~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Thursday, April 26, 2012

Kisah dalam Metro!

new day, new life, new story..

Bismillah walhamdulillah :)
harap semua sihat-sihat aje. rindu sangat untuk berblogging, walaupun tiada pengunjung tetap. tidaklah aku harapkan orang membacanya kerana aku sudah niatkan blog ini sebagai tatapan anak-anak cucuku pada suatu hari nanti. rugi sangat kalau aku tidak meninggal lansung kenangan silamku dalam apa bentuk sekalipun. haha. tiba-tiba, orang duduk ramai-ramai depan laptop untuk baca blog, sambil berkata ,"oh, macam ni rupanya hidup ibu/nenek kat mesir dlu...~~"
lalala~

anyway, kembali kepada kenyataan sekarang ye cik hajar~
alhamdulilllah, hari ini 26 April 2012, kami diberi cuti umum sempena pembebasan Sinai [kisah di sebaliknya saya tak berapa tahu sangat. takpe, masing-masing boleh google yahh] tapi, cuti tidak bermakna cuti daripada tanggungjawab dan amanah. hehe. hari ini, ditakdirkan Jabatan Bendahari Kehormat PERUBATAN mengadakan mesyuarat intercawangan untuk kali pertama. dan, saya sebagai setiausaha terhebat abad ini perlu memastikan diri supaya hadir atas amanah yang ditaklifkan.

************

dan akhirnya, hajar terleka berbual di chatbox FBnya..

saya pernah mengatakan; "naiklah metro (tren kita panggil di Malaysia) dan anda akan dapati seribu satu kisah kehidupan didalamnya"

hari ini saya naik metro lagi.

permandangan biasa yang anda akan lihat sepanjang perjalanan hingga ke dalam metro;
1. seorang ibu dan beberapa orang anak kecil duduk di tepi jalan, anak-anak itu akan meluru kearah siapa-siapa dan meminta apa-apa (??)
2. lelaki yang kudung kaki
3. lelaki yang kudung tangan
4. seorang wanita bersama anak lelakinya (barangkali) yang ada oedema dikaki. tak tahu sebab apa
5. warga tua lelaki menjual pewangi, tisu hatta pelapik meja
6. anak kecil beusia 5-8 tahun menjual tisu, kain lap dan sebagainya
7. warga tua perempuan berjalan dari gerabak ke gerabak meminta sedekah.

dan, macam-macam lagi pemandangan...
yang pasti, setiap yang anda lihat akan meruntunkan hati anda. seriusly, saya akui hati saya sangat sensitif dengan hal-hal ini.

hari ini, saya masuk metro. sebaik saje pintu metro tertutup, saya terpandang seorang budak perempuan. badannya kurus kering, seakan-akan tinggal tulang sahaja, bajunya lusuh. huh, dia tidak mempunyai baju. dia memakai baju kot putih (lab coat) yang sangat comot. di tangannya, dia memegang kantung air kencing, berdarah didalamnya (urinemia, maybe) dadanya dibalut dengat plaster dan kapas. ada tanda darah di tengah-tengahnya, tanda dia dicucuk disitu. kakinya diangkat hingga ke paras pangkal peha kerana terdapat kesan jahitan sepanjang tapak tangan di situ, masih kuning-kuning dek kesan iodine dan berdarah kering. 


ya, saya perhatikan satu-satu setiap inci tubuh kanak-kanak berkenaan. saya geram, campur sedih.dia berjalan dari awal gerabak hingga ke belakang. tiba metro hendak berhenti pada stesen seterusnya, momentum metro membuatkan kanak-kanak tersebut terkebelakangan (inertia) dan saya lihat betapa dia cuba menahan kesakitan injection didadanya ketika dia dalam keadaan inertia. saya dapat bayangkan.........

saya GERAM, kenapa budak tu tak duduk saja di hospital DIAM-DIAM dan berada dalam pantauan doktor. tak pun, kalau dia sudah dibenarkan keluar, kenapa tidak saja dia duduk DIAM-DIAM di rumahnya sambil dipantau ibubapa dan adik beradiknya? macam-macam fikiran jahat yang cuba hasut saya. tapi, saya kata pada diri sendiri; doktor itu Allah wujudkan dengan sifat rahmah didalam diri mereka!

saya SEDIH, saya sendiri tiada kemampuan kewangan ketika itu untuk diberikan kepada budak itu. kebetulan, wang di tangan saya hanya cukup-cukup makan saja. dan dalam masa yang sama, saya terfikir, jika pemandangan ini saya dapat lihat semula dalam keadaan saya ber'duit', adakah Allah akan beri KEKUATAN kepada saya untuk membantu...?

suka untuk kongsikan ayat ini.

"Musa berkata kepada kaumnya ; 'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah.Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwariskanNya kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa" [Al-A3raf; 128]

************



sekarang ini, kita kembalikan semuanya kepada Allah. lagi-lagi kepada pemimpin. pemimpinlah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinannya. 

terlintas dalam fikiran saya, bukan saya sahaja malah seluruh rakyat Mesir sangat mengharapkan pemimpin mereka yang akan datang ini ADIL. yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. yang akan meninggikan syariat Allah dan membuang segala daki-daki kesat sekularisma di Mesir ini. semoga dalam masa beberapa tahun ini, Mesir akan membangun dengan lebih progresif dan produktif. dalam erti kata lain, daripada rakyat untuk rakyat. 


aku rasa aku macam banyak merepek je kat atas ni, kan?
btw, aku tak pernah kongsikan kisah hati dan perasaan aku dalam ni kan? inshaAllah ada masa nanti, aku akan cerita tentang 'cinta baru' dalam hidup aku sekarang ni. alhamdulillah, aku bahagia! :)