~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Friday, June 3, 2011

Rejab nan Indah

new day, new life, new story..

3 Jun/ 06.06 am


*langit sudah cerah. alhmdulillah, masih dihidupkan^^,

Bismillahi MasyaAllah
[kagum dengan ucapan yang disebut Dr. Ahmad Farid ketika mengajar mengenai 'skull' petang semalam]

dalam kelas semalam, dok sibuk-sibuk mengunyah gula-gula ala-ala jeli baru teringat esok dah masuk 1 Rejab. saya perhatikan doktor. Kosong.

*3 minit kemudian*

ouh, ouh, aku mengantuk ke sebenarnya tadi?

sudah tengok kalendar Hijrah. betul lah, confirm 1 Rejab jatuh pada hari ini.
[ehee.. kenapa nampak excited ni?]

bukan lah. eh, takde lah..

dah lama tak puasa sunat kan?[monolog]
alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi umur hingga ke saat ini.
di Mesir ni, kalau tak terkena, kita takkan beringat. setujukah?

2 tahun merasai pengalaman berpuasa Ramadhan di Bumi Barakah ini. dan tahun ini, andai dipanjangkan usia, inshaAllah akan mencecah tahun ketiga berpuasa di perantauan ^^,

jadi, pengalaman suka duka, pahit maung, masam manis telah kita lalui bersama sepanjang Ramadhan yang lepas. kesimpulannya;

GET READY PUASA DARI AWAL TAU!!

akhir kata daripada pengajur :-

~ selamat mengimarahkan bulan Rejab, Sya3ban dan Ramadhan~


info..info..info

antara peristiwa penting dalam bulan Rejab

  • Penghijrahan pertama orang Islam ke Habsyah (Ethopia) ketika Quraisy menindas mereka. seramai 6 sahabat dan 4 perempuan memulakan hijrah tersebut [Usman bin Affan dan isterinya Ruqayyah binti Rasulillah, Abu Huzaifah dan isteri, Abu Salamah dan isteri, Az-Zubair, Abd Rahman bin Auf, Usman bin Mazd'un, Amir bin Rabiah dan isteri.
  • Perutusan Abdullah bin Jahsh Al-Asadiy ke Nakhlak pada bulan ke-17 selepas Hijrah.
  • Peperangan Zi Ushairah pada tahun ke-2 Hijrah di kawasan antara Mekah dan Madinah.
  • Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai oleh Rasulullah pada tahun ke 7 Hijrah ke tempat yang diduduki rang Yahudi seperti Khaibar, Fadak dan Taima' bagi menggertak mereka. dan akhirnya mereka membuat perjanjian damai dengan Rasulullah.
  • Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun ke-9 Hijrah. perang ini dibiayai oleh sahabat, termasuk Abu Bakar yang menafkahkan kesemua hartanya berjumlah 4000 dirham.
  • Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah (630 Masihi) secara perdamaian.
  • Pengembalian Baitulmuqaddis kepada orang Islam apabila Salahuddin Al- Ayubi memasukinya pada Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah (2 Oktober 1187)
  • Lahirnya Iman As-Syafie atau Muhammad bin Idris. beliau lahir di Gazah, Palestin pada tahun 150 Hijrah. beliau merupakah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fekah. antara kitab beliau yang menjadi rujukan sehingga sekarang; Al-Umm, Al-Risalah etc.
  • Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab.
[sumber; sirah bulan-bulan hijrah oleh Dr Engku Ahmad Zaki]



” Ya
Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


* hari ini, ada sepasang pasangan@pengantin yang bernikah. indah bukan bulan Rejab?
dan pengantin perempuan sebaya umurnya dengan kakakkuu!
[bila ita akan bernikah pulak nih??adeih...]

** Quran, penawar yang paling mujarab untuk segala penyakit. fizikal atau rohani. rajin2lah bace Quran. cik piah kata, Allah sayang orang yang rajin baca Quran~

** Selamat membaca Al-Kahfi di Sayyidul Ayyam ^^,

Allahu3lam..

2 comments:

Aku tEtaP aKu said...

nak gak gula-gula jeli tuh...

nurilhakim said...

Salam.

Wah,baru tau dimashq dibuka msa rejab.syukrn utk info tu.

Hmm,tahun ni jmput brpuasa di Syam. Lebih berkat, lebih lazat ;)