anak yang BERJASA kepada ibu bapa,
Allah nak saya jadi muslim doktor yang BERKETRAMPILAN,
Allah nak saya jadi ......
Saya masih banyak kekurangan. Banyak sangat-sangat! Saya masih belum berjaya melunaskan segala janji yang saya niatkan ketika mula-mula saya menggalas tanggungjawab ini. Saya takut, risau andai saya tidak mampu menjawab soalan-soalan yang Allah akan tanya saya di Padang Mahsyar nanti. Cuma saya yakin, Allah tahu saya sedang-cuba-untuk-berusaha.
"It is very satisfying to see that you have ACHIEVED SOMETHING, rather than just SPENDING TIME DOING SOMETHING"
Saya berdoa agar, kenaikan pemimpin-pemimpin utk sesi akan datang ini dilancarkan segala perancangan, dipermudahkan segala gerak kerja seterusnya diredhai Allah dalam segala amal. Dan bagi saya, saya akan tetap meneruskan perjalanan tarbiyah ini walau dimana saja posisi saya, inshaAllah! Doakan juga saya memperoleh istiqamah.
Untuk masa-masa yang berbaki ini saya akui saya sedang berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh disamping mencuba untuk fokus didalam kuliah sehari-harian. Moga peroleh keberkatan waktu dan amal daripadaNya....
Wasiat Imam Hasan Al-Banna:
Saudaraku,
Janganlah kau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi untuk hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan terus menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Allah berfirman: "Dan orang -orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" [al-Ankabut; 69]
*Kalaulah pres buat post yang serupa, mesti akan nampak jurang perbezaan. Pres lagi baaaaaaaanyak pengalaman kottt :))