~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Wednesday, January 5, 2011

Stay In Your Jama3ah

new day, new life, new story..

"enti buat apa kalau geram?"
"menangis"
"so, td kat masjid menangis sebab geram ape?"
"haha"



betullah tu. sangat besar rasanya fungsi menangis dalam meredakan geram. tapi bukanlah tajuk geram yang saya hendak kongsikan pada kali ini. cuma..

naik AJKT?
mid-term exam
arab ami ku~
hati?
catch up study??!!
geram?

dah lame rasenye tak beri3tikaf kat Masjid Nur kesayangan semua.tetapi, saya makin jelek (agak kasar disitu. maaf tidak berniat)dengan sistem yang digunapakai di masjid itu. mungkin tidak perlu makcik2 tu untuk mengawal dibahagian bawah dan memeriksa seorang demi seorang yang memasuki pintu masjid untuk bahagian wanita. rasanya agak baru sistem haga ini diperkenalkan. untuk apa? saya pun tidak pasti kerana baru sekali saya diminta-tunggu-sebentar-dan-tunjukkan-kerneh-awak! saya tak geram pun sebenarnya. saya tak marah juga. cuma, mencari2 dimana logiknya makcik itu melakukan sedemikian rupa.. akhirnya, kami dipersilakan naik menggunakan lif. selama ini lif hanya dibenarkan untuk yang 'tidak mampu' sahaja.

sekali lagi. bukan isu ini yang saya hendak ketengahkan. saya terharu. saya bersyukur. alhamdulillah. semalam bersamaan 4/1/2011, Allah ketemukan saya dengan seseorang yang sangat saya 'mungkin tengah cari'. saya akan ingat tarikh keramat ini sampai bila2. pertemuan kami bermula setelah kami secara tidak sengaja bangun untuk solat sunat selepas selesai solat fardhu zohor. ketika itu bila saya toleh kepala ke belakang, sudah ramai yang 'dihalau' pulang oleh makcik2 penjaga itu.

namanya Hebah. mukanya sangat manis. cerah. tahi lalat manis banyak menghiasi wajahnya.alah, tipikal arab yang sangat cantik itu...dan paling penting, hadir rasa 'tenang' saat melihat wajahnya. Hebah baru sahaja menamatkan pengajian tahun 6 perubatan pada 2 hari lepas. masyaAllah. saya teramat kagum sebentar. dan kini dia berusia 22 tahun. muda ya. ok, segelintir orang arab memang mulakan degree mereka seawal 17 dan 18 tahun tahun. jangan terkejut.

kami berborak dan berborak. dia menanyakan nama saya dan sedikit hal berkenaan dengan peribadi saya. aha, lupa. makcik2 penjaga pun menyedari kelibat kami yang sudah selesai solat dan mempersilakan untuk kami beredar. dalam hati saya, kenapa dia tak benarkan orang stay dalam masjid ni even untuk baca Quran?? ish, dah tak boleh nak curi sedikit masa untuk bertenang dalam masjid. sedih la..

Hebah mengajak saya ke perpustakaan masjid atau kita panggil sebagai maktabah. saya lihat kerneh beliau. oh, warna hitam-untuk pengetahuan, tanda warna kerneh kami berbeza-beza mengikut tahun pengajian. eg; tahun 1 warna oren, tahun 2 warna biru dan sebagainya. saya kagum lagi dengan Hebah.

banyak perkara yang kami bincangkan bersama. saya suka gayanya. lembut, dan tegas. di tangannya terselit al-Quran. mashaAllah, dia seorang hafizah. dan banyak juga pengalaman yang dia kongsi bersama saya. tidak lupa jugak cara-cara untuk study. alhamdulillah. Allah temukan saya dengannya~

sedikit yang boleh saya kongsikan. kesimpulannya

1- dont be alone. Stay in your jama3ah. find someone like you and try to trust her.
2- study just for Allah. dont study for your marks, mama baba, your career and others. JUST FOR ALLAH.
* dia ada ajar cara study. dia study, bila dia betul2 niatkan yang dia baca buku untuk Allah, tiada yang lain. dan atas meja dia ada bekas bunga-'Flower For Allah'. setiap kali habis study, dia akan bisik , ya Allah, this flower is for u (sweet kan?) kira macsam hadiah. dengan harapan, bila kita 'beri' sesuatu pada Allah. Allah akan beri ganjaran yang lebih baik pada kita. kan Allah tu Maha Penyayang dan Maha Pemberi.

ya Allah, flowers for you~^^,

3- call your parents
4- when it comes the mcq exam, answer the department book. the questions in the exam are exactly from the book. n when it comes the final exam, practice for essay questions.
5- let me teach you about Quran slowly. reading, remembering and understanding.

moga sama-sama kita dilindungi dan diberi rahmat kasih sayang olehNya. Allah tu baik kan?kita je yang selalu lupa.

Tuhan,dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMu melangit luas,
Harga selautan syukurku,

Hanyalah setitis nikmatMu dibumi.

-mengemis kasih,raihan-

tenang. anyone,bring me here~

and here too~
rindu hadiqah Azharlaa..

saya suka isi yang terkandung pada link ini.

6 comments:

nurul atiqah mohd azman said...

hajar gud luk exam...
hajar kene pandai bahagikan masa taw...awak tuh dah bz dah sekarang..n medic is not just hard right???...it's very3 hard...
chayo' kawan..

siti-situ-sana-sini said...

>tiqah

saya terharu dgn kata2 semangat dr awak.terima kasih kawan!
inshaAllah, kte amek la nasihat dr org2 yg berpengalaman ni...heee
ingtkn aku bila aku lupa..
yup, medic bkn susah pun. tp sangat3 susah. Allahu yusahhillana. ameen~
doakan sama2 yea

Muhammad Nidzam Yatimi said...

salam. komen sikit.
Allah susun cantik je jumpe dengan Hebah tu.. sebab Allah tau itu lebih baik untuk kau time tu kan... Selamat maju jaya Dr.Hajar

jadi pmimpin yang dicontohi bukan susah. tp sgt3 susah. tp, mesti senang kalau nak.kn?

siti-situ-sana-sini said...

>nizam

waalaikumsalam
yup, byk rahsia Allah yg kita x mampu singkap.
Allah sebaik2 perancang
slmt maju jaya juga Dr Nizam! (Dr ke Ir??)

moga kita mampu contohi cara kepimpinan junjungan besar kita nabi muhammad..

Muhammad Nidzam Yatimi said...

eh. Dr. bukan Ir bukan. biase-biase je ja...

ye,, moga-moga.. amiin..

analisiszikri said...

mmg ukht hebah mnjadi 'hibbah' utk akak an masa tu..