~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Tuesday, October 20, 2009

demam rindu atau...

new day, new life, new story..

salamualaik..
keifa halukum jami'ann??

sabtu lepas demam??
macam x percaya je..last demam ari tu, sebelum pmr, 2006..hah!
alhamdulillah, sekarang dah sihat dah..

rindunya kat mak abah dan adik2..
maya nangis lagi..

ya Allah..tabahkanla hati budak kecik sorg tu...
aku pergi sini bukannya x balik2 malaysia
aku datang sini tujuan baik,insyaAllah..

19/10
hari terakhir markazz b.arab..
gembira sebab..xde lagi wajibaat yang menanti..

sedih sebab..dah x jumpa ustazah hind lagi. yang cantik, yang suka buat lawak..

terharu sebab..first time kan, belajar dengan orang pure arab..kat malaysia??hak

20/10
hari ni..!!
wa..pergi kuliah..!!
hak3..gile over excited..
mmg la..baru first pergi kan..
lain la kalau dak2 lelaki tu..
hmm, awal pagi sume berjalan lancar
ada trenko yang disewa..kelas pon senang jugak la..
cuma english yang digunakan sangatlah berslangkan arab..
contoh2..'the' jadi 'ze'..'body' jadi 'badi'..

hmm..gasak kamu lah..kamu yang nak belajar ye...

yang x tahannye, time balik
kne carik transport sendiri..aishh..
ade mushrif pon serupa mcm xde mushrif..
xpe2..berdikari

dan akhirnya..samapi gak ke cc ni untuk wat post ni..
jeng3..

n kol mak abah..
sejak hari last puasa tu x dgr suara mak abah..Allah..

k la..

Allahua'lam..

permataku #2

new day, new life, new story..



ni untuk mak abah..

tirA..
nk dgr pon..TAFADDHOLI..

Friday, October 9, 2009

Permatakuu...

new day, new life, new story..

Salamualaik..

Nak tujukan lagu ni untuk sape2 yang jenguk blog ni..

Sunyi..

Selubungi malam,mengusik minda yang terlontar jauh

Masih hangat terasa tangan yang membelai

Yang mengusik manja

Daku damba kasihmu,biar jadi pedoman

Buat penyuluh jalan..

Kugapai impian..

*Angin…

Kau nyanyikan lagu untuk permataku, tenang selalu..

Bayu..

Sampaikan berita, daku kini ceria, aman dah bahagia…

Selimutkan rinduku bersama malammu

Hadirlah kedalam mimpiku

Agar kau selalu ada disisiku

Rindu belaian kasihmu

Rindu senyumanmu

Penawar lukaku

Dengarkan laguku, hadiah untukmu..

Jasa dan baktimu ku kenang selamanya…

Ulang*

Dikaulah cahaya, tika malam menjelma

Kasihmu, membawa ke syurga, taat perintah yang Esa..

Angin…

Kau nyanyikan lagu untuk permataku tenang selalu

Bayu..

Sampaikan berita, daku kini ceria, aman dan bahagia

Selimutkan rinduku bersama malammu…

Kat sini, tak lengkap sehari kalau tak sumbat earphone ke dalam telinga..huu, xtawla kenape…lagha x lagha, layan je semua..

Tapi kat sini mostly nasheedla..yang lain,mamnu’!!hehe..

Lagu raya bole pulak..??ntah2!!

pertanyaan

new day, new life, new story..

Salamualaik..

Aku bertanya…al-Quran dah lama jawab..aku je yang x sedar2..

Kenapa AKU diuji..?

‘apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengata; “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta’(Surah Al-Ankabut,2-3)

Kenapa AKU tak dapat apa yang aku idam-idamkan..?

‘boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu,dan bole jadi pila kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang lamu tidak mengetahui.’(Surah Al-Baqarah,216)

Kenapa ujian AKU seberat ini..?

‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya’ (Surah al-Baqarah 286)

Kenapa pulak AKU frust??

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu pula bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman’ (Surah al-Imran,139)

Bagaimana harus AKU menghadapinya..??

‘ dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjalan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk’ (Surah al-Baqarah,45)

Apa yang AKU dapat daripada semua ini..??

‘sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…’ (surah at-Taubah, 111)

Kepada siapa AKU berharap..??

‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNYA.hanya kepadaNya aku bertawakkal’ (Surah at-Taubah,129)

AKU tak dapat tahan..!!!

‘…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir’ (surah Yusuf,12)

..FULLSTOP..

Hei..x semestinya badan kecik ke rendah ke kenot ke..smangat kena kecik gak..!!pe daaa..~

Apa ek nak cakap tadi…

Haaa..dengar cerita kawan2 aku ni di ambang exam??ke dah exam??ke dah dapat result??

Aiyoyo..dah tak tahu dah kabar daripada korang,hatta yang rapat2…aasifah!!tapi, ktorg kat sini busy, korang pun masing2 busy..tak boleh nak salahkan sape2..lagi2 tmpat ni tak de line internet yang jayyidah…hehe…(nak salahkan ‘sesiapa’ jugak tuuu!)

Ape2 pun, bittaufiq wannajah untuk semua,kekalkan kecemerlangan SAMBESTdimana saja anda berada!!hak!!

Ktorang kat sini pun exam gak..exam naik mustawa..alhamdulillah lepas..pergh!! aku cukup2 makan..dapat rahmat dan rahim dari mudir…alhamdulillah..


post tergantung...

..awan dan bintang..

new day, new life, new story..

Bismillahirrahmanirrahim

Salamualayk..

Hari itu..tengah malam..tak mampu untuk lelapkan mata..tengok luar.. ‘eh,badar(bulan purnama)..subhanallah..’ mata tercari-cari sesuatu..akhirnya, ‘ada satu je bintang malam ni..’

Suasana malam yang sangat dingin sungguh mendamaikan.kepulan awan2 yang comel memperindahkan lagi permandangan langit..

kebanyakan ahli bait sudah lama diulit mimpi..

Aku..??termenung ke luar..??mengenangkan wajibaat yang masih menuntut hak2 mereka..??ironik sungguh..

Teringat sebuah kisah kehidupan…

Sarawak,malam itu,lepas perhimpunan..

‘adik fahim(bukan nama sebenar), ceritalah lagi tentang tuhan adik..’kata isen(bukan nama sebenar) pada rakannya yang digelar ‘adik’ itu..

Fahim menoleh pada rakannya itu dengan kerutan..

Berfikir,

‘hmm..ape ye..?jap..ha, cuba akak tengok langit.apa yang akak nampak?’

‘langit??tu, ada awan, bintang, bulan…apa kena-mengena dengan tuhan adik??’

‘lagi??apa yang akak nampak??..mana cukup awan, bintang, bulan je…’

‘entahla..’

‘hmm,cantikkan langit malam ni..akak rasa, manusia mampu ke nak buat ciptaan macam ni??(merujuk kepada ‘jesus;nabi yang mereka anggap tuhan)..rasenye kan, ada ke manusia sekreatif dan seteliti ini dalam mencipta sesuatu..kita bukan sekadar dapat memandang, tapi hati kita juga dapat merasa..betul tak??ke saya seorang saje yang merasa??’ Fahim membalas dengan senyuman..

Isen memandang ke langit, kelihatan seperti sedang berfikir..

Fahim mencelah lagi… ‘perasan tak, pembinaan langit ni tak perlukan tiang atau tali, kan?? Kalau ikut logik akal, mana ada benda yang boleh berdiri tanpa sokongan..kita kembalikan balik pada pencipta langit.mampu ke manusia nak cipta sedemikian rupa..?? sang Pencipta mesti sangat hebat dan berkuasa kan???manusia hanya mampu ‘mencipta’ pada kertas lukisan je..’

Isen mengangguk-angguk kepalanya…

‘adik, cakapla lagi..suka la dengar adik cakap..’

‘heh..pulak dah..jap..hmm, Allah cipta matahari untuk teman langit pada waktu pagi, dan bulan pada waktu malam..bintang2 pun sama lah..lagi2 waktu malam, tak ada bulan bintang, terasa malam sangat sunyi dan kita pun rase tak cantik dengan pemandangan yang kosong..tengok, Allah cipta bulan, bintang sebagai perhiasan langit waktu malam..kalau sekadar tengok kt lukisan, tak rase puas..kalau tengok live, macam2 yang hati kita boleh rase..subhanallah..akak paham,kan??sori la kalau cakap tak clear..’

Fahim, ‘hmm, tu lah Allah, tuhan kamek..yang cipta ‘malam’ ni..

***

Langit kat sini dan langit kat malaysia lain sangat..paginya, tak ada awan.terasa macam dekat je langit dengan kita..rasanya boleh capai dengan tangan..malamnya pula, bertemankan awan2 nipis je..bintang2 pun macam main sorok-sorok dengan kita..sekejap ada,sekejap tak ada..buat orang rasa rindu..~