Thursday, November 26, 2009
raya datang lagi
salamualaik
hari ini umat islam berkumpul di padang arafah..banyakkan berdoa hari ni..moga ape yang kita inginkan akan dimakbulkan..
btw, nak ucap selamat hari raya aidil adha..raye kt sini meriah tw berbanding raya aidilfitri..ktorg siap cuti 10 ari..marvellous!!kalau raya aidilfitri, dpt cuti 2 hari je..punye la org mesir ni sangat menghargai aidil adha..
kat sini,bnyk sngt unta, kambing n lembu...heh..lembu dia sngt besar...same tinggi dgn atiqah azman..lalala~~
nanti la saya tunjuk gambar ye..
ok la..lau samakh..lazimi imsyi..
ma'as salamah..=)
Friday, November 20, 2009
lelaki dan wanita
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia
hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
muhasabah balek..
khulasohnye...life kt mesir ni sangat berbeza dengan life kt msia nun jauh disana..ape2 pon, msia trbek..mesir bnyk sampah n habuk..heee..pengkomen terhebat ni..
tp, kepada siapa2 yg rsenye mmg akan berangkat ke luar negara, pastikan antum sedia physically n mentally..but, no worries la...duk jauh dr family tercinta ni buat kite bnyk belajar..pemikiran pon matang deyh..pndai urus bajet dah..hik3..sprti yg dah berlaku pd owner blog nih..no offense
not least..islam tetap subur dalam hati ye..sedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah..
kerana cinta,
aku lahir ke dunia ini,
jangan sia2kan cinta itu~~
imam syafie r.a
Anak imam hambali ingin melihat kethaqifan dan kesiqohan iman Syafie r.a..dia meminta ayahnya menjemput Imam syafie supaya bermalam di rumah mereka selama 3 hari untuk memerhatikan imam syafie.
Imam hambali yang juga merupakan anak murid kepada imam syafie pun mengajak imam syafie supaya menjadi tetamu dirumahnya selama 3 hari. Imam syafie bersetuju untuk bermalam di rumah Imam Hambali.
Selama 3 hari, anak Imam Hambali memerhatikan Imam Syafie. Setelah dapat disimpulkan, selama 3 hari itu, Imam Syafie:
1) Makan dengan banyak sekali
2) Pada malamnya, beliau tidak bangun untuk qiamullail
3) Sebaik sahaja bangun dari tidur,beliau terus mengerjakan solat subuh
Anak Imam Hambali kepelikan dan mengkhabarkan kepada ayahnya. Imam Hambali segera bertanya kepada tuan gurunya berkenaan hal tersebut. Imam Syafie tersenyum, lantas menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dan jawapannya;
1) Dia makan dengan banyak sekali kerana keberkatan makanan tersebut. Makanan yang dihidangkan kepada tetamu sudah pastinya halal dan diberkati.
2) Beliau tidak bangun untuk qiamullailkerana beliu tidak tidur. Malahan,ketika tidurnya,beliau memikirkan masalah ummah dan berjaya menyelesaikan 30 buah masalah ummah ketika itu.
3) Sebaik bangun dari tidur, beliau terus mengerjakan solat subuh. Hal ini kerana, pada malamnya beliau tidak tidur. Oleh itu, wuduknya tidak batal.
Begitulah…
Imam Syafie mula mengajar pada umur 7 tahun. Sudah tamat menghafaz al-Quran ketika itu.
Ketika orang berpuasa, dia tidak berpuasa. Apabila orang bertanya, beliau menjawab, peringkat umurnya, tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa.
Ketika beliau berusia 15 tahun, beliau Berjaya menjawab kemusykilan yang dihadapi oleh Imam Hanafi
Beliau bukanlah orang mesir. Dilahirkan di Palestin. Datang ke Mesir untuk menuntut ilmu dan menyebarkan ajaran mazhabnya.
Meninggal dunia pada umur 63 tahun.sama mcm nabi Muhammad.
jaulah sekitar kaherah 21/10/2009
Monday, November 2, 2009
checkList
Sebelum pergi mesir
1) Belajar masak
- Dalam kadar 50% masakan melayu..mutaaqqidah??haha..pas ni blaja arabic’s foods plak =p
2) Tolong mak kemas rumah
- Selagi wujudnya imran maya ika, selagi tu lah rumah sentiasa ‘kemas’..dun worry..~
3) Habiskan new moon and others??
-waaaa,eclipse lagi ciket je…tp x bwk cni pong..nanti bulan satu, kite beli kt book fair(ma’arod) eh..(kalau maujud)
4) Menangis puas2
-question mark..kt cni xde la sangat..syahdu ciket je..moga air mata yang keluar menjadi penghalang daripada api neraka.ameeenn
5) Regenerate balik fungsi otak
- dapat taw cara nak menulis balik pon dah jadi satu improvement yang baik..hua3!lagi2 b.arab..mabruk kerana mengadakan