new day, new life, new story..
Dalam akhbar di Malaysia sedang kecoh menceritakan keadaan politik Mesir yang semakin tidak stabil. Di tambah lagi dengan 'asam garam, rempah ratus' yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar berada dalam ketakutan. Hanya menanti evakuasi kali kedua (ok, yang tu saya tambah )
Hamdan katheer, Allah masih hidupkan kami dengan nyawa yang syumul dan boleh bergerak
dengan mudah untuk menuntut ilmu Allah di Bumi Barakah ini. Hanya yang saya pinta, doakan, doakan dan doakan semuanya akan berlalu dengan selamat. Sama ada pembelajaran kami, urusan kehidupan kami, proses pilihan raya Mesir, kenaikan kerajaan baru yang lebih baik dan seterusnya memperoleh negara yang lebih baik daripada sebelum ini. Kerana doa itu SENJATA mukmin. Barangsiapa yang tidak yakin dengan kekuatan doa, maka rapuhlah iman yang terselit di dada. Nauzubillah~
Kesimpulannya, apa yang mahu saya sampaikan, kami berada dalam keadaan yang selamat dan sentiasa setia dan patuh terhadap notis-notis keselamatan yang diberi oleh pihak Keduataan Malaysia, pegawai-pegawai di BKAN, PERUBATAN dan PMRAM.
Saya tertarik dengan demonstrasi yang dicetuskan oleh rakyat Mesir ini dari segi aspek KEBERANIAN mereka. Seperti yang kita tahu, disinilah bumi di mana para Anbiya' diutuskan, antaranya Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Soleh. Dan di sini juga Firaun bangga mengatakan bahawa dirinya adalah Tuhan. Apa yang berlegar-legar dalam fikiran saya adalah, rakyat Mesir kini adalah waris-waris daripada golongan-golongan yang terbilang pada zaman dahulu kala. Tidak termasuk lagi, hamba-hamba abdi yang Firaun gunakan untuk mengangkat bongkah-bongkah batu semasa mebina piramid beribu-ribu tahun dahulu. Kini, kita dapat lihat kesan 'kekuatan' yang mereka peroleh daripada nenek moyang mereka masih menebal dalam diri setiap warganegara Mesir ini. Sehingga mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim yang sudah bertapak hampir 30 tahun dan kini mengumpul kembali kekuatan untuk menuntut kerajaan yang sememangnya milik mereka. Allahuakbar!!!

Saya rasa rakyat Malaysia juga mampu menjadi seperti rakyat Mesir. Siapa tidak kenal kepada Hang Tuah , Pahlawan Melayu yang terbilang dari negeri Melaka......? Takkan melayu hilang di dunia. Salam 1 Aqidah! ;)
*Countdown menuju Tahun Baru 1433 H. Azam Tahun Baru 1432 H masih belum terlaksana sepenuhnya, muhasabah Tahun Baru 1431 H juga masih belum penuh dituntuti. Astaghfirullah. Bila kita betul-betul mahu berhijrah ni?
p/s ; siap sedia dengan Doa akhir dan awal tahun.
*post kali ini pendek! :D
No comments:
Post a Comment