new day, new life, new story..
Assalam...
Kalau dalam fatrah imtihan, meriah status-status di FB berkenaan dgn motivasi, imtihan dan semangat. Ada yang teruja dengan imtihan yang sedang berjalan [Top Student, mungkin!]
Ada juga yang tidak sabar menanti hari terakhir imtihan untuk menjerit kepuasaan kerana tamatnya imtihan [walaupun sekadar peperiksaan pertengahan tahun =.='].
Hailaaa.. macam-macam ragam, kan? :)
.........
Selepas imtihan ni, meriah pula status-status berkisar tentang percintaan dan perkahwinan. Gembira melihat perkembangan yg berlaku terutama pada sahabat2 di sini [positif yaaaa ;)]. Malah, saya juga teruja apabila ada yang sudi berkongsi hari-hari bahagia yang dilalui untuk mencapai sakeenah, mawaddah dan rahmah. Alhamdulillah. Masing-masing mengimpikan cinta yg diredhai Allah hingga ke syurga. Ya, begitu indah cinta yang Allah Al-Wadud hadiahkan kepada umat manusia!
Serius tak sabar mendapat kad jemputan kahwin XD
Suka saya untuk kongsikan sebuah syair daripada seorang penyair Arab,
Abu Bakar Ass-Syabil.
Sebenarnya cinta kepada Allah itu
ibarat pelita yang menyilaukan,
Jika ia menetap dalam indera,
ia akan mematikan,
Jika ia menetap dalam jiwa,
ia akan memabukkan,
Pada lahirnya ia berupa rahsia,
sedang pada batinnya,
ia berupa cinta.
.......
Saya juga gembira dengan CINTA yang saya peroleh sekarang...
CINTA yang menguatkan saya.
CINTA yang tidak akan meninggalkan saya walaupun saya yang berkemungkinan meninggalkan.
CINTA yang sentiasa merinduikan saya.
CINTA yang membuatkan saya terasa begitu istimewa.
Dan, CINTA yg membuatkan saya cukup dengan apa yang saya miliki sekarang.
p/s. Malam ni, rumah sebelah buat pesta. Sambut menantu agaknya. Meriah satu kampung Abbasiyah! ahaks!
Seronok juga nak kongsi satu status ni;
p/s. Malam ni, rumah sebelah buat pesta. Sambut menantu agaknya. Meriah satu kampung Abbasiyah! ahaks!
Seronok juga nak kongsi satu status ni;
Meriah betul malam ni. Jiran sebelah buat konsert sempena kenduri kahwin kot. Audio dia takpayah cakaplah. Memang tiptop! Seantero Kg. Abby boleh dengar. Kalah karaoke kenduri kahwin kat malaysia. Lepas ni, kalau nak buat program, bolehlah jemput diaorang jadi adhoc/ajk teknikal. Confirm meletup-letup!
Rasa nak sumbat telinga dengan kapas je macam dlm cerita bujang lapok -.-'
* Sabar tu ada banyak tahap, kan? heh...
Barakallah~
3 Rabi'ul Awwal 1433H
No comments:
Post a Comment