~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Friday, November 20, 2009

imam syafie r.a

new day, new life, new story..




Anak imam hambali ingin melihat kethaqifan dan kesiqohan iman Syafie r.a..dia meminta ayahnya menjemput Imam syafie supaya bermalam di rumah mereka selama 3 hari untuk memerhatikan imam syafie.

Imam hambali yang juga merupakan anak murid kepada imam syafie pun mengajak imam syafie supaya menjadi tetamu dirumahnya selama 3 hari. Imam syafie bersetuju untuk bermalam di rumah Imam Hambali.

Selama 3 hari, anak Imam Hambali memerhatikan Imam Syafie. Setelah dapat disimpulkan, selama 3 hari itu, Imam Syafie:

1) Makan dengan banyak sekali

2) Pada malamnya, beliau tidak bangun untuk qiamullail

3) Sebaik sahaja bangun dari tidur,beliau terus mengerjakan solat subuh

Anak Imam Hambali kepelikan dan mengkhabarkan kepada ayahnya. Imam Hambali segera bertanya kepada tuan gurunya berkenaan hal tersebut. Imam Syafie tersenyum, lantas menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dan jawapannya;

1) Dia makan dengan banyak sekali kerana keberkatan makanan tersebut. Makanan yang dihidangkan kepada tetamu sudah pastinya halal dan diberkati.

2) Beliau tidak bangun untuk qiamullailkerana beliu tidak tidur. Malahan,ketika tidurnya,beliau memikirkan masalah ummah dan berjaya menyelesaikan 30 buah masalah ummah ketika itu.

3) Sebaik bangun dari tidur, beliau terus mengerjakan solat subuh. Hal ini kerana, pada malamnya beliau tidak tidur. Oleh itu, wuduknya tidak batal.

Begitulah…

Imam Syafie mula mengajar pada umur 7 tahun. Sudah tamat menghafaz al-Quran ketika itu.

Ketika orang berpuasa, dia tidak berpuasa. Apabila orang bertanya, beliau menjawab, peringkat umurnya, tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa.

Ketika beliau berusia 15 tahun, beliau Berjaya menjawab kemusykilan yang dihadapi oleh Imam Hanafi

Beliau bukanlah orang mesir. Dilahirkan di Palestin. Datang ke Mesir untuk menuntut ilmu dan menyebarkan ajaran mazhabnya.

Meninggal dunia pada umur 63 tahun.sama mcm nabi Muhammad.

jaulah sekitar kaherah 21/10/2009




1 comment:

khaliesahkamal said...

akak sblh pika 2 kte mcm knal!!