~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Thursday, March 31, 2011

mesyuarat kali ke-2

new day, new life, new story..

alhamdulillah..
syukran lillah~

tika meniti kalam2 ni, saya baru sahaja pulang ke rumah dari asrama rumah melayu abbasiyah (ARMA) dimana baru berlansungnya kejadian ketentuan yang Allah tetapkan pada saya, hambaNya. selesai sudah mesyuarat AJKT PERUBATAN kali ke-2. betullah telahan saya, debaran kali ni kurang hebatnya berbanding yang pernah dialami pada mesyuarat kali pertama yang lepas. whoa!

saya pun masih tak percaya, saya sudah menapak sehingga sejauh ini (ceh, macam jauh sangat!) masih lagi belajar redha. moga Allah kurniakan redha yang paling tinggi. ramai yang berkata pada saya, pengalaman di sekolah mesti sudah cukup untuk mematangkan saya untuk meneruskan kesinambungan kerja 'part-time' saya ini. tetapi, terdetik di hati saya sendiri. adakah masih sama gerak kerjanya? biarlah persoalan ini terungkai apabila selesainya sesi ini nanti.

moga terus dithabatkan dalam perjuangan. mad3u kini, bukan calang2 orang, bukan calang2 ragam dan bukan calang2 kerenah. jika dibandingkan dengan cabaran di sekolah, apalah sangat hendak ditakutkan dengan 'akal' pelaja2 tingkatan 1,2,3,4 dan 5 itu. tetapi, sekarang 'akal' mad3u ini makin panjang dan lebih universal.


Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

bila ditanya mengenai kepimpinan, siapa yang sanggup menyerahkan sebulat-bulatnya diri dan hatinya untuk menjadi pemimpin. bila dipilih, itu bermaksud sudah ada kepercayaan orang lain terhadap kita. bukan hanya sekadar memandang rupa paras yang comel atau prestasi akademik yang gilang-gemilang, tetapi saya percaya ada satu kelebihan dimana seseorang itu dipilih kerana kelebihan yang dimilikinya lebih dominan berbanding dengan orang lain. setuju?

erkk, saya juga masih memikirkan kelebihan dominan apa yang melekat pada diri saya ini. abah banyak kali mengingatkan, jangan sampai kita minta balik kebaikan yang kita buat pada orang lain. jangan sekali-kali. bikin jatuh maruah je..(ok, tu saya tambah)

ok, ada orang pertikaikan lagi. kenapa orang ini yang dipilih menjadi pemimpin, sedangkan dia pernah buat itu dan ini (apa2 kesalahan je lahh)
adik2 (cewah), pernahkah kalian memikirkan kembali a.k.a muhasabah diri. selama ini, kenapa keburukan juga yang kita lihat, sedangkan betapa banyaknya kebaikan yang telah dia curahkan...? persoalan itu jatuh bedebukk pada penulis juga! itulah norma2 kehidupan yang memang tidak akan lari dari manusia itu sendiri. lebih ingat akan keburukan seseorang berbanding kebajikan yang ditabur...astaghfirullah~

khulasahnya, sejak zaman para anbiya' lagi Allah telah tunjukkan contoh tauladan kepimpinan yang baik. Allah didik nabi2nya dengan didikan wahyu. seterusnya jatuh kepada para sahabat2, para tabi3 dan para tabi3 tabi3in. sudah terdapat berjuta2 contoh suri tauladan pemimpin yang BAIK dihadapan kita. ya, kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi sekurang-kurangnya kita BERUSAHA untuk menjadi seperti mereka. moga dengan niat kita yang ingin berubah itu, tidak disia2kan Allah. aminn ya Rabb! jadi, selamat berubah menjadi pemimpin~

*p/s ; tak sabar rasanya untuk ditarbiah. pada mulanya, memang rasa futur kerana dipilih (ceh, padahal tak berjuang lagi..)tetapi, bait2 cinta dari Allah benar2 membawa berita gembira kepada sesiapa yang memikirkannya. (jom tadabbur al-Quran!).
Life is abaout making decision. u can choose the right path that suit u. inshaAllah..
wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin, bila Allah dah decide, tentu itu yang terbaik untuk kita. Dia sebaik2 perancang~
senyum cket:))

apa natijah yang saya mahukan bila saya bergelar AJKT??
ngee~~~

give me some moral support dear friends!!tQ

Allahua3lam



1 comment:

zikri said...

akak,i'll be by ur side,not physically but in my ever lasting doa, i'Allah.i'm sorry. again n again.