~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Sunday, May 1, 2011

kitakah yang dicintai Allah?

new day, new life, new story..




salamualaik

rasanya, kawan2 semua dah makruf tentang video ini, kan?

saje je nk berkongsi. video ni xpernah lekang dari fon saya. setiap kali 'macam' rase 'down', mesti termenung sorang2 untuk tengok video ni.
dan setiap kali tengok video ni, mesti berjuraianlah air mata, unconciosly!

plizz, enjoy the show~


dan, ini sambungan untuk video atas tu ^^,

best kan?

ingat tau, bukan hari Jumaat je kita nk selawat pada nabi. HARI-HARI lebih baik! (ingatan untuk diri sendiri gak)

saya masih ingat lagi, ade seorang senior ikhwah di sini, yang apabila dia cuba bercerita tentang nabi muhammad, beliau tak mampu untuk menghabiskan cerita beliau. kerana, sebut sahaja tentang nabi, pasti mengalir air mata beliau.
betapa beliau CINTAKAN nabi. betapa beliau RINDUKAN nabi.
KITA??

moga Rasulullah yang kita cintai akan cam kita di Padang Mahsyar kelak. ameen Ya Rabb~

Allahua3lam.


debaran demi debaran

new day, new life, new story..

salamualaik :))

sesuai sgt tajuk di atas dengan fatrah yang dilalui sekarang. debaran demi debaran bakal dirasai kerana ujian demi ujian akan dihadapi pada hari mendatang.

debaran pertama sudah berakhir; hari ini, selesai sudah assesment biochem. yang ade 60 soalan. tapi 30 markah. untuk tajuk protein and integration of metabolism. maka, dapat jawab dengan
mudahlah bagi sesiapa yg membaca dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Allahu rabbi~

sori semua, hari ni memang saje je nak melalut sebentar.

pagi tadi, konon pergi kuliah awal. yela, dulu kat sekolah, tiap kali exam, msti pergi lewat. dah
jadi budak 'u', kena la berubah sikap. ye dak?
so, da pergi awal tu, mcm biasa, duduk kat port biasa; 'kerusi bawah pokok'.
siap inform kat ain (roomate) lg,

"ana xtahu nape ana g awal ari ni.. kalo nk cari ana, carik kat bawah pokok ye. tu port bese ana"
hehe

inilah pokok yang dimaksudkan
*lupa nk capture 'kerusi'..

pokok ini bukanlah sebarang pokok taw. rasenye, di Universiti Ain Shams, pokok ni la yg paling tua dan paling besar. sekarang, pokok ni hampir tidak berdaun. kerana APA? kerana, sekarang sudah musim luruh, dan tak lama lagi musim panas pulak.

*Allah! puasa Ramadhan dah nak dekat. rindukan nk puasa sama2? :))

dulu, masa Mid Year Exam pun, duduk di tempat yang sama sambil2 tunggu nak masuk ke dewan peperiksaan. tapi, hari tu, pokok ni lebat dengan daun lagi. sekarang, tinggal buah2 kecil yang 'nakal-asek-nak-mengorat-orang-je'.


haa, ini dewan peperiksaan yang dimaksudkan. tak ramai lagi pelajar yang hadir.
*yang ada, mungkin sedang sibuk murajaah untuk peperiksaan.

akhirnya, Hadeel and the gang pun datang ke kerusi bawah pokok. serius tak sedar dorang datang. tengah maintain khusyuk bace 'metabolism of one carbon', ade suara mencelah,
"may i have a seat beside u.."

cess, Raneem rupanya. Hadeel pulak,
"hajar, put ur shoes on. u think u're in a park or what..??"
haha. kiut ape duduk atas kerusi cmtu. hadeel jeles la tu!no offense :p
pastu, tbe2 hadeel tanye pasal baju dia. dia kata tak de org puji baju dia hari ni. aku tergelak dalam hati. haish2, wat lawak pulak hadeel hari ni..

no offense everybody. dah lame x menghapdet blog ni kan? maaf byk2 yg da lame tertanya2 khabar berita
*aiceh, bajet femes lak.
xkesahla pe jadi..

kita sambung lepas ni pulak. serius nak kongsi satu isu yang sgt penting. moga dapat pengajaran bersama~

and one more serious thing,

Hajar,

Saidina Ali k.m.w. berkata;

' Beramallah ketika di tempat yang tiada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tiada amalan (akhirat)'

akhirnya orang yang mengambil pelajaran akan keluar menjadi orang yang lebih beriman..
*tanx senior!! :D

Allahua3lam



Thursday, March 31, 2011

mesyuarat kali ke-2

new day, new life, new story..

alhamdulillah..
syukran lillah~

tika meniti kalam2 ni, saya baru sahaja pulang ke rumah dari asrama rumah melayu abbasiyah (ARMA) dimana baru berlansungnya kejadian ketentuan yang Allah tetapkan pada saya, hambaNya. selesai sudah mesyuarat AJKT PERUBATAN kali ke-2. betullah telahan saya, debaran kali ni kurang hebatnya berbanding yang pernah dialami pada mesyuarat kali pertama yang lepas. whoa!

saya pun masih tak percaya, saya sudah menapak sehingga sejauh ini (ceh, macam jauh sangat!) masih lagi belajar redha. moga Allah kurniakan redha yang paling tinggi. ramai yang berkata pada saya, pengalaman di sekolah mesti sudah cukup untuk mematangkan saya untuk meneruskan kesinambungan kerja 'part-time' saya ini. tetapi, terdetik di hati saya sendiri. adakah masih sama gerak kerjanya? biarlah persoalan ini terungkai apabila selesainya sesi ini nanti.

moga terus dithabatkan dalam perjuangan. mad3u kini, bukan calang2 orang, bukan calang2 ragam dan bukan calang2 kerenah. jika dibandingkan dengan cabaran di sekolah, apalah sangat hendak ditakutkan dengan 'akal' pelaja2 tingkatan 1,2,3,4 dan 5 itu. tetapi, sekarang 'akal' mad3u ini makin panjang dan lebih universal.


“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

bila ditanya mengenai kepimpinan, siapa yang sanggup menyerahkan sebulat-bulatnya diri dan hatinya untuk menjadi pemimpin. bila dipilih, itu bermaksud sudah ada kepercayaan orang lain terhadap kita. bukan hanya sekadar memandang rupa paras yang comel atau prestasi akademik yang gilang-gemilang, tetapi saya percaya ada satu kelebihan dimana seseorang itu dipilih kerana kelebihan yang dimilikinya lebih dominan berbanding dengan orang lain. setuju?

erkk, saya juga masih memikirkan kelebihan dominan apa yang melekat pada diri saya ini. abah banyak kali mengingatkan, jangan sampai kita minta balik kebaikan yang kita buat pada orang lain. jangan sekali-kali. bikin jatuh maruah je..(ok, tu saya tambah)

ok, ada orang pertikaikan lagi. kenapa orang ini yang dipilih menjadi pemimpin, sedangkan dia pernah buat itu dan ini (apa2 kesalahan je lahh)
adik2 (cewah), pernahkah kalian memikirkan kembali a.k.a muhasabah diri. selama ini, kenapa keburukan juga yang kita lihat, sedangkan betapa banyaknya kebaikan yang telah dia curahkan...? persoalan itu jatuh bedebukk pada penulis juga! itulah norma2 kehidupan yang memang tidak akan lari dari manusia itu sendiri. lebih ingat akan keburukan seseorang berbanding kebajikan yang ditabur...astaghfirullah~

khulasahnya, sejak zaman para anbiya' lagi Allah telah tunjukkan contoh tauladan kepimpinan yang baik. Allah didik nabi2nya dengan didikan wahyu. seterusnya jatuh kepada para sahabat2, para tabi3 dan para tabi3 tabi3in. sudah terdapat berjuta2 contoh suri tauladan pemimpin yang BAIK dihadapan kita. ya, kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi sekurang-kurangnya kita BERUSAHA untuk menjadi seperti mereka. moga dengan niat kita yang ingin berubah itu, tidak disia2kan Allah. aminn ya Rabb! jadi, selamat berubah menjadi pemimpin~

*p/s ; tak sabar rasanya untuk ditarbiah. pada mulanya, memang rasa futur kerana dipilih (ceh, padahal tak berjuang lagi..)tetapi, bait2 cinta dari Allah benar2 membawa berita gembira kepada sesiapa yang memikirkannya. (jom tadabbur al-Quran!).
Life is abaout making decision. u can choose the right path that suit u. inshaAllah..
wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin, bila Allah dah decide, tentu itu yang terbaik untuk kita. Dia sebaik2 perancang~
senyum cket:))

apa natijah yang saya mahukan bila saya bergelar AJKT??
ngee~~~

give me some moral support dear friends!!tQ

Allahua3lam