dengan nama Allah...
maaf atas keterlewatan. ada idea, tiada peluang. begitulah hidup ini; kita merancang, Allah sebaik-baik perancang.
SEMINAR & BENGKEL. alhamdulillah. selesai seminar dan bengkel kemantapan fikrah yang berlansung selama 2 hari ini. program yang membuka luas minda dan pandangan mahasiswa terutama ahli kelab Daie Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir [BKASM] tentang fiqh al-khamsah (5). kertas kerja dibentang oleh mahasiswa-mahasiswa sendiri yang sangat berpengalaman dan berketrampilan yang juga merupakan ahli kepimpinan dalam PMRAM. memang merupakan perkara baru bagi saya. tapi, alhamdulillah sangat berguna untuk kehidupan seharian kita. menjadi peserta terbaik bukanlah menjadi satu tali ukur kefahaman tentang fiqh yang lima ini. masih banyak ilmu yang perlu dicari dan pengalaman yang perlu ditimba.
JAULAH. [24 hb] kami dibawa berjalan-jalan mengelilingi tempat di madinah. antaranya, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Sab'ah(7), Jabal Uhud dan Ladang Kurma. selebihnya, saya dan rakan-rakan membuat 'jaulah' kami sendiri. terutamanya di kawasan membeli-belah yang ada di sekitar bandar tersebut. hee. 'jangan diajak berjalan, sekali diajak inshaAllah dah tak sudi nak balik' bukanlah moto, bukanlah logo. sekadar peringatan. ahakzz. tidak mengapa, kita berjalan untuk melihat kebesaran Allah. bukankah itu salah satu ciri ulil al-bab yang disebut dalam al-Quran..??
TAKLIMAT UMRAH. masa 4 hari yang diperuntukan di madinah hampir sampai ke penghujungnya. pada malam tersebut, selepas isyak, mutawwif kami , ustaz Along memberi sedikit penerangan dan taklimat berkenaan dengan umrah. kami akan bertolak ke Mekah pada keesokan harinya selepas solat zohor [25 hb]
antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) di antara taman-taman syurga
RAUDHAH. atau taman syurga. salah satu tempat mustajabnya doa. kami disyorkan oleh mutawwif kami untuk menziarahi raudhah buat terakhir kalinya sebelum berangkat ke Mekah. oleh sebab terdapat sedikit kekangan bagi pihak muslimat, kami terpaksa pergi pada waktu-waktu yang ditetapkan sahaja.

bagi saya, perjalanan ke raudhah pada kali terakhir ini agak menenangkan berbanding dengan perjalanan-perjalanan sebelum ini yang agak 'rushing' dan kelam-kabut. sebelum tiba di depan pintu masjid, kami terserempak dengan seorang mak cik tua dan anak lelakinya. mereka berasal dari palestin. anaknya meminta kami supaya membawa dan menemani ibunya ke raudhah. tanpa berfikir panjang (kerana nak cepat!) kami segera memimpin tangan mak cik tersebut dan membawanya bersama kami. alhamdulillah, perjalanan kami tenang dan lancar. sangkaan kami, kami yang akan memimpin mak cik tersebut. tetapi sebaliknya yang berlaku. hehe. syukran ya mama. dan akhirnya, sebagai tanda terima kasih, mak cik tersebut menghadiahkan ciuman kepada kami (trademark orang arab). dan anaknya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami. afwan. maas salamah..
BUKAN YANG TERAKHIR. setelah selesai semua urusan, kami memulakan perjalanan menuju mekah selepas zohor. 7 jam perjalanan. kami tiba di Bir Ali untuk berniat ihram. dan tiba di Mekah pada pukul 10 malam. seterusnya, kami bergegas ke Haram untuk menyempurnakan rukun-rukun umrah yang selebihnya.
pemandangan pertama~~
BUKAN YANG TERAKHIR. setelah selesai semua urusan, kami memulakan perjalanan menuju mekah selepas zohor. 7 jam perjalanan. kami tiba di Bir Ali untuk berniat ihram. dan tiba di Mekah pada pukul 10 malam. seterusnya, kami bergegas ke Haram untuk menyempurnakan rukun-rukun umrah yang selebihnya.
Allahua'lam.
moga ada berkat. nantikan sembungannya selepas ini. sebagai tambahan, mungkin kita boleh merujuk kepada blog salah satu ahli jemaah saya; ustaz farid rashidi.
moga ada berkat. nantikan sembungannya selepas ini. sebagai tambahan, mungkin kita boleh merujuk kepada blog salah satu ahli jemaah saya; ustaz farid rashidi.
No comments:
Post a Comment