~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Sunday, June 5, 2011

Barakallahu....

new day, new life, new story..

4 Jun 2011/ 11.20pm

assalamualaikum! :))
harap semua sihat..Allah yubarik fikum~

let me show u something...

tadaaa~
this is Norma Basalis Externa.
as a doctor, dont doubt your talent in drawing, ok! ;)
i'm working on Norma Basalis Interna rite now. give me your support!

*cik piah dah tak mahu layan ana. biar ana pergi membawa diri T_T


ahaaa, seperti yang diberitahu semalam berkenaan majlis akad nikah seorang senior...
hari ini merupakan walimatul urusnya. alhamdulillah, setelah digasak-gasak hati dan perasaan ini, ditambah dengan anjuran emak supaya pergi, akhirnya sifat malas pun mengalah. saya pergi ke walimatul urus kak aisyah dan pasangannya ustaz Muhammad Hafiz Abdullah.
saya tekad didalam hati, ' aku pergi cepat2, dapat balik cepat2.boleh stadi. KONON!'
sebenarnya, boleh je kalau ambil keputusan untuk tidak pergi ke walimah tersebut.
tetapi, memandangkan ARMA dah dekat, cuba pergi jarr!
Nabi kesayangan kita sendiri kan ada memesan bahawa 'jika diberi jemputan, maka penuhilah..' (betulkan?betulkan?)




Barakallahulakuma wabaraka 3alaikuma wa jama3a bainakuma bi khair~
(sambil dengar lagu maher zain^^,)
special dedication untuk pasangan raja sehari. bukan senang nak masuk blog nehh :P
~Aini Aisyah bt. Marzidin dan Muhammad Hafiz bin Abdullah~




ada suara-suara nakal membisik ke telinga saya,

'hajar, aisyah ni jumpa suami dalam organisasi..hajar bila lagi.??'

'hajar, akak tunggu kad walimah hajar pulak lepas ni *sambil kenyit mata*'

'hajar, pergi cepat ambik zuuq orang kahwin kat kak aisyah'

haih, orang datang nak penuhi jemputan je. dapat pulak rezeki doa daripada kawan2 dan kakak2. ALHAMDULILLAH~

tunggu turn saya pulak ye ;)
(errr..mak abah bagi ke?ehe..)

Allahua3lam..


*back to study. kang ada orang risau lak. heee..

**esok kawan saya Sofia Alwani akan mula peperiksaan syafawi (Lughah)!doakan beliau dipermudahkan. ameen~

***hari ini ada tetamu datang rumah. ahlan wasahlan Hidayati :P

Friday, June 3, 2011

Rejab nan Indah

new day, new life, new story..

3 Jun/ 06.06 am


*langit sudah cerah. alhmdulillah, masih dihidupkan^^,

Bismillahi MasyaAllah
[kagum dengan ucapan yang disebut Dr. Ahmad Farid ketika mengajar mengenai 'skull' petang semalam]

dalam kelas semalam, dok sibuk-sibuk mengunyah gula-gula ala-ala jeli baru teringat esok dah masuk 1 Rejab. saya perhatikan doktor. Kosong.

*3 minit kemudian*

ouh, ouh, aku mengantuk ke sebenarnya tadi?

sudah tengok kalendar Hijrah. betul lah, confirm 1 Rejab jatuh pada hari ini.
[ehee.. kenapa nampak excited ni?]

bukan lah. eh, takde lah..

dah lama tak puasa sunat kan?[monolog]
alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi umur hingga ke saat ini.
di Mesir ni, kalau tak terkena, kita takkan beringat. setujukah?

2 tahun merasai pengalaman berpuasa Ramadhan di Bumi Barakah ini. dan tahun ini, andai dipanjangkan usia, inshaAllah akan mencecah tahun ketiga berpuasa di perantauan ^^,

jadi, pengalaman suka duka, pahit maung, masam manis telah kita lalui bersama sepanjang Ramadhan yang lepas. kesimpulannya;

GET READY PUASA DARI AWAL TAU!!

akhir kata daripada pengajur :-

~ selamat mengimarahkan bulan Rejab, Sya3ban dan Ramadhan~


info..info..info

antara peristiwa penting dalam bulan Rejab

  • Penghijrahan pertama orang Islam ke Habsyah (Ethopia) ketika Quraisy menindas mereka. seramai 6 sahabat dan 4 perempuan memulakan hijrah tersebut [Usman bin Affan dan isterinya Ruqayyah binti Rasulillah, Abu Huzaifah dan isteri, Abu Salamah dan isteri, Az-Zubair, Abd Rahman bin Auf, Usman bin Mazd'un, Amir bin Rabiah dan isteri.
  • Perutusan Abdullah bin Jahsh Al-Asadiy ke Nakhlak pada bulan ke-17 selepas Hijrah.
  • Peperangan Zi Ushairah pada tahun ke-2 Hijrah di kawasan antara Mekah dan Madinah.
  • Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai oleh Rasulullah pada tahun ke 7 Hijrah ke tempat yang diduduki rang Yahudi seperti Khaibar, Fadak dan Taima' bagi menggertak mereka. dan akhirnya mereka membuat perjanjian damai dengan Rasulullah.
  • Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun ke-9 Hijrah. perang ini dibiayai oleh sahabat, termasuk Abu Bakar yang menafkahkan kesemua hartanya berjumlah 4000 dirham.
  • Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah (630 Masihi) secara perdamaian.
  • Pengembalian Baitulmuqaddis kepada orang Islam apabila Salahuddin Al- Ayubi memasukinya pada Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah (2 Oktober 1187)
  • Lahirnya Iman As-Syafie atau Muhammad bin Idris. beliau lahir di Gazah, Palestin pada tahun 150 Hijrah. beliau merupakah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fekah. antara kitab beliau yang menjadi rujukan sehingga sekarang; Al-Umm, Al-Risalah etc.
  • Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab.
[sumber; sirah bulan-bulan hijrah oleh Dr Engku Ahmad Zaki]



” Ya
Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


* hari ini, ada sepasang pasangan@pengantin yang bernikah. indah bukan bulan Rejab?
dan pengantin perempuan sebaya umurnya dengan kakakkuu!
[bila ita akan bernikah pulak nih??adeih...]

** Quran, penawar yang paling mujarab untuk segala penyakit. fizikal atau rohani. rajin2lah bace Quran. cik piah kata, Allah sayang orang yang rajin baca Quran~

** Selamat membaca Al-Kahfi di Sayyidul Ayyam ^^,

Allahu3lam..

Thursday, June 2, 2011

hari ni hari lahir mak :))

new day, new life, new story..

1.6.2011/10.29 pm
subhanallah, Allahuakbar!

akhirnya, Allah gerakkan hati untuk update ini blog. harapnya, update ini bukan ekadar melepas batuk ditangga.. (ahaa, sebelum ni da tulis2 tapi x post!grrr!!)

makcik dalam chatbox dah siap perli-perli bila mahu di'update' blog ni.eheh.. alfu syukran ye cik tirah sayang :))

Allah, tepat2 dengan tarikh hari ni rupanya!

mames, sanah helwah~

*psst; mames adalah gelaran tidak lansung kpd mak ^^,

mak lahir pada tahun 1964. dah 47 tahun kan..tapi, orang tu kata mak still muda lagi. yelah, masih muda jika dibandingkan dengan mak dia kot :D
tiba2 rindu kat mak la kan....


mak depan piramid dalam program ziarah mesir satu tika dahulu. i miss those precious time~

tiba sahaja ulangtahun sambutan hari lahir, mesti teringat mak yg lahirkan kita kan..
mesti mak rasa juga perasaan tu kan..
mesti mak teringat kat nenek kan..
tapi, nenek dah takde dah sekarang...
Allah, perasaan sebak tiba2 menerjah pulak..
tiba2 rindu nenek jugak!
(apsal post kali ni sentimental+emo nihh??)
takde lah..biasa lah tu kn?
erm, nenek dah lama tinggalkan kami.. tp, atok still tanya2 mana nenek..
zzzzz.. ni memang sentimental jarr!!

hari lahir ajid (sepupu) jatuh pada 30 ogos (kalau xsalah)..
nenek meninggal 29 ogos..
adakah sambutan tersebut merupakan satu kegembiraan atau satu kesedihan?
ajid perlu tabah! :))

tak tahu nak cerita ape pulak.
hmm, sepatutnya hajar kena belek buku sekarang nih.
exam just around the junction.

anyone, warn dis noti girl!!!

baiklah, nak inform utk exam seterusnyalah..

6.6; Anatomy Practical Exam
8.6; Histology Practical Exam
25.6; Physiology Written Exam

to be continued......

untuk exam praktikal nih, takkan dibuat di mabni gadid. [bangunan merah yang salu ditunjuk tu ;)]
tapi, akan berlaku di practical lab department masing-masing. dan akan berjumpa semula di mabni gadid ketika written exam nanti.

doakan naaa~~
:))

cik piah cakap, kita diciptakan bukan untuk jadi doktor @ ir. tapi untuk jadi hamba, yang Ulil Albab, mungkin :)
yang lain tu hanya tanggungjawab tambahan. so, utamakan yang utama.
anda bijak, anda mampu mengubahnya..inshaAllah!


jangan putus asa!jangan putus asa!
kita berjaya dengan rahmat Allah. kejar rahmat Allah. moga USAHA anda berhasil Siti Hajar Ahmad Azhar! :)

mak selalu cakap macam ni,
'mak faham mcm mana susahnya belajar medik nih. mak faham kesusahan yang aja rase. tp, mak yakin anak mak mampu buat (tacing tak ayat mak nih??adeih!)
kita ni tak ade ape2, kita hanya ada Allah je yang boleh bantu kita..(aiseymen, sebak dah)
dalam doa aja, minta saja pada Allah. ilmu Allah ni susah, minta Allah mudahkan aja untuk terima ilmu Dia yeh..'

tu lah dia..dah tacing sungguh nih.. mak2~
tu belum dengar lagi tazkirah daripada abah..Allah, nak balik malaysia! *tiba2*
dan terfikir juga, mampukah aku jadi ibu sebaik mak satu hari nanti...??


Allahua3lam..

pssst; telinga orang yg bercakap lebih dekat daripada orang yang mendengar..[anggaplah ana ni tengah bercakap yea..;)]


*muktamar PAS!!kepimpinan baru bakal mengambil alih Putrajaya. nantikan!
sila update di laman kegemaran semua. link ini!

** macam mana nak sumbat muzik dalam blog ni eh?
[kagum dengan lagu 'untukmu palestin' dalam blog seorang kawan ni]
so, nak letak jugak!ehe..

*** bulan rejab masuk hari Jumaat nih! jom puasa nak?jom3!
bila kita puasa, senang nak belajar. kajian saintifik nihh.. sebabnya, bila kita puasa, kita dah set dalam minda kita yang takde food intake. so, takkan terfikir untuk makan. so, banyaklah masa untuk setadi. lagi2 dalam fatrah exam nih..selamat mencuba!!

****rupa-rupanya, notakukukaki lebih berjela dari post sebenar. lepas ni, post notakukukaki je lah...

*****piah, xyah la bace blog ana...bosan la enti nih.iluvu! :P

assalam...