~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Thursday, December 30, 2010

Apa Ertinya Saya Menjadi Doktor?

new day, new life, new story..


Malam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stress memikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintu Accident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door, walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).

.

Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’. Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.

.

Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.
“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)
Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.

.

Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…

Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.

Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.

Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!

.

Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energetic selalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?

.

accountantSungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.

.

doctorDoktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!

..

ECGDalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.
Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)

..

hatiSelain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.

.

Kesimpulannya, bestkan kerja doktor ni? Bersemangatlah! Kerjaya ini banyak sahamnya di akhirat…huhu… kalau ikhlas.

p/s; mid term exam dah nak dekat ni. jangan malas2kan diri anda ye...tinggi menggunung harapan-harapn manusia di Malaysia nun jauh disana~~

Wednesday, December 29, 2010

Salahkah aku berubah?

new day, new life, new story..

Bismillahirahmanirrahim


.lihat ais salji ini, lama-kelamaan ais yang membeku akan menjadi air yang mencair. sama juga seperti hati manusia, hati yang keras, lama-kelamaan bila dilentur dengan tabiyah dan peringatan, akan menjadi lembut. Itulah fitrah manusia.

Berubah pada yang lebih baik. mungkin bukan saya yang selayaknya untuk berbahas mengenai perkara ini. tapi, untuk mengadaptasi fitrah manusia, tidak salah jka pandangan saya didengari.

benar atau tidak kita, lebih2 lagi memegang tittle remaja tidak akan terlepas daripada memasuki fasa 'gelap' terutama bila kita merasakan diri kita ini adalah yang terbaik. manusia tidak selamanya akan disanjung dengan kemuliaan, dan manusia tidak juga selamannya tidak dibenci dengan kehinaan. tanpa kita sedar, perasaan merasa yang terbaik, menjadi satu ketidakselesaan pada orang sekeliling kita terhadap kita. Allah~

memang diakui, nilai cinta Allah pada hambaNya memang tidak ternilai harganya. dengan kudrat Allah kita berada dalam fasa kegelapan, dengan kudrat Allah jugak kita akan menuju ke fasa yang lebih baik. sesungguhnya islam itu adalah cahaya yang menerangi alam selepas dunia diselubungi kegelapan zaman jahiliyah.

saya teringat tazkirah pendek malam tadi, dari tadabbur surah al-an3am, ayat 32. mafhumnya, dunia ini adalah tempat bermain dan hiburan. dan hari akhirat itu lebih baik bagi hamba-hamba yang bertaqwa.

Dan, adakah kita tergolong dalam kalangan yang meraikan dunia sebagai tempat hiburan atau kita kalangan yang menjadikan akhirat sebagai puncak utama kehidupan kita??

Metod perubahan diri.
1) beruntunglah bagi sesiapa yangberjaya mencampakkan dirinya ke dalam biah solehah. berada di dalam biah yang baik ini, walaupun kita sendiri bukan yang solehah tapi kita dikelilingi oleh orang-orang yang solehah. hargai dan syukurilah satu nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. pada yang masih mencari-cari biah indah ini, masih tidak terlewat untuk kita bina biah ini sendiri. mulakan dari diri kita sendiri, kemudian pengaruhi alam sekeliling anda. memang mudah berkata-kata daripada melaksana. tetapi, sebuah agam yang indah juga bermula dari seketul batu-bata. jadi, angan-angan tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil :D

sebetulnya, bila hati kita tergerak untuk berubah menjadi lebih baik, itu adalah nikmat kecil yang tidak kita sedar kerana Allah masih lagi memberi kita peluang untuk menyesali kesalahan yang telah kita lakukan.

2) Tajdid niat. fikirkan kembali apakah tujuan sebenar kehidupan kita ini. ingat kembali segala nikmat-nikmat kecil dan besar yang telah Allah kurniakan pada kita. muhasabah kembali harapan-harapan nian menggunung daripada orang-orang sekeliling kita eg; ibubapa, adik-beradik, sanak saudara dan sahabat handai. dan yang paling penting, 'harapan' ISLAM pada kita.

3) Tingkat kualiti. dalam ibadah, menuntut ilmu dan hubungan sesama manusia. satu tips untuk hubungan sesama manusia; Apabila redha Allah menjadi matlamat, maka redha manusia pasti menyusul. gunakan kawan-kawan anda sebaik mungkin. biarkan mereka menjalankan tanggung jawab mereka untuk menegur setiap masa untuk menjamin kualiti peribadi anda. dan, biarkan juga hati anda lembut untuk menerima segala teguran itu. hakikatnya, kawan kita sayang pada kita kerana mereka mahu kita jadi yang terbaik. inshaAllah. kan kita dah janji nak sama2 masuk syurga dengan persahabatan ini...~ameeennn


KESIMPULAN. hidayah itu datang dari Allah. beruntunglah bagi mereka yang menjemput hidayah itu dengan hati terbuka, dan rugilah bagi mereka yang sengaja menutup pintu hati dikala hidayah itu mendatangi kita. DAN, janganlah kita berubah semata-mata kerana manusia, kerana manusia akan mati. tetapi, berubahlah kerana Allah kerana Allah itu Tuhan yang Maha Penyayang. Selami dan dalami sifat-sifat Allah pada nama-namaNYA kerana sifat-sifat itu hakikatnya terbias pada diri kita. Didik diri kita dari sekarang untuk anak-anak kita.

Allahua3lam.




Thursday, December 23, 2010

Kosong.

new day, new life, new story..

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


KOSONG. sejak dua menjak ni, kosong je pemikiran ini. lebih-lebih lagi selepas kepulangan mak abah. huu~

pergi kuliah, duduk dalam muhadharah tu, balik kuliah, sampai rumah... benda yang sama dibuat hari2. dah lali. sebab tu ke rase kosong?

dah lama x merasa perasaan sebegini rupa sejak keluar dr sekolah dulu. eh,mungkin aku pernah melaluinya. tapi, kenapa perasaan ini kuat pada waktu2 begini.

hmm, aku perlu hadam lumat ayat al-Baqarah atas tu..

mungkin aku makin menjauh dari Allah...

sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah sangat meluas meliputi langit dan bumi. manusia seperti aku, sangat tidak bersyukur!

muhasabah~

saya rindu mak abah sebenarnye..



Friday, December 10, 2010

Hari Comel Sedunia

new day, new life, new story..

alhamdulillah. hari ni hari-dapat-tengok-ramai-baby-comel!
ok.yang comel2 tu termasuk saya tw!hik3

dekat masjid nur tadi, terjumpa dengan seorang baby ni. masyaAllah, tak terkata. comel sangat2. pipi dia sangat kental! haha. nama dia moustafa. baru masuk 3 bulan, tapi sihatnya macam dah setahun. anak arab laah..

ana pernah dengar, kenapa Allah ciptakan kita saat kita bayi kita miliki paras yang comel dan disenangi?

coz, biar sape2 yg lihat bayi tersebut akan jatuh rasa sayang pada bayi tu. so that, akan bercambah rasa kasih sayang dalam diri seseorang. Allah kan suka manusia yang berkasih sayang.

dan kasih sayang jugak merupakan salah satu sifat agung Allah. kerana kasih sayang Allah la kita masih lagi hidup dan bernafas dengan jayanya sekarang. alhamdulillah~

dan, dengan kasih sayang Allah juga Allah beri kita rasai nikmat yang paling besar; nikmat IMAN & ISLAM. alhamdulillah~

dan, hari ini juga Allah tunjukkan kasih sayangnya bila Allah ambil balik barang yang Dia pinjamkan sementara pada kita. baru je sekejap tadi, kami menerima berita kematian adik sofiyatul ulya; anak kepada mantan raisah PMRAM (berita)

moga ummi dan abi adik ulya tabah menghadapi sedikit ujian Allah ini. al-fatihah utk adik ulya.

kita? bila agaknya Allah akan uji??huhu..

Tuesday, December 7, 2010

merekalah nafas saya..

new day, new life, new story..

tarikkk nafassss...... lepassss~

alhamdulillah. dalam dunia ni, Allah takkan pernah biarkan kita keseorangan kan? kita je yang selalu touching lebih bila terasa 'down' atau dihadapi macam2 masalah. haihh.. lumrah kan...
sampai satu stage nanti, bila putaran hidup kita berubah...
lagi, bila kite duduk jauh dr famili, ape lah yang kita ada selain dari kawan. terharu kan? Allah letakkan kita bersama kawan2 supaya kita tak berseorangan dalam menghadapi liku2 kehidupan di atas bumi asing. seorang mak cik ni pernah kata,

'jagalah dia elok2 ye. makcik harap, kawan2 kat sekeliling jadi pengganti keluarga kt malaysia ni..'

pergghhh, sebak jugak la dada ni bile dengar mak cik tu ckp mcm tu.

dan lagi terharuuuu, bila kawan2 ni yang jadi tunjang semangat dalam dunia dakwah dan tarbiah. kawan2, panjang lagi perjalanan kita nihh. haaa, tiba2 nak nyanyi lagu sahabat. (touching lebih ni...huuu~)

act, just nak expresskan appreciation je pd kawan2 yang sama2 berjuang kt mesir ni. tp, still tak pandai nak hargai dorang. kesian. hanya Allah je yang tahu betapa sayangnya kita pd dorg kan? moga Doa Rabitah jadi misi dan visi dalam kembara ukhuwah ini. ameen ya Rabb~

ingat, salah satu nikmat yang Allah bagi pada kita adalah nikmat bersahabat. lagi2, bila Allah rezekikan kita bersahabat dengan orang2 soleh. alhamdulillah~

safi, ain, ilia, izzah, nadiah, fathiah, fahim, fareha, syafiqah,yati...(cukup 10 tak??hee) tanx A LOT my dearest frenzz..dah banyak yang kita lalui bersama kan? moga jadikan kita lebih matang!

adibah husna, i miss u more~ (wekk2)

kawan2 sambest, x terlafaz rasa rindu pada kalian! Allah~~

didi, nadia, izyan.. haihh, Allah~

ok. post ni agak touching-ngade2. hee.



and now, i believe with the saying, 'u have great friendsss!' tanx, i trust u on dis.

Alhamdulillah. terima kasih Allah.





Friday, December 3, 2010

Hand-made Bomb!

new day, new life, new story..

'in Gaza, the first bomb they made is a hand-made bomb. they made the bomb from the glucose-source in their house. dont u know, glucose can explode?' kata docAiman kami semalam dalam kelas biochem. subhanallah. teruja dengar!

'save Gaza' protest in Canberra.

hebat ciptaan Allah ni. satu ilmu berharga yang ana dapat semalam.

kenapa Allah tak hasilkan tenaga secara sekaligus dalam badan kita?

samalah yang diaplikasikan oleh pejuang-pejuang Gaza tu.. rupa2nya, Allah dah turunkan ilham kat mereka dulu, baru ana belajar benda ni..masya Allah~

docAiman kata, energy which is the last product of glucose must be produced gradually as it is produced in the cell. or otherwise, the cell itself will explode. mesyi?

oh2. kite baru tahu..

haa, itulah biochemistry yang sangat memeningkan kepala otak student2. ok, ana rase ana sorang je yang rase tu. ye lah, sahabat-sahabat lain semua dah power gile2 dengan segala formula dan nama-nama enzym yang ada dalam buku teks dan nota docAiman tu..Allah~

Robbuna yusahhil~

i love biochem!!!

mari doakan saudara-saudara kita disana~
*syahid tujuan utama. inshaAllah

dan kita disini, terus thabat dalam perjuangan! aku dan juga kalian ^^,

Allahua3lam

Tuesday, November 30, 2010

hadiqah al-azhar

new day, new life, new story..

bismillah.
pernah tak, satu hari rase perasaan ni. perasaan yang tak tergambar dengan kata2. perasaan yang terbuku dalam sanubari, kita nak keluarkan tapi tak terluah. hee. ana tanya ni sebab ana pernahla mengalaminya~ ^^,

kita macam rase sedih, rase macam segala bebanan terpundak kat bahu kita yang kecil ni. rase macam dah tak ada siapa dalam dunia memahami apa yang kita rase. sedihkan??

tapi sebenarnya, sesuatu masalah yang kita hadapi juga merupakan nikmat Allah. ana baru tersedar perkara ini dalam dalam program mentor yang ana hadiri baru2 ini. alhamdulillah, Allah buka mata hati ni lagi. alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk terima hidayah Dia lagi.

sebenarnya, pengisi tersebut menekankan tentang, lupa=nikmat. tapi, kita bole aplikasikan juga ye~ ehe

sesuatu masalah yang dikatakan nikmat ialah apabila Allah bagi peluang kita merasai masalah yang lain dan melupakan kita dari banyak-banyak masalah yang kita hadapi. contoh, bila kita tertekan dengan masalah hati. at least, Allah lupakan sejenak pemikiran kita dengan masalah study yang kita hadapi. cuma, terletak pada kita juga untk memajorkan dan meminorkan masalah2 tersebut.

faham kan??heee~

sebenarnya, nak promote hadiqah ni je. hari tu 2 hb ana ziarah hadiqah al-azhar. yup, saya dah jatuh cinta dengan hadiqah ini. masyaAllah. kalau kt malaysia, boleh pergi mandi laut. tapi kat mesir jauh berbeza dengan malaysia. hanya taman2 je yang boleh dilawat. alhamdulillah

hadiqah ni, indah sangat. bak kate sasterawan, saujana mata memandang. sekali pergi, sampai limit time pon tak nak balik (over la tu..) tapi, mana boleh, kat mesir ni ada had masa keluar rumah. akhawat tak digalakkan keluar lepas maghrib kecuali emergency nak terbersalin dan sebagainya.

hadiqah al-azhar tutup pukul 11 malam. hee. yang paling geram kalau cerita bab harga. ada ke patut, time hari jumaat harga tiket naik melonjak-lonjak macam percikan minyak panas bercampur dengan air. pernah ana pergi hari jumaat, satu tiket dewasa = LE 7.
psst; kat sini dah tak boleh nak berlakon kanak-kanak dah macam kat malaysia dulu. huuu
kalau hari2 biasa, standard LE 3 kott. dasyat kan? takpelah. niat sedekah je..

jalan2 dengan nasuha

haa, ni la dia saujana mata memandang.

saujana mata memandang 2.

masyaAllah. power tak Allah? maka, nikmat Tuhanmu yang mana engkau dustakan?

geram kan? rase macam nak masuk je dalam awan tu n duduk diam2 dalam tu..

orang2 arab pun rajin memenuhkan taman ni. yang tak sedap mata memandang bila tengok copule2 ni berdua-duaan berjalan-jalan dalam taman ni. eishh, nak dating kahwin la dulu..

masjid ali pasha. ada di Qal3ah Salehuddin Al-Ayubi.

tarikan utama di pintu masuk.

i cant believe i've reached here. n i wont hesitate to go there back. esspecially with my love ones~ inshaAllah


so, ana dah promote. datang la sini ye.... ^^,


dan, malam tu ada majlis wada' serta haflah najihin. ok, serta-merta hati ini terasa sayu pula..

Allahua3lam

Wednesday, November 24, 2010

LiQa

new day, new life, new story..

“Dan (bagi) orang – orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka” (QS; Asy-Syura :38)

liQa, ya3ni meeting atau mesyuarat. satu perkara yang dianggap sebagai wajib dalam islam selepas ibadah solat. hatta, rasulullah sendiri dan para sahabat mengamalkan sistem syura ini. dalam satu majlis ilmu,saya pernah diterangkan tentang konsep syura. syura sangat dituntut kerana bila sesebuah organisasi atau jemaah mengadakan syura, tidak lain tidak bukan, objektifnya tetap sama; mewujudkan kesatuan pemikiran (fikrah) dan kesatuan amal. disamping menjadi wadah bertukar-tukar pandangan, syura juga merupakan medan dimana mesalah ummah dibincang dan diselesaikan bersama demi kemaslahatan yang lebih baik pada masa akan datang.


hik3. panjang juga muqaddimah. alhamdulillah, hari ini selesai 2 buah liqa dijalankan. satu, berkenaan organisasi G2G kitaaa. dan yang kedua, liqa rumah bersama ahli bait. alhamdulillah, semua berjalan lancar cuma terdapat sedikit kecacatan yang tidak dapat dielak. dah lama agaknya tak masuk dalam liqa sebenarnya. (liqa usrah tak termasuk ye..)

kan 'segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri sendiri. hakikatnya, kedua2nya datang dari Allah' ^^,

lepas ni, kena jadi lebih baik. ana kena improve lagi la soft skill dalam mesyuarat. hmm, idea2 sudah dijana. tinggal nak dilaksanakan sahaja, biiznillah!

DAN, terima kasih everybody for your nice cooperation! ^^,

terima kasih Allah! Kau beri lagi peluang ini padaku. Beri aku dan sekalian umat islam rahmatMU. jangan Kau palingkan hati kami dari agama suci ini dan tetapkanlah kami terus dalam perjuangan ini. ameen~

btw, ana nak share sesuatu. yang mungkin boleh jadi misi kita bersama2 untuk membina fardhul muslim. sebelum mengimarahkan baitul muslim. dan akhirnya, bersatu teguh mencapai majmu3ah islamiyah. KITA ADA DAULAH ISLAMIYAH YANG PERLU KITA TEGAKKAN!

10 muwasafat tarbiyah

Monday, November 22, 2010

Assesment Anatomy^^,

new day, new life, new story..

salamualaik

hari ini, 16 Zulhijjah 1431H bersamaan 22 november 2010. lama juga blog ini di tinggalkan tidak bertuan rupanya. well, setiap kali post mesti akan cakap benda yang same ek. hee. asifah jiddan2. ma3alish awi2. maaf bnyk2. sooo sorry.

ok. for the time being, for the ultimate posting after it has been a while, ana nak inform pada semua, jam 2.00 petang (mesir) atau 8.00 malam (malaysia) ana akan menduduki satu assesment anatomy. bukan grand pun sebenarnya. maybe this is the first exam for us for this term, so gayanye macam nk bagitahu semua. maksudnye tu nk minta doa la.. boleh kan doakan kami? sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin :D

for your info, kat sini istilah assesment sangat penting ye, sebab assesment ni means ada carried-mark untuk final exam nanti. walaupun maybe dalam 10 markah, tapi mungkin tu la yang membantu untuk dapat mumtaz dis final exam. ameeeeen~~ (angan2 untuk mumtaz perlu ada ye..)

ok, that's all. bagi yang tak tahu, esok exam kat exam hall bawah lab histo yang klasik sikit tu ye.

arrggghh, rase mcm nak ponteng muhadarah je. banyak tak revise lagi ni
. ok, ini monolog dalaman sahaja.. makin banyak yang dibaca, makin banyak yang tak tahu. masyaAllah~

robbuna yusahhil kulluna, inshaAllah

Allahua'lam

Sunday, September 5, 2010

2 tangisan

new day, new life, new story..

salamualaik..

alhamdulillah.

2 tangisan berlagu pilu bakal berdendang di saat tamatnya satu bulan yang paling kita nantikan setiap tahun; Ramadhan Al-Mubarak. mereka mungkin tidak memahami. tapi, Allah adalah Tuhan yag Maha Mendengar akan rintihan hati hambanya..

1. tangisan kerana berakhirnya Ramadhan.

yakinkah kita akan menemui semula dalam Ramadhan yang akan datang?
yakinkah kita dapat melatih diri meningkatkan amal ibadah sebagaimana yang kita cuba bina dalam bulan Ramdhan ini?
yakinkah kita sudapt mendapat tittle 'bertqwa' seperti yang disebut dalam surah Al-Baqarah;183?
yakinkah kita sudah berjaya melawan hawa nafsu yang kian beraja dalam diri kita?
yakinkah kita akan selamat pada bulan2 akan datang?
yakinkah kita? yakinkah kita?

2. sambutan kemenangan aidilfitri tanpa berada di sisi keluarga dan sanak saudara tercinta.

hee. manusia itu fitrahnya diciptakan dengan emosi dan perasaan. maka dengan itu, terbentuklah perbezaan yang jelas antara manusia ciptaan Allah dan robot ciptaan manusia. berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang buruk. lebih-lebih lagi kita berjauhan kerana hendak menuntut ilmu. jika benarlah niat kita menuntut ilmu kerana Allah, pintalah padaNya supaya dikuatkan dan diikhlaskan hati kita dalam perjuangan ini. seberapa lama pun kita berada di perantauan ini, satu hari nanti pasti kita akan kembali di pangkuan keluarga. inshaAllah.

mungkin sempat, mungkin tidak sempat. jadi disini, saya mengucapkan;
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.ratapi pemergian ramadhan dengan harapan, raikan kemenangan dengan kesyukuran.

Allahua'lam

Tuesday, August 24, 2010

selingan

new day, new life, new story..

renung-renungkan.. kita di kategori yang mana

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.


p/s. we are who n what we are now for our own good! act, until now it really takes times to get better. but, no sweat n chill the reward would cure everything. ceh, cakap mmg senang!



jaulah saya lagi #2

new day, new life, new story..

dengan nama Allah...

maaf atas keterlewatan. ada idea, tiada peluang. begitulah hidup ini; kita merancang, Allah sebaik-baik perancang.

SEMINAR & BENGKEL. alhamdulillah. selesai seminar dan bengkel kemantapan fikrah yang berlansung selama 2 hari ini. program yang membuka luas minda dan pandangan mahasiswa terutama ahli kelab Daie Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir [BKASM] tentang fiqh al-khamsah (5). kertas kerja dibentang oleh mahasiswa-mahasiswa sendiri yang sangat berpengalaman dan berketrampilan yang juga merupakan ahli kepimpinan dalam PMRAM. memang merupakan perkara baru bagi saya. tapi, alhamdulillah sangat berguna untuk kehidupan seharian kita. menjadi peserta terbaik bukanlah menjadi satu tali ukur kefahaman tentang fiqh yang lima ini. masih banyak ilmu yang perlu dicari dan pengalaman yang perlu ditimba.

JAULAH. [24 hb] kami dibawa berjalan-jalan mengelilingi tempat di madinah. antaranya, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Sab'ah(7), Jabal Uhud dan Ladang Kurma. selebihnya, saya dan rakan-rakan membuat 'jaulah' kami sendiri. terutamanya di kawasan membeli-belah yang ada di sekitar bandar tersebut. hee. 'jangan diajak berjalan, sekali diajak inshaAllah dah tak sudi nak balik' bukanlah moto, bukanlah logo. sekadar peringatan. ahakzz. tidak mengapa, kita berjalan untuk melihat kebesaran Allah. bukankah itu salah satu ciri ulil al-bab yang disebut dalam al-Quran..??

masjid Quba'. masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ketika sampai di Madinah. fadhilatnya dikatakan, pahala solat sunat didalam masjid ini menyamai dengan pahala satu umrah dengan syarat kita berwudhu' dari rumah.

ladang kurma.

kurma agwah (slang mesir);kurma yang ditanam oleh Rasulullah. harganya boleh mencecah SR110/kilo ketika bulan ramadhan. tetapi kelebihan dan kebaikannya memang tidak boleh disangkal. bak kata ustaz moen, orang madinah ni, kalau ada kes berkaitan sihir, tak lain tak bukan hanya kurma ajwa yang menjadi penawar. Subhanallah!*rujuklah mana-mana bahan bacaan berkaitan dengan kebaikan kurma ini. tidak terkata banyaknya. alangkah baik jika kurma ini ditanam di Malaysia...

kawasan sekitar tapak peperangan uhud. uhud yang bermaksud tunggal merupakan sebuah ganjaran setinggi 142 meter, selebar 3.5 km dan sepanjang 6.5 km. bukit yang nabi sebut kelebihannya; 'Bukit yang kita cintai dia, dan dia cintai kita'. juga pernah menawarkan diri pada rasulullah untuk menukarkan dirinya menjadi bukit emas. sebabnya saya tak ingat la pulak...asiff

jabal rumat (memanah). jabal yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyusun stratergi peperangan. tapi, tiada wala' (patuh) kepada ketua menyebabkan jabal ini dikuasai oleh pihak mush. maka, jatuh kalahlah tentera islam dalam peperangan ini. jika sebelum ini, kita hanya belajar di sekolah tentang sirah ini, tetapi pada hari ini kita sendiri dapat melihat dan merasainya sendiri.best!

kawasana perkuburan di jabal uhud yang menempatkan semua 70 syuhada uhud termasuk pak cik baginda ; saidina Hamzah. pernah 3 kali kubur saidina Hamzah cuba diubah ke perkuburan Baqi' oleh kerajaan Arab Saudi tetapi tidak berjaya kerana setiap kali percubaan, jabal uhud akan bergegar. sebabnya...Allah lebih tahu

masjid Qiblatain. dimana berlaku pertukaran qiblat umat islam dari masjidil Aqsa ke masjidil Haram selepas waktu solat asar. 180 degree.

masjid Sab'ah. masjid yang berkaitan dengan perang Khandak.

terakhir sekali, sebelum pulang ke hotel, kami dihidangi oleh permandangan air terjun yang berada di tengah-tengah padang pasir. subhanallah. moga kita dapat pengajaran di sana.

TAKLIMAT UMRAH. masa 4 hari yang diperuntukan di madinah hampir sampai ke penghujungnya. pada malam tersebut, selepas isyak, mutawwif kami , ustaz Along memberi sedikit penerangan dan taklimat berkenaan dengan umrah. kami akan bertolak ke Mekah pada keesokan harinya selepas solat zohor [25 hb]

RAUDHAH. atau taman syurga. salah satu tempat mustajabnya doa. kami disyorkan oleh mutawwif kami untuk menziarahi raudhah buat terakhir kalinya sebelum berangkat ke Mekah. oleh sebab terdapat sedikit kekangan bagi pihak muslimat, kami terpaksa pergi pada waktu-waktu yang ditetapkan sahaja.

antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) di antara taman-taman syurga

bagi saya, perjalanan ke raudhah pada kali terakhir ini agak menenangkan berbanding dengan perjalanan-perjalanan sebelum ini yang agak 'rushing' dan kelam-kabut. sebelum tiba di depan pintu masjid, kami terserempak dengan seorang mak cik tua dan anak lelakinya. mereka berasal dari palestin. anaknya meminta kami supaya membawa dan menemani ibunya ke raudhah. tanpa berfikir panjang (kerana nak cepat!) kami segera memimpin tangan mak cik tersebut dan membawanya bersama kami. alhamdulillah, perjalanan kami tenang dan lancar. sangkaan kami, kami yang akan memimpin mak cik tersebut. tetapi sebaliknya yang berlaku. hehe. syukran ya mama. dan akhirnya, sebagai tanda terima kasih, mak cik tersebut menghadiahkan ciuman kepada kami (trademark orang arab). dan anaknya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami. afwan. maas salamah..

BUKAN YANG TERAKHIR. setelah selesai semua urusan, kami memulakan perjalanan menuju mekah selepas zohor. 7 jam perjalanan. kami tiba di Bir Ali untuk berniat ihram. dan tiba di Mekah pada pukul 10 malam. seterusnya, kami bergegas ke Haram untuk menyempurnakan rukun-rukun umrah yang selebihnya.

pemandangan pertama~~

Allahua'lam.
moga ada berkat. nantikan sembungannya selepas ini. sebagai tambahan, mungkin kita boleh merujuk kepada blog salah satu ahli jemaah saya; ustaz farid rashidi.

Wednesday, August 18, 2010

maaf . ini jaulah saya #1

new day, new life, new story..

Dengan nama Allah Rabbul Jalil...


12 HARI SUDAH. alhamdulillah, jika dikira genap sudahlah 12 hari saya dan jemaah pulang dari Arab Saudi [AS] dalam Jaulah Haramain untuk umrah dan ziarah. rindu masih lagi melekat dan mungkin tidak akan pernah padam. moga Allah beri lagi peluang pada saya untuk menjadi tetamuNya pada masa akan datang. nampaknya, kena menabunglah dari sekarang (:inshallah, dalam laman ini saya akan berkongsi sedikit demi sedikt pengalaman yang digarap sepanjang keberadaan saya dan para jemaah di sana.
MAHRAM. mungkin ramai yang tertanya-tanya ; bagaimana saya mudah melepasi kastam AS, sedangkan saya tidak bermahram di sini. baiklah, begini. jaulah yang saya sertai diuruskan sendiri oleh pihak travel yang menguruskan travel dari mesir dan malaysia termasuklah umrah dan ziarah ini. segala pasport dan visa termasuklah mahram kami diuruskan di malaysia. jadinya, semua urusan adalah sah dan diperakui oleh kerajaan malaysia. mahram atau istilah yang kami gunakan; mahram tumpang, merupakan ahli jemaah rombongan saya sendiri. itulah keistimewaan mesir..~~
HUKUM. hmmm, setelah berbincang dan bertukar fikiran, saya dapat 2 kesimpulan. ringkasannya, pertama; ibadah kita diterima, tapi jalan yang kita lalui salah. kedua; umrah kita memang sah. bab mahram tidak menjadi masalah. perkara ini timbul kerana pihak AS memang mewajibkan setiap wanita yang hendak memasuki negara tersebut perlu membawa mahram. DAN, berkenaan dengan mahram tumpang atau mahram jadian dan sebagainya, pihak AS memang sedia maklum akan perkara berkenaan. Allahua'lam.

KOMENTAR. subhanallah. tak terkata nikmatnya dapat menjejak kaki ke Baitullah dan rumah nabi. tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. hanya yang melaluinya dapat merasainya sendiri. tambahan lagi, rasa sangat bersyukur kerana diberi upaya pada masa gagah belia ini untuk mengerjakan ibadah yang satu itu. bukanlah tujuan untuk riak. tetapi, pengalaman yang dikongsi ini moga menjadi inspirasi dan semangat untuk sahabat yang lain untuk melawat ke Tanah Suci itu. inshallah!

Bahagia. fathiah, hajar, ain, adibah, maha. 'Kami tahun satu!!' di Cairo Aiport.


BERLEPAS. selesai sahaje kertas terakhir, histology, kami diberi masa sehari untuk bersiap menyediakan segala kelengkapan untuk berlepas. pada jam 2.45 pagi 22.7.10, kami berlepas ke Jeddah Airport dan tiba pada jam 5.45 pagi. alhamdulillah, lepas kastam. kami bakal menduduki madinah selama 4 hari dan mekah selama 10 hari. perjalanan mengambil masa 7 jam dari jeddah ke madinah. alhamdulillah, kami tiba di sana dalam pertengahan waktu zohor. setelah selesai urusan bilik dan beg, kami bergegas ke masjid nabawi memandangkan azan asar sudah berkumandang.. tak terungkap dek kata saat melangkah masuk ke masjid nabi. sebak.


teruja akan keindahan binaan masjid tersebut. saya teringat masjid al-falah. benarlah seperti yang emak katakan. rekaan dalaman masjid tersebut memang menyamai dengan rekaan pada masjid nabawi. kreatif!

JAULAH. [23hb] kami dibawa oleh musyrif kami mengelilingi masjid nabawi sambil dipandu oleh sahabatnya yang merupakan bekas pelajar universiti madinah; ustaz moen.

ustaz moen memberi penjelasan. di tapak di mana nabi muhammad pernah memberikan khutbah hari raya kepada seluruh penduduk madinah.

SAQIFAH BANI SAIDAH. tempat dimana terlantiknya Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah yang baru wafat ketika itu. tempat yang berkaitan dengan rasulullah dan para sahabat memang subur. Sollu alan nabiy..

SOUQ MADINAH QADIM. pusat perniagaan antarabangsa melibatkan umat islam dan yahudi pada satu ketika dahulu.


BERSAMBUNG. inshallah saya akan sambung lagi perkongsian ini dalam masa terdekat ini. salam ramadhan.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

moga ramadhan ini lebih baik.
btw, ku rindukan ibu disana. doakan mak saya kuat. saya ok je. mak je yang sedih plus risau lebih2 saya berpuasa di sini. tahun depan nak puasa lagi di sini. sebab? dah 15 ++ merasa puasa di sana. sini bila lagi...lagi pun puasa di sini sungguh istimewa. zuhudnya lebih, qanaahnya lebih, syukurnya lebih, nafsunya kurang! inshallah

Allahua'lam

8 Ramadhan 1431 H
Tepian pentas,
Maktabah Darul Ehsan.

Friday, August 6, 2010

satu pagi di hari raya

new day, new life, new story..





ku rindukan ibu di sana~~

saya dah belajar redha. dan masih belajar dan belajar. inshallah.
maaflah. bukan semangat untuk berhari raya. terdengar lagu ini di mekah dan tersuka sangat untuk terus mendengarnya...:D

Allahua'lam

kenyataan selamat hari lahir

new day, new life, new story..

dengan nama Allah...

alhamdulillah! selamat akhirnya sampai ke rumah selangor. selamat akhirnya perjalanan kira-kira 5 jam dari king abdul aziz airport hinggalah ke rumah selangor di haiyu asyir ini. selamat akhirnya saya, ain dan fathiah bertapak di sini setelah 2 minggu berjaulah tarbawi di bumi barakah, haramain. dan moga selamat jugalah syafiqah, nadiah dan ain untuk pulang ke 'kampung' pada malam ini.

apa-apa pun, firstly saya nak wish kawan saya seorang tu. hari ni kot hari lahir dia. haha. dah kol dah. tapi, macam biasala.... malu la nak wish..ahaha. kalau saya nyanyi nanti, dia tak sanggup pulak nak dengar. kan sedap sangat. hehe

ok my dear friend.
sanah helwah.
salam eid milad.
selamat hari lahir yang ke 19.
happy 19th birthday.

moga bertambah iman, ilmu dan amal. jadi anak solehah, isteri solehah. ahaha. cemerlang dalam study selalu. jadi pensyarah yang berkaliber. n all good things will belong to u..inshallah

makan kek ni. penat membuatnya..

saya pula yang menghitung hari. bila pula turn saya nak jadi 19 ni...??

p/s : 1. ana pun konfius birthday sape... =p

2. ingatkan nak share pic kt sini, gai la ek


Wednesday, July 21, 2010

290410 [Read Only]

new day, new life, new story..

Bismilllahirrahmianirrahim

Assalamualaikum

Bagaikan sudah beberapa hari berlalu. Sedangkan baru seharian aku tempuhi. Mungkin pelbagai peristiwa berlaku menyebabkan aku merasakan begitu pantas masa berlalu.

Pada pagi ini, bermulalah FINAL EXAMku sebagai FIRST YEAR MEDICAL STUDENT. Hampir 8 bulan menempuh waktu-waktu belajar di kuliah dan ‘section’ atau praktikal, masa yang tidak sanggup ditempuhi akhirnya tiba jua. Mungkin pada permulaannya agak mudah kerana peperiksaan kami bermula dengan bahagian yang sedikit markahnya. Bermula dengan ‘practical exam’ kemudian kami akan memasuki fasa yang agak sukar iaitu esei dan oral yang mengambil sebahagian markah daripada markah untuk peperiksaan akhir ini pada akhir Jun ini.inshallah

Tidak diduga tidak disangka, mungkin ini rezeki yang diberi Allah. Dia pertemukan aku dan sahabat-sahabatku dengan seorang penulis yang berasal dari Indonesia yang dalam rangka pengembaraannya untuk menukilkan pengalamannya berada di bumi Mesir;walaupun untuk masa yang sebentar. Menggunakan nama penanya; ImaZahra, beliau mempunyai perwatakan yang sangat mencuit hatiku dan aku amat menyukainya. Beliau kelihatan sangat berwibawa!

Beliau berasal dalam bahagian Kalimantan di Indonesia. Agaknya aku masih kurang arif tentang Negara jiran itu.......menuntut ilmu di bumi UK dalam ijazah penulisan. Aku tertarik dengan sebuah tulisan yang dihasilkannya; A Long Distance Love.

Dan juga boleh dikatakan sebagai kebanggaan, aku berjumpa ImaZahra yang mahir dalam 3 bahasa; Indonesia, arab dan inggeris. Kami berkesempatan juga berbual dengannya dalam bahasa penjajah itu. Dan ImaZahra tidak pernah mengecewakan. Segala kalam yang diluahkan sangat berhikmah dan bijaksana serta penuh sopan santun. I wish to be polite and wisdom like her.

Hari yang memenatkan, aku tiba di rumah pada jam 12.15 dan teruskan mengerjakan suruhan Allah yang satu itu. Tanpa disedari aku terlena usai sahaja aku solat,hanya beralaskan karpet bilikku dan berbantalkan lengan. Aku akui aku sungguh penat hari ini! Satu persatu perkara diselesaikan tetapi tidak FAIL! Dan kemudian aku terjaga dek gangguan lalat durjana. Tetapi lalat juga membawa rahmat. Jika tidak dikejutkannya mungkin aku tidak bersegera bersiap untuk ke kelas tuisyen ku di Raba’ah.

Selama menunggu bas, cuaca tersangatlah panas dan bahang. Tidak pernah aku merasainya sebelum ini di Malaysia. Permandangan mataku tersangatlah cerah dan terang. Ya, itulah suasana yang aku lalui sepanjang tengahari di musim panas ini.

Setelah berjaya memberhentikan sebuah bas yang menuju ke Raba’ah, kami segera mendaki tangga bas tersebur dek tidak tertahan dengan panas di luar. Tetapi malangnya, bas tersebut melalui jalan panjang yang sangat mengambil masa kami untuk sampai ke Pusat Tuisyen Doha.

Malang, malang tidak selamanya malang. Aku menemui khibrah lagi di dalam bas itu. Tiba-tiba sahaja bas kami naiki dipenuhi dengan sekumpulan remaja berbaju kemeja pink. Mereka kelihatan sangat kecoh dan bising. Aku cuba amati seorang perseorangan; wajah mereka, watak mereka, ragam dan bahasa mereka. Rupa-rupanya mereka BISU!ALLAHUAKBAR. terasa runtun hati sensitifku melihat akan kekurangan mereka. Belas kasihan yang tidak terhingga aku terhadap mereka. Mereka berlagak biasa, mereka ‘berborak’ seperti kebiasaan mereka tanpa menghiraukan mata-mata yang merenung perlakuan mereka. Mungkin mereka sudah lali dengan keadaan seperti itu.

Pada masa itu jugalah, aku koreksi balik segala nikmat yang tidak putus-putus Allah kurniakan padaku jika dibandingkan dengan ujian yang Allah lemparkan pada golongan bisu tersebut. Timbul pula kisah keluarga sahabatku yang juga mempunyai ahli keluarga yang ‘tidak diberi Allah nikmat bercakap dan mendengar’. Sayu lagi hatiku. Alhamdulillah.

Kami tiba di pusat tuisyen sebelum jam 3. Risau dengan kemarahan doctor Asyraf, kami menyegerakan langkah kami. Kami bertuah. Doctor Asyraf masih belum tiba. Sehinggalah jam 3.30, kami mengambil keputusan untuk solat asar. Dan kami terserempak dengan doctor di muka pintu. Doctor terlupa akan kelasnya di sini kerana sibok mengajar di tempat lain. Aku kasihan melihat doctor yang kepenatan. Setelah meminta izin untuk solat, aku dan sebahagian sahabatku bersegera ke masjid kerana wuduk yang telah batal; dipegang amu….

Akhirnya kelas bermula pada jam 4 petang. Bayangkan! Tidak mengapalah, asalkan ilmu dapat dituntut. Aku sendiri tidak menyangka aku agak bersemangat dalam kelas. Mungkin aku agak terkesan dengan mesej yang emak kirimkan padaku 3 hari lalu. Alhamdulillah. Harapnya aku mampu mengingati dan memahami apa yang diajar oleh doctor sebentar tadi. Dan kelas berakhir sebelum jam tepat pukul 6.

Sedar tidak sedar, aku terlelap sekali lagi setelah berusaha mengingati surah Ad-Dukhan, sehingga aku terjaga sendiri. Memang terniat di hatiku untuk bersama-sama mengerjakan solat hifzi berjemaah dibawah. Alhamdulillah Allah kabulkan niatku itu. Kerana aku tahu, aku mana mungkin mampu untuk mengerjakan solat sunat istimewa itu bersendirian. Terasa lawak, selesai solat, aku segera bangkit untuk mengerjakan solat isyak yang ketinggalan tadi. Alhamdulillah.

Teringat pada rakan baruku, Hadeel. Hadeel menelefonku sebanyak dua kali. Mungkin ketika aku khusyuk dibawah. Sungguh aku bersyukur Allah perkenalkan aku pada rakan yang sebaik itu. Yang sangat banyak membantu dalam pembelajaranku terutam di kuliah dan juga sering mengkhabarkan info-info terbaru berkaitan kuliah arab yang kamu sertai.

Mungkin sekadar ini sahaja. Aku hanya ingin mengembalikan mood belajarku yang masih ‘mengantuk’ didalam badanku ini..hahahahahaha

Ya, aku perlu bersedia untuk imtihan yang akan datang pada 2 Mei ini. Moga Allah sentiasa membantuku…ameeeenn~