~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Wednesday, September 23, 2009

khabar dari sini..

new day, new life, new story..

salam lebaran dari kami bakal pelajar tahun satu kuliah perubatan di mesir..doakan kejayaan kami..buat keluarga tersayang, kami rindu kalian semua!!!muuuaahhxx!!hehe..

*tolong send kan kt berita harian eh..hua3

salamualaik...

kehadapan emak-anda dan abah-anda serta warga2 malaysia yang dirindui selalu..
semoga sentiasa sihat hendaknya..insyaAllah..

emak abah, aja kt sini alhamdulillah sihat..sambut raya pon okkay je..x menitik pon mcm org lain bile dengar takbir raya..hahaha(yolah tu)..

ape yang aja nk kongsi kt sini eh??banyakla bende nk citer..tapi da nak magrib nih..okla..aja citer psl raye eh..

kt sini, raya lambat 6 jam dari malaysia tau..malam sebelum raye, aja tido lewat..kononnye tolong senior2 wat persiapan raya...dalam pukul 2 tu baru la aja tido..

paginye, bangun untuk solat subuh pukul 4 pagi..then ktorg siap2,mandi2 untuk solat raya pada pukul 6 lbey2...ktorg solat sunat raya dengan orang arab...huu, bangge sket la..dekat mane tw x..tmpt tu namanye souq sayyarot(pasar kereta)..salunye, souq sayyarot ni tmpt org jual2 kereta hari khamis n jumaat..

keadaan di souq sayyarat..

sebahagian pelajar2 selangor


souq sayyarot ni dekat je dengan rumah selangor..pada hari pertama raya, x banyak aktiviti yang aja buat..juz dok umah..bace buku sket2..dan x dilupakan juadah hari raye...mak abah tw x,kakak2 tu buatkan kek untuk aja..hehehe.terharu sket la..kebanyakan dari pelajar2 pergi solat kat arma(malaysian hall) kat abbasiyyah..huu, aja x tw plak tmptnye

tu kek..hee...n juadah hari raye...


fahim, kak erna(musyrifah rumah kami), aja...

fareha, aja, fahim, safirah..sume kwn2 medic

hari ke-2 raya,barulah diadakan sambutan hari raya aidilfitri(SAMARA) dekat rumah selangor ni lah..banyak aktiviti dan banyak orang..dak2 jpa pon join skali..ada aktiviti, sketsa, bakul syamam(tembikai susu), pertandingan kad raya, kuiz, puzzle dan hias dur..dan banyak lagi kot..


makan roti (keras) cicah dengan kuah dal+sambal..

jumpe tiqah!!!

buat kad raya..wee~

ini kad raya kami..menang x menang len citer..heh..


aja tengok macam meriah je kt kampung (dari blog abah)..ho, walaupon nenek xde..mak sabar ye..Allah lebih sayangkan nenek..

untuk kawan2 kt sane..rindu eh??jgn lupe simpan duet rye untuk saya!!!!!!heee..

untuk u plak, setakat ni, ktorg x tw ktorg akan di tauziqkan(agihkan) ke u mne..doakan ktorg akan dapat masuk ke u yang ktorg minta..cairo, insyaAllah..

cukupkan khabar aja ni??heh..lepas ni kte jumpe lgi ye...insyaAllah..

aja x sabar nak explore bumi anbiya' ni..nak cuba garap sebanyak2 ilmu kt sini bukan je ilmu perubatan..then, bile balik nnti bole sharing2 dgn org lain..

abah n others, tanx 4 d birthday wish..
tw x, aja dah 18 tahun!!waaaaaa, lepas ni pemikiran, percakapan, perlakuan kena matang..tapi, kalau matang je..xde life la...kn?kn?hik3...


waaaa,rindu kt semua org!!
mak, jgn nangis2 tw..ade rezeki aja balik nnti..n rajin2 la kol aja..haha..jgn kol org lain pulak..no offense..

cukupla cter untuk 2 hari raya..pasni, cter pasal bnde len pulak eh...


Allahua'lam...

eid mubarak...kullu 'aam wa antum bikhair..

Wednesday, September 2, 2009

rindunye!!!

new day, new life, new story..

salamualaik.post kali ini pastinya syahdu dan pilu.

xde lebih xde kurang.nenek nak tengok mana2 cucunye pergi belajar ke luar negara.mak, cuba sedaya upaya untuk memastikan impian nenek tercapai.

dan akhirnya, alhamdulillah cucu nenek dan atok yang paling comel; siti hajar dapat peluang untuk mengambil perubatan di Mesir, bumi anbiya' dan juga seorang lagi;emir yazid a.k.a ajid insyaAllah dalam persediaan untuk ke United State.JELAS sudah!!impian nenek dah tercapai!alhamdulillah

bila pertama kali mak memberitakan pada nenek ketika di kampung, punyalah nenek melonjak kegembiraan, berkongsi kegembiraan dan menawarkan untuk menghantar cucunya hingga ke KLIA dan melafazkan berbagai2 janji..

kenapa air mata ini mengalir??Ya Allah......


nenek, aja rindu kat nenek.aja x meratap...mintak dijauhkan.aja terkilan sikiiittt je...

aja x dapat peluang nak jumpe nenek kt hospital hari tu..makguard yang jage lif tu x bagi aja naik!!kalau aja jahat, aja nak tuntut balik kt akhirat pada makguard tu sebab x bagi aja jumpe nenek..dia dah sedia maklum keadaan nenek kn???aja geram!!ish, geram!!makguard tu jahat, dia kerek..aja cakap elok2 tw!!tapi dia siap potong lagi tym aja ckp..kasar pulak tu...aja x bole terima...

nenek paling lame dengan kami adik-beradik lepas embah meninggal tym aja 6 tahun.mase tu aja x thu ape2 lg...nenek bukan je baik pada anak-anak dan cucu..tapi seluruh masyarakat kampung kenal nenek..nenek selalu sedekah makanan..aja terharu tengok, baaaanyak sangat kereta+motor kt laman rumah nenek.plus ramai sangat yang ziarah nenek untuk kali terakhir.plus ramai sangat yang sudi berjemaah solat jenazah yang diimamkan paman ajam..

aja terkilan..sampai selarang aja masih x sangka aja xde nenek dah..ya Allah!!...aja xtw ape bakti dah aja buat pada nenek.aja mintak maaf nenek..aja rindu nenek sangat2.dulu, setiap kali balik kampung, nenek mesti cium kami..lps ni ade sape ??

atok pon sakit..sian atok, salu tanya mane nenek..atok ade ckp, atok nk ikut nenek..sedihnye...

tenang2..~~

sedekahkan al-fatihah untuk nenek tercinta, hajah somiah binti sungip yang kembali ke rahmatullah 29 ogos 2009=8 ramadhan 1430 pada pukul 10.15 pagi

ya Allah, sebagaimana nenek bagi kebaikan kepada orang lain di dunia ini, KAU balaslah dengan gandaan kebaikan dariMu di dunia sana..tempatkan nenekku bersama orang yang paling tinggi darjatnya disisiMu...sampaikan salam sayangku pada nenek,yaAllah...

nenek, aja nak pergi khamis ni.aja nk amek doktor.aja tau aja dah jadi kebanggaan nenek dan keluarga kita,terima kasih atas segalanya..

Semoga nenek tenang disana dan berada dalam rahmat Allah..


nenek dalam kenangan


Ramadhan kariiimm!

new day, new life, new story..


sepatutnya pada 21 ogos..

salamualaik..

alhamdulillah.berjumpa lg pada ramdhan kali ni..dan juga bulan september.cepat masa berlalu.rasenye tak terlewat lagi untuk ucapkan 'ahlan wasahlan ya ramdhan' walaupun sudah lebih kurang 12 hari antunna semua berpuasa.

Aku??

ramadhan kali ini sangat berbeza rasanya.Bukan kerana tidak menyambutnya di sekolah, berbuka bersama rakan2, tidak lagi menyertai kumpulan tadarus.tapi..begitu mencabar, menguji, menusuk dan segala bagai ekspresi yang dirasa.

ayuh muhasabah diri balik..

ramadhan..bukan setakat menahan lapar dahaga, ye x?

malah, setiap kebaikan dan kebajikan yang dilakukan akan Allah tambah pahalanya berlipat kali ganda. Syaitan yang selama ini menjadi musuh nyata diikat dan dipenjara sebagai alternatif untuk sang muslim dan mu'min menggarap amalan sebaik dan sebanyak mungkin tanpa digoda dan di'cucuk'.

Allahua'lam..soleh kita bukan boleh ditafsir dengan mata kasar seperti melihat tanda hitam pada dahi2.solah dan iman kita, hanya Allah yang lebih a'lim..

Yang pasti, puasa dengan keluarga adalah yang terBAEK!!tahap gula abah makin menurun, harapnya, abah istiqamah untuk tak makan nasi dan minum air manis.jangan risau, abah tetap kuat dan mampu menjalani kehidupan seharian walaupun tanpa nasi..abah ade alternatif lain..iaitu dengan makan roti 'kesihatan' dan ubat yang diberi doktor.Segala pergantungan hanya pada Tuan Pemberi Penyakit dan Penawar;Allah swt.

Puasa kali ni memberi mak peluang untuk mengasah kembali bakat memasak emak yang hampir lusuh dan berdebu (hiperbola!!).Aku pula cuti memasak..Apa2 pun mame's cook is always the best!!Tak pernah lebih gula, kurang garam, pedas gile..semuanya sedap menjilat jari..

adek2, imran dan maya..makin bergiat aktif walaupun berpuasa..aku kagum dengan imran, rasenye sejak darjah 1 imran puasa penuh.solat pun sudah pandai2 sendiri.alhamdulillah.

aku??hehehe..

maya pula, dah darjah 2, kagum juga..mulutnya, kakinya, tangannya, kepalanya tetap bergerak dan berinteraksi dengan alam sekeliling tanpa henti walaupun adakalanya tidak bersahur..alhamdulillah..heh, kali ini, adik2 pula yang menjadi contoh tauladan....

kita tunggu dan lihat keadaan orang berpuasa di benua sana..