~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Tuesday, March 31, 2009

kisah dosa

Datuk Johan memiliki sebuah kebun buah-buahan seluas 2 ekar. Oleh kerana terlalu sibuk dia telah meminta khidmat Salleh, seorang pendatang dari Filipina untuk menjaga kebun tersebut. Dalam kebun tersebut ada macam-macam jenis buah-buahan.Sebelum memulakan tugas Datuk Johan berpesan kepada Salleh “ Salleh , kamu boleh makan semua jenis buah dalam kebun ini, Cuma pokok durian ni saja jangan kamu sentuh , kalau kamu nak makan ambillah durian dari pokok lain” Kata Datuk Johan kepada Salleh. Tapi biasalah sudah menjadi sifat manusia, yang dilarang tulah dia nak buat sangat , yang orang suruh bukan dia nak sangat. Pada satu hari, oleh kerana terlalu teringin nak rasa buah larangan tersebut, Salleh memanjat pokok durian tersebut “ Bukan tuan aku tahu , diakan di KL out station” bisik hati kecil Salleh. Sedang asyik Salleh makan buah pokok tersebut , tiba-tiba Datuk Johan datang. Marah bukan main lagi Datuk Johan bila melihat Salleh sedang makan buah pokok durian tu.Lalu Salleh dihalau dari kebun tu.” Dahlah pendatang tanpa izin, tak sedar diri , bukan aku tak bagi makan , kalau nak makan , makanlah pokok lain” puas rasa hati Datuk Johan selepas menghalau Salleh dari kebunnya.Tapi sebenarnya Datuk Johan seorang yang baik hati, kesian juga bila difikirkan nasib PTI tu, mana dia nak lari, passport pun aku pegang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memaafkan Salleh. Akan tetapi sebelum dia memaafkan Salleh dia berkata “Salleh, aku kasihan tengok kau . Sebelum aku maafkan kau aku terpaksa menampar , menendang dan menyepak anakku yang satu ini”.Lalu Datuk Johan terus menampar dan menendang anaknya.Bukan itu saja Datu Johan tiba-tiba mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala anaknya . Darah memancut-mancut keluar , anaknya mati disitu juga. ”Sekarang barulah boleh aku maafkan engkau” Kata Datuk Johan. Lega rasa hati Salleh . Baik sungguh hati tuanku ini ...


cbe kte tgk sejarah agama kristian..penganut kristian percaye bahawa manusia menanggung beban dosa yang dilakukan oleh manusia terawal di dunia yang telah melakukan kesalahan/dosa.jadi, jesus itu diturunkan untuk menghapuskan smue dosa2 manusia/korban penebus dosa manusia. dengan penyaliban jesus, maka dosa mereka telah terhapus dan mereka kembali suci.ade ke patut??patut ke dosa yang dilakukan oleh warisan yang terdahulu ditanggung oleh kita??dan bagi menghapuskan dosa2 itu, perlukan pengorbanan satu nyawa???aish, islam tu sangat indah, sejahtera dan tidak membebankan..betul x??


hujah ni la yg aku cbe gne tym kat kem dlu..dlm nak bantu sorg kawan aku..ktorg juz borak2 mcm bese..cme kadang2 selit gak bende2 ni bio bg die berfikir dan berfikir gne logik akal...dlm quran sndr de kte, bahawa amalan yg kita lakukan adalah atas diri sndri..x ingt la surah pe..sori2..tafsir quran kt sarawak..huhu


cter kt atas tu abg nadir yg bg..tanx bro!!

..nape orang tak caye kt aku??..

assalamualaikum w.b.t

ni cter waktu aku darjah 3.waktu tu bln 8, n ktorg 1 family on d way g perak.abah kte, office abah buat family day..so, ktorg ikut je la.aku ingt lg, tym tu keta perdana ada lagi(aku ske naik keta tu)..
ble da smpi kt 1 tmpt ni, aku ckp kt abah aku sakit perut. .tp, x sakit sngt la..abah suro aku tahan dlu.mse tu, aku pandang luar tingkap, de tokong cina kt bukit..org perak taw kot..so, stiap kali lalu situ, msti aku ingt yg aku penah sakit perut kt situ..heee~~

akhirnye, petang ktorg smpi kt hotel.mcm2 ubat abah n mak suro aku telan.tp, still sme juga..at last, malam tu abah ajak ktorg balik umah..sbb kesian tgk aku kot...hehe.ble smpi s.alam,abah antar sume balik n bwk aku g selangor medical centre(skrg kpj mende ntah).register kt emergency..tym tu da tengah mlm likat da..aku pun x ingt pukul bape..

smpi turn aku, doktor suro aku baring atas katil.mse tu still kuat ag. x nangis.haha.doktor tu picit2 perut aku..adoiii..sakit le..ingt play-doh pe..doktor tu plak cm x caye je aku sakit..doktor tny bahagian mne yg sakit,aku jwb sume bahagian..ye la, tym tu kecik ag.then, doktor sahkn aku kne appendix.tym tu aku x phm lnsung..last2 yg aku tau aku kne bedah.

sblm msuk dlm bilik bedah, aku rse cm aku nk mati pasni..meraung2 aku kt abah..tw x pe abah kte kt aku..abah suro aku pilih samada lps operation ni nk g kelantan o terengganu(mmg sblm ni pun aku salu ajak abah g tmpt tu)..hehe..bole plak abah tny cmtu..aku pe lg, aku kte aku nk g kelantan..haha..tp,still crying tu.n aku suro mak dtg..

skrg aku x de appendix.doktor kte aku nye appendix kotor kot..klu x silap..ske makan pedas..da la kecik ag..nk di jadikn cter, aku pon kne dok kt wad4 hari..besh gak dok wad ni, wak + acik + paman2 aku dtg, dorg sume bg duet..haha.nenek pon sme...

dah abes 4 ari, aku blek umah n terserempak ngn kwn aku, amir arshad...cesss,bole plak die x caye aku masuk wad..die kate aku tipu..nak je aku keja die tym tu..nsb bek, aku bek =p...dah 2 ari dok umah, aku pon g skola.dlu skola hicom, aku klas 3 cekap.guru kelas cgu sofiah neh(waa,,ingt ag la!!)..bole plak cgu pun x caye kt aku..ye la tym tu aku x bg ag surat mc dr doktor..ble aku bg kt cgu, bru die caye..n siap nk tgk parut aku..haha..kenangan tym kcik...haaa...

xde reason pon tittle kt atas tu...n utk pengetahuan, abh pun bwk la ktorg g kelantan wktu cuti akhir thn..waaa,beshnye..ktorg g pantai cahaya bulan(ke pantai cinta berahi ek???)..sonok2!!
amir arshad tu plak still x caye kt aku..lantak ko la.asalkan aku dpt pe yg aku nak..heee~~
kwn2 aku pun mcm excited dgr cter aku kne bedah..haha..budak-budak2!!

Friday, March 27, 2009

renung2,fikir2..

dengan nama AR-RAHMAN dan AR-RAHIM

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"
>
> Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
>
> Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"
>
> Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
>
> Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
> Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
> "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
> Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
> 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
> 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

Monday, March 23, 2009

detik dan saatnya..blum tiba lagi

DENGAN NAMA AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM
assalamualaikum w.b.t

atas permintaan seseorang yg sangat dikasihi,akhirnya ku usahakan juga untuk menceritakan serba sedikit pengalaman ku sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara.jadi,mana2 individu yg terbaca 'post' ni mungkin boleh jadikan sebagai cerita baru atau bahan rujukan(terutama yg bakal memegang amanah WIRA&WIRAWATI tu..hik8) atau pengajaran dalam hidup ini =)

masa itu, time rehat di sekolah.sebahagian besar pelajar menuju ke kantin bagi mengisi kekosongan perut mereka setelah hampir 3 jam berada di kelas bagi matapelajaran masing2.ku pula, memikirkan bahawa tidur itu lebih enak dari makan,tanpa melengahkan masa ku mencari 'port' selesa utk meletakkan kepala di atas meja ku yg memang sekali lihat umpama tongkang pecah(x reti nak kemas ke haa..?)sambil memikirkan apa yang bakal di pelajari selepas tamat rehat nanti.berbeza dengan meja iman di sebelah ku,yang sentiasa tersusun indah(hee..).

tiba2, seorang kawan ku yang entah dari mana datangnya masuk ke kelas dan bertanya kepada ku..ja, ko dpt PLKN x??dak2 sebok cek nama dorg kt bilik guru wanita..niat ku untuk tidur terbantut dek hal yg kawan ku bawakan sebentar tadi.ku menjawab,..x minat la nk cek, malas le..sedang kan pada waktu itu hati ku berdegup kencang memikirkan sama ada ''i'm d lucky one" untuk turut serta dalam program ala-ala tentera itu.masa rehat hampir tamat dan semakin ramai kawan2 ku yg sudah mengecek nama mereka secara 'online'.ada yg hampir menangis apabila mengetahui bahawa mereka bakal menjadi separuh tentera, bakal berlatih kawad, bakal menjadi 'hitam'..haha.ada juga yang menjerit kegembiraan apabila mengetahui bahawa nama mereka tidak tersenarai dalam senarai wira dan wirawati Jabatan Latiham Khidmat Negara.ku yg melihat suasana tersebut berubah persepsi.serta merta menjadi tidak sabar untuk mengecek nama ku,yg pada pengetahuan ku hanya perlu mengisi ruang kosong dengan menaip no mYkad masing2.seterusnya,keputusan samada kita terpilih atau tidak akan terpampang pada skrin komputer.

pada hematku, ku ingin mengecek sekarang juga, walaupun mengetahui ckigu kasmani akan masuk sebentar nanti bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.kawan2 sekelas ku mula memenuhkan tempat duduk mereka masing2 sambil menghebahkan nama2 yg 'berjaya' terpilih utk PLKN.antaranya, hidayat,nasrul,rashid,dijah,khaulah..de lagi ke???.ku tetap menarik tangan kawan ku agar menemani ku ke bilik guru.bilik guru agak lengang.mana tidaknya,waktu rehat telah pun tamat 5 minit yang lepas.ku memberitakan pada cikgu kasmani akan niat ku dan meminta izin pada cikgu.alangkah kecewanya apabila cikgu hanya berkata..kamu bole cek lepas balik skola nanti..dalam hati ku, xpe2 ilek2 dlu..sepanjang pembelajaran selepas waktu rehat, hati ku semakin tidak tenteram.aish,gundah gulana jadinya dek panahan PLKN ni.x boleh jadi ni.lailahailla anta subhanaka ini kuntu minazzolimin.tenang la wahai hati...

akhirnya tamat juga waktu sekola.ku mengajak faeez, rakan seperjuangan ku untuk sama2 mengecek nama kami di bilik guru.balqis,kembarnya sudah mendapat berita gembira bahawa dia tidak terpilih untuk menyertai PLKN.kegirangan muka balqis makin menambahkan sesak dan cuak di dada ku..jom gi bilik guru..ajak ku pada faeez.faeez pun mengiyakan sahaja dan menuruti langkah ku.sampai saja ke bilik guru, kami meminta izin pada guru yg ada di dalam untk mengguna komputer.syukur, cikgu2 sangat memahami bahwa kami ingin memeriksa nama kami utk PLKN.

tanpa melengah-lengahkan masa lagi, ku terus menaip no i.c ku, pada ruang yang disediakan.dan..setelah menunggu...lembab tol la komputer ni...bisik hati ku.bukan keputusan yang terpampang di skrin,tp pada hemat ku berlaku 'error' pada sistem komputer yang ku gunakan.bukan senyuman yg tergarit pada wajah ku,tp hanya kerutan di dahi di tambah dengan kecuakan di dada.xpe2,kita cuba sekali lagi.percubaan kedua membuahkan hasil.waa, TAHNIAH!ANDA TERPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA.dibawahnya,lengkap dengan segala butiran peribadi termasuk nama, ic, tempat kelahiran dan lain2..jadi tidak salah lagi.memang i'm d lucky one.lemah lutut ku jadinya.ku hanya menatap skrin komputer bilik guru dengan sepasti mungkin bahawa nama yang tertera itu adalah namaku.seperti masih berada dalam mimpi,sebak ku rasa kan.tapi, air mata masih boleh ku tahan.ku segera bangun untuk memberi peluang pada faeec untuk mengecek namanya pula.kali ini,komputer itu tidak membuat ragam lagi.serta merta faeez mendapat feedback dari sistem pemeriksaan nama pelatih PLKN itu.ya, faeez juga seperti ku yang terpilih untuk menjalani PLKN.mungkin ku lebih tenang berbading faeez yg terjerit apabila namanya tersenarai dan cikgu2 mula memandang ke arah kami dan bertanya kan pada kami.

setelah selesai sesi bersoal jawab dan pemberian kata2 peransang daripada cikgu2, kami menyusun langkah kami ke asrama..Allah nk bg peluang dakwah kt kite kot,faeez.haha..faeez hanya mampu membuat muka yang sangat menyedihkan bagiku.siannye die.tp, ku pun kesian juga.di asrama, dihadapan pintu bilik kami, ramai yg seakan menanti kepulangan kami.mereka dapat mengagak dari seraut wajah ku dan faeez bahawa kami telah 'berjaya' tersenarai dalam nama pelatih khidmat negara.tiada kata yang mampu ku ungkapkan pada rakan2 dan adik2 yg menunggu.ku terus ke public phone dan menekan nombor emak ku.agak2nya, emak kecewa apabila mengetahui bahwa anaknya bakal menjadi wirawati.ku ingat lagi kata2 sakinah sebelum ku masuk ke bilik untuk persediaan soolat zohor...i hate marching!!...dalam hati ku, ku berkata..me TOO!!!insyaAllah akan ku sambung pada post selepas ni..wallahua'lam

Sunday, March 15, 2009

athirah, hajar

assalamualaikum..
salam khidmat negara utk semua!!!

tira ajar ku buat blog..heee.dlm masa yang sama, ada orang tgh frust psl further study dia..