new day, new life, new story..
Assalamualaikum wbt!
Sihat semua? :)
Moga bertambah iman kepada Allah dan cinta kepada kekasihNya, inshaAllah! [sollu 3ala nabiyyina al-mustofa]
*ops, lupa nak lap stove! da berminyak sangat. sedih nengoknya! :'(
takpe, alang-alang dah turn masak esok so sambung esok je la kan...
Tahu tak, setiap kali memulakan 'misi' mengemas atau membersih mesti kita atau saya akan set dalam minda 'SAMPAI AKU PUAS!'
Ungkapan itu terlalu luas maknanya, kan? Boleh jadi positif, dan boleh jadi negatif juga, kan? So, anda di mana? Positif atau negatif?
Bagi saya, 'puas' yang positif membawa maksud, "Bila aku dah habis kemas ni, aku dan seluruh isi hatiku merasa senang dengan hasil yang ada di depan mata"
..betul?..
dan juga, "Aku akan pastikan diri aku sendiri dan orang-orang di sekelilingku merasa senang dan gembira dengan hasil kemasan dan bersihan 'titik peluh' aku sendiri tanpa merasa gundah dan tidak selesa di hati"
errrr....??
* Line internet yang slow dan laptop yang selalu hang terlalu membantutkan semangat untuk menulis T__T
Astaghfirullah. Bersihkan hati balik, perbaiki niat semula, kerana apa kita menulis, walau di dalam blog sekalipun. Kerana Allah atau ada niat sebaliknya? Astaghfirullah.
Penat sebenarnya mengemas, terutama dapur, ruang tamu dan bilik air kerana di kawasan-kawasan inilah tempat di mana makhluk-makhluk sama ada yang zahir atau mikroskopik berhimpun. Dan, pada pundak kitalah tanggungjawab untuk membersihkotoran dan bakteria-bakteria yang wujud sebersih-bersihnya. Kerana, kebersihan itukan cabang iman ^^,
The point is, setiap kali mengemas [tekup muka dengan tangan] teringat peristiwa saban malam di rumah [shah alam] ketika semua ahli rumah asyik dibuai mimpi dalam bilik masing-masing di tingkat atas rumah.
Akan wujud satu susuk hamba Allah yang menyapu dan mengemop lantai, menyusun atur ruang tamu, mengelap dapur dan segala-bagai di ruang tingkat bawah rumah.
Siapa lagi kalau bukan Emak.
Bukan sekali dua aku melihat aktiviti tersebut. tapi......
*menangis ke jar? tipulah kalau tak menangis bila teringat mak abah, kan?
#number one for me-maher zain#
Bila teringat, dalam masa yang sama kita lakukan perkara yang sama mak lakukan, terasa perasaan sebu di dada. Sebak.
Satunya, memang aku sedang buat apa yang mak selalu buat.
Keduanya, aku terfikir mak kemas tu adakah sebab aku yang menyepahkan rumah sehingga menyebabkan mak terpaksa mengambil masa tidurnya untuk mengemas kembali rumah seperti sedia kala. Jadinya, aku tidak berhasil untuk menyenangkan emak dalam segala urusannya. Malangnya mendapat anak seperti aku :'(
Aku..akhirnya mendapat ibrah [=pengajaran] terutamanya apabila aku tidak berada di rumah [di asrama etc] aku akan memegang kata-kata ini, "Kemas hak milik anda sebagaimana kamu mahu emak anda berasa gembira dengan hasil kemasan anda,"
Dan, aku sentiasa berusaha ke arah itu kerana, sikap kita inilah yang akan mencorak anak-anak kita kelak.
Faham ke? err, tak faham pun tak apa lah :)
>Ya Allah, jadikanlah aku dan adik-beradikku qurratu a'yun [penyejuk mata] buat kedua ibu bapa kami~
>Ini bukan tempat luahan perasan.