~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Sunday, January 2, 2011

Nabi ajar..

new day, new life, new story..

sesuatu perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. hayati kisah ini dan sama-sama kita amalkan. inshaAllah

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina

Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan

menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan

mintalah seorang khadam untuk membantumu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk

mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu memenuhi permintaan anak

kesayangannya itu. Lalu Baginda s. a. w. pergi menemui puterinya serta

menantu itu. Baginda s. a. w. berkata :

"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa

yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan

bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua

daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s. a. w. ajarkan kepada anak dan

menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a. w.

ini. Katanya

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan

kepadaku."


Allahua3lam


No comments: