~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Sunday, May 31, 2009

ayat-ayat cinta

new day, new life, new story..

a message from a friend..i really do love this message..get deep into it,k..

"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH.tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..
kerana ALLAH teramat mencintainya..
tetapi andai bergelumang dengan cinta lelaki.
di mana ALLAH untuk menjaga kita??
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"

"jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA..
mengapa masih ragu2??"

"kekuatan usah ditunggu tapi
harus dicari"

hargailah kesempatan yang ALLAH berikan...

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
-imam Ghazali-






Wednesday, May 27, 2009

*~ H.I.N.N ~*

new day, new life, new story..


..planning d future..
-nadhirah bt amir rashid-
-4th september 19__-
"i have such perfect eyes n nose n mouth n ears n d bestest asset, my hi-pitching voice..they are so perfect..n for ur info, i use it wisely n forsure, perfectly..plizz, no doubt in me"

..d model of d year..
-nadia izzati bt. razali-
-3rd may 19__-
"i live in my own world.dont ever interupt me..except my 3 lovely frenzz..hik3..i have my own view about life n how it suppose to run..object me if u can..lalala~"

..i'm gonna fly..
-izyan hazirah bt. mohamed dahlan-
-5th may 19__-
"i'm d most beautiful princess barbies of d world(bkn versi laura gedixx!)..haha..i really dont know wat to do..i just a little too not over u..well, i'm a family-type person..luv ma family soo muchh!!"

..nice teeth, huh?!..
-writer, blog owner-
-18th september 19__-
"i have a complicated life.. i luv being in d world; making my own decision but stil considering others.."

they love u but, they are not your lover..
they care for you but they are not from your family..
they are ready to share your pain but they are not in your blood relation..
they are..
F.R.I.E.N.D.S!!

true friend scolds like a dad
cares like a mom
teases like a sister
irritates like a brother
&
finally loves you more than a lover..


yeah, finally, my dream post is done..njoy..
speacially dedicated to my dearie frenzz, didi, nadia n izyan!!
luv n mish u all!!

Tuesday, May 26, 2009

jom balik kampung!!

new day, new life, new story..

salamualaik..hu, stlh hmpir semua kwn2 berangkat ke ipt masing2, kebosanan jelas terasa.maka, terpikirlah..

ble aku plak nk sambong blaja..??
aku nye study duration lg lame woo..6 tahun, pling koman..

jeng3,engaged..no answer...!pliz try later..

hm,xpe2..org islam kne byk bersabar..sabar itu kan sebahagian drpd iman.bkn separuh tw!ha, ni yg nk betulkn perception org ni..salu kte dgr, 'sabar itu separuh drpd iman' en..tp, penggunaan separuh tu kureng tepat..spatutnye, 'sabar itu sebahagian drpd iman'..sbbnye, yg abah ckp le..separuh tu merangkumi bahagian yg besar..
n sebahagian plak meliputi bilangan yg sket n kecik...kn?kn?kn?
btolkn klu salah ye...
iman kn merangkumi banyak aspek..contohnye, kebersihan, malu, membuang halangan di jalanan etc..

hmm,nk tw x..skrg ni, da nk masuk musim buah kt kebun atok..well, kebun atok de pokok kopi (hek3), pokok durian, pokok maggis, pokok koko dan mcm2 lg..

ahad lps blek kg, xde buah yg gugur lg..so, minggu ni insyaALLAH kebun tu akn diterokai kembali..utk makan manggis puas2 n belah durian smpi lebam!!waaaa..x sbrnye..
lg pon, da nk mid year break en..so, sape2 yg masih ade peluang, gneknla sebaik mungkin!!
ayuh, blek kg!!

klu tgk durian2 yg bergantungan kt pokok tu..huuuu..rse geram sngt!!comel!!hahakk.cm nk petik pon ade..tp, ape kn daye, klu petik pon, bkn msk lgi pon..

sape yg nk mkn buah kopi pon bley gk, buahnye rse manis tw..!!len la klu da jd serbuk...akuponxselerankmkn..hik3~

kesimpulannye, jom blek kg ye mak abah..hmm, yg len2 dijemput skali..tu pon klu korg tw alamat kampungnye...lalala~~

Thursday, May 21, 2009

fitrah kite..

new day, new life, new story..

bdk matang: g motivation sket kt kte
hee
kte nk muntah la
ble dgr name *** nk msk uia tuh
jahat x?
bdk x matang: hoho
hmm
manusia en
salu ingt ble org wat salah
wlupon kecik
n sket
tp
manusia x penah ingt kebaikan org len yg penah di buat kt kte
wlupon
kecik
sket
n sekelumit
manusia ni en
ade fitrah tw
fitrah yg bole memaafkn antar asatu sme len
sbb
nabi muhammad pon manusia
so
surely, kte de gak sikap n sifat cm nabi
...
bdk matang: hmm
btol gak pandai awk ni
tp kn
bdk x matang: ehehe
pkr sndr n
utk kte gk
ehehe
bdk matang: kte takut nk jumpe die n org cam die
awk tau kn
bdak x matang: qis.....(bkn nama sebenar)
klu kamu x jmpe org cm die
kamu x knal kehidupan tw!!
klu kamu jmpe org bek je en...
cye la ckp kte
bosan nk mamposs idop cmtu
bdk matang: haha
btol gak en
tp kte rse cam xkuat nk hadapi


...to be continued...

Wednesday, May 20, 2009

kembali kepada anatomy...

new day, new life, new story..

assalamualaikum..wee~~setelah berhempas-pulas, bermandi keringat, memerah fikiran, bertimbang-sukat. akhirnya, kata putus sudah ditetapkan..aku tetap meneruskan impian yang dahulu telah tercipta.keputusan hakim kehidupan sudah muktamad.tiada lagi bantahan atau halangan yang akan menyekat.surat menyurat untuk rayuan kali kedua dari pihak defendan atau sahabat karib atau saudara terdekat pasti tidak akan dilayan oleh hakim yang memengang surat pengesahan dan pena signatur (hiperbola saje..)

hoho..alhamdulillah.aku dapat melanjutkan pelajaran ke mesir di bawah tajaan lembaga zakat selangor.pagi tadi, singgah sebentar ke jais untuk mengambil borang.alhamdulillah.syukran lillah..hanya Allah saja yang tahu betapa girangnya aku bercampur baur dengan perasaan sadis.ntahla..smlm, setelah menerima panggilan dari pihak jais, aku terus-menerus memberi mesej dan membuat panggilan kegembiraan kepada sesiapa yang aku rasakan patut dikhabarkan.ternyata, mereka menyokong aku..alhamdulillah..rasa macm nak nangis plak..

aja x nangis ke??

hahakk.ntahla..tunggu dlu la..

nangis pon bole post-pone ke??

hehe..



so, lepas ini bolehlah aku buka balik buku2 anatomy tahun satu yang dihadiahkan (dipinjamkan SAHAJA!) oleh kak adah..walaupun hanya satu bab, tapi cukup bermakna bagi aku..

cop2

..IMPIAN NENEK..
bak kata mak,nenek nak sangat tengok ada antara cucu dia ke luar negara..naik flight.terutama ke mesir.mak pun tak tahu apa yang istimewanya mesir di mata nenek.mungkin mesir adalah BUMI ANBIYA'..mungkin mesir telah ramai melahirkan ramai ulama' dan profesional seperti doktor.mungkin dan mungkin....


..IMPIAN EMAK..
mak kate, mak nak tunaikan impian dan hasrat nenek yang satu tu..sbb anak2 nenek tak ada yang berkesampaian ke luar negara.kecuali menantunya,AHMAD AZHAR BN WAGIRAN..ehehe.dan lain2.so, mungkin emak memilih aku untuk memastikan harapan dan impian nenek menjadi kenyataan.hmm, itulah serba sedikit yang diungkapkan oleh emak kepadaku..

doktor, pekerjaan yang mulia..mak mahu aku membantu orang yang di dalam kesusahan.mak mahu aku menjelajah dan melihat kebesaran Allah yang boleh dilihat melalui tubuh badan manusia..
sbb itu, mak telah menyemai perkataan doktor di dalam fikiran sejak kecil lagi..heee

..IMPIAN ABAH..
abah menetapkan bahawa anak2nya ada yang menjadi jurutera sepertinya, doktor, akauntan, pilot, lawyer..dan sekali lagi, aku mungkin disandarkan untuk menjadi doktor..atau mungkin peguam..

..IMPIAN AKU..
???
aku mahu berkahwin dengan anak raja..haha...

driving suzuki swift by 24..hahakk

aku mahu menjadi anak yang solehah..yang mentaati perintah ibubapa dan yang menyenangkan hati mak abah.walaupun, aku tak mampu lagi menjadi sedemikian.

adakah doktor impianku??
wallahu a'lam..redhallaha fi redha walidain..

segala-galanya terserah pada Allah yang menentukan jalan hidupku..


Sunday, May 17, 2009

falsafah-falsafah-falsafah

new day, new life, new story..

dalam setiap perlakuan yg kita lakukan pasti ada terselit falsafah atau sedikit pengajaran yang kita dapat.renungkan setiap perkara yang dilakukan.pasti ada baik dan buruknya,gembira dan sedihnya,manis dan pahitnya,garam dan gulanya, jatuh dan bangunnya, tawa dan tangisnya dan semestinya positif dan negatifnya..

tidak perlu ada penyesalan untuk diungkapkan apabila terbentang falsafah di depan mata.malahan,falsafah yang diperoleh harus disimpan dan digunakan pada masa akan datang.

ya,jadi falsafah kita pada hari ini...

HIDUP INI PENUH DENGAN KEJUTAN YANG TIDAK DIDUGA~

p/s-philosopher yang paling terkenal dalam keluarga ahmad azhar, zulaikha nur..
hoho..belajar senyap2 dr dia la nampaknye..

Thursday, May 14, 2009

new day, new life, new story..

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa
Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu
bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


..moral..

1.kita tak pernah terfikir bahawa Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..tapi, seringkali kita memaksa Tuhan untuk memakbulkan permintaan kita..astaghfirullah..

2.kita hamba yang lemah.Allah tetap Maha Agung.jadi, sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kerana hidup ini tak seindah yang selalu kita SANGKA..bersangka baiklah pada Allah bahawa Allah akan memakbulkan permintaan kita sesuai dengan perancanganNya utk kita..

3.tiada yg mustahil bg Allah..

4.makanlah tempe..ehehe..tempe elok untuk kesihatan..yeah!go tempe!go wong jowo!ahaha

5.live alive your life!!

september

new day, new life, new story..

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi panda bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukansangat sempurna
sangat sensitif ygtidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


september is great, gorgeous, grand, greatfull and undergoes growing process..untuk bulan-bulan lain, bole rujuk..

http://www.geocities.com/admie22/rahsiablnlahir.htm




Tuesday, May 12, 2009

ubat dan racun??!!

new day, new life, new story..


UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini
kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan.

Cetakkannya dan
letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.
Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana
sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi
PHENYLPROPANOLAMINE .

Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya.
Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant
Plus Dietary Supplements
Acutrim Maximum Strength
Appetite Control Alka-Seltzer Plus
Children's Cold Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)
Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
BC Allergy Sinus Cold Powder
BC Sinus Cold Powder
Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
Contac 12 Hour Caplets
Coricidin D Cold, Flu & Sinus
Dexatrim Caffeine Free
Dexatrim Extended Duration
Dexatrim Gelcaps
Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
Dimetapp Elixir
Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
Dimetapp 4 Hour Tablets
Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
Naldecon DX Pediatric Drops
Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
Triaminic DM Cough Relief
Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
Triaminic Syrup Cold & Allergy
Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry
3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.
Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,
SILA BERIKAN RISALAH INI.
INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS.
EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI
AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.




p/s- pesanan dr pihak penaja..mencegah itu lebih baik daripada mengubati..
dan Allah dah janji dlm Quran, setiap penyakit pasti ada penawar KECUALI mati..wallahua'lam..

Wednesday, May 6, 2009

pintarnya UMMU SALAMAH

new day, new life, new story..

HINDUN binti Abi Umaiyah merupakan isteri kepada Abu Salamah. Dia termasuk dalam golongan pertama memeluk Islam.

Hindun bersama Abu Salamah berhijrah ke Ethiopia bersama sekumpulan penganut agama Islam apabila berlaku penentangan terhadap nabi Muhammad di Mekah. Hindun melahirkan seorang anak bernama Salamah di Ethiopia lalu mendapat gelaran "Ummu Salamah" yang membawa maksud ibu Salamah.

Abu Salamah seorang yang aktif berperang dan mengalami luka parah pada tulang sewaktu Perang Uhud, akibatnya Abu Salamah pengsan lalu meninggal dunia di pangkuan Nabi Muhammad.

Selepas lama Ummu Salamah menjanda, beberapa orang datang melamarnya. Namun, semua lamaran itu ditolak dengan jawapan yang lembut dan manis.

Akhirnya Nabi Muhammad menghantar utusan untuk melamar Ummu Salamah untuk menjadi isteri beliau.

"Saya menolak lamaran Rasulullah kerana saya sudah tua, bersifat cemburu dan banyak tanggungan keluarga," begitulah jawapan Ummu Salamah kepada utusan Nabi Muhammad.

"Ya Ummu Salamah, jika kamu sudah tua, maka saya lebih tua dari kamu. Jika kamu bersifat cemburu, maka Allah akan menghilangkan cemburu dalam diri kamu. Jika kamu banyak tanggungan keluarga, maka Allah dan rasulnya akan menanggungnya," balas nabi Muhammad selepas mendengar kata-kata Ummu Salamah itu.

Ummu Salamah menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaran ketika kaum Quraish menghalang umat Islam memasuki kota Mekah untuk menunaikan haji.

Kota Mekah ketika itu masih di bawah jagaan kaum Ouraish yang masih belum beragama Islam. Pasukan tentera Quraish menunggu ketibaan nabi Muhammad dan rombongannya di luar kota Mekah dengan azam menyekat mereka dari masuk ke kota Mekah.

Nabi Muhammad tidak mahu bertembung dengan pasukan tentera Quraish kerana rombongannya datang dengan aman untuk menunaikan haji dan bukannya untuk berperang.

"Siapa antara kamu yang boleh menunjukkan jalan lain yang menuju ke belakang tentera Quraish?" tanya nabi Muhammad yang ingin melencong ke jalan lain untuk memasuki kota Mekah tanpa bertemu dengan pasukan tentera Quraisy.

"Saya!" balas salah seorang ahli rombongan itu lalu berlari ke hadapan untuk menunjuk jalan kepada nabi Muhammad.

Walaupun jalan yang diikuti Nabi Muhammad dan rombongannya sempit dan menyulitkan pergerakan mereka, namun azam dan tekad yang tinggi untuk menunaikan haji membara di setiap hati ahli rombongan membuatkan mereka berjaya mengharungi sehingga tiba di sebuah kawasan bernama Hudaibiyah, beberapa meter dari kota Mekah.

Satu peristiwa aneh berlaku apabila unta yang dinaiki oleh nabi Muhammad tidak mahu bergerak seolah-olah ada sesuatu kuasa yang menghalangnya maju ke hadapannya. Unta itu terus duduk walaupun nabi Muhammad cuba mengarahkannya bangun dan berjalan semula.

"Adakah unta ini mengalami sesuatu yang tidak baik sehingga tidak mahu bergerak ke hadapan?" tanya salah seorang ahli rombongan nabi Muhammad.

"Tidak. Allah yang menghalang tentera bergajah Abrahah masuk ke Kota Mekah menghalang unta tunggangan saya maju ke hadapan," balas nabi Muhammad lalu turun dari belakang untanya.

Nabi Muhammad memerintahkan rombongannya berhenti berkhemah di kawasan itu. Pasukan tentera Quraish yang mengetahui perkara itu terus menuju ke kawasan perkhemahan nabi Muhammad dan mendirikan perkhemahan bertentangan dengan khemah umat Islam.

Nabi Muhammad menghantar Usman bin Affan sebagai utusan untuk berbincang dengan pasukan tentera Quraish tentang niat nabi Muhammad dan rombongannya untuk menunaikan haji.

"Sebenarnya kami datang untuk menunaikan haji dan mengapa kamu semua menghalang kami untuk menunaikan haji? Lagipun selama ini orang Arab tidak pernah menghalang sesiapa pun menunaikan haji..." jelas Usman kepada Abu Suffian, ketua pasukan tentera Quraisy.

"Kami bukan nak menghalang tetapi kamu semua tidak akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini. Kamu boleh menunaikan haji lain kali tetapi kena patuhi syarat-syarat yang kami tetapkan," balas Abu Suffian sejurus mendengar penjelasan Usman itu.

Nabi Muhammad dan rombongan mengadakan pertemuan dengan pasukan tentera Quraish untuk berdamai.

Selepas mengadakan perbincangan, mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak.

Apabila Perjanjian Hudaibiyah sudah termeterai, pasukan tentera Quraish menanti Nabi Muhammad dan rombongannya pulang semula ke Madinah.

"Dengar sini semua ahli rombongan, sila sembelih unta dan cukur rambut kamu. Kemudian kita pulang semula ke Madinah!" kata nabi Muhammad kepada ahli rombongannya.

Namun tiada seorang pun ahli rombongan yang menyahut arahan nabi Muhammad itu. Nabi Muhammad terkejut melihat reaksi ahli rombongannya dan tidak mengulang kata-katanya kali kedua kerana takut turun kemurkaan Allah kepada mereka yang enggan mengikut arahannya itu.

Rombongan Nabi Muhammad berasa keliru dengan apa yang telah berlaku dan teragak-agak untuk melakukan perintah baginda itu.

Mereka terfikir bagaimana untuk pulang ke Madinah sedangkan mereka masih belum menunaikan haji.

Inikan pula nabi Muhammad memerintahkan mereka untuk menyembelih korban dan bercukur rambut. Nabi Muhammad berasa sedih lalu masuk ke dalam khemahnya kerana ini merupakan kali pertama umat Islam tidak menjalankan perintahnya.

"Mengapa kamu bersedih, wahai Rasulullah?" tanya Ummu Salamah yang berada dalam khemah.

"Saya memerintahkan semua ahli rombongan menjalankan penyembelihan korban dan bercukur kepala sebagai tanda keluar dari Ihram. Namun tidak ada sesiapa pun yang bangkit untuk menjalankan perintah saya," jelas Nabi Muhammad kepada Ummu Salamah.

"Keluar sekarang dan jangan kata apa-apa pada mereka di luar itu. Sembelih unta sebagai korban dan panggil tukang gunting untuk mencukur rambut," Ummu Salamah memberi cadangan kepada Nabi Muhammad bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Nabi Muhammad melakukan sebagaimana cadangan Ummu Salamah.

Semua ahli rombongan yang melihat apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad segera bangkit dari tempat duduk, lalu menyembelih korban masing-masing.

Selepas itu, ada yang mencukur rambut mereka dan ada yang menggunting rambut mereka. Kepintaran dan kebijaksanaan Ummu Salamah itu menunjukkan bahawa praktis dalam melakukan sesuatu adalah lebih efektif berbanding dengan hanya berkata-kata sahaja.


Petikan daripada buku Srikandi Perisai Nabi

Tuesday, May 5, 2009

malam dan bintang

new day, new life, new story..

kenapa malam sudah x nampak lg kemeriahannya??tiada bintang-bintang yang menghiasi dada-dada langit..bulan turut kesunyian tanpa bertemankan bintang-bintang yangbergemerlapan..adakah malam turut merasai kegalauan yang melanda hatiku??huhu~~

hamba dan 4 dirham

new day, new life, new story..

al-kisah...

seorang hamba Allah yang soleh dan rajin beribadah.beliau tinggal bersama seorang isterinya dalam sebuah rumah yang usang.disebabkan asyik dan leka beribadah, beliau tiada mata pencarian untuk menanggung kehidupannya sehari-harian.

pada suatu hari, atas dasar kesedaran mencari nafkah, hamba yang soleh itu keluar rumah untuk mencari rezeki.dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekelompok manusia yang melakukan aktiviti menyembah pokok.

hamba soleh tersebut tanpa berlengah mengasah parang untuk menebang pokok sembahan itu.maka, menjelmalah syaitan dalam rupa manusia untuk menghalang perbuatan hamba soleh itu.tetapi, hamba soleh itu tetap bertegas untuk menebang pokok tersebut.berlakulah perlawanan antara hamba soleh dengan jelmaan syaitan tersebut.

ditakdirkan Allah, jelmaan syaitan tersebut kalah.lalu berkatalah jelmaan syaitan itu pada hamba soleh tersebut bahawasanya, akan ada 4 dirham di bawah sejadah hamba soleh itu pada selepas subuh.hamba soleh itu tidak meneruskan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu.

lalu dijadikan cerita, ternyata kata-kata jelmaan syaitan itu benar.hamba soleh itu memperoleh 4 dirham selama 3 hari berturut-turut.hamba soleh itu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang diperolehinya.

pada hari-hari berikutnya, hari ke-4 dan seterusnya, hamba soleh tersebut mendapati tiada lagi sejumlah 4 dirham dibawah sejadahnya selepas subuh.hamba soleh tersebut menjadi berang da bertekad untuk menebang pokok tersebut.

sesampai sahaja di tapak sembahan pokok itu, hamba soleh berjumpa lagi dengan syaitan yang menjelma sebagai manusia.berlaku lagi perlawanan antara mereka.kali ini, hamba soleh itu kalah dan jelmaan syaitan itu menang.

hal ini berlaku kerana, pada awal cerita ini, hamba soleh itu mahu menebang pokok tersebut kerana Allah.dan kemudiannya, pada kali yang keduanya, hamba soleh itu mahu menebang pokok itu kerana tiada lagi sejumlah wang 4 dirham dibawah sejadah yang dijanjikan oleh jelmaan syaitan itu...wallahua'lam..


kisah ini dedikasi khas untuk diri sendiri yang sering alpa dan lupa..kemudian buat rakan-rakan muslim seperjuangan di KEM PLKN SIMILAJAU, BINTULU..hadiah dari ustaz buat kita semua..seterusnya, pada semua rakan2 KIAM yang lepas..tajdidkan niat sebelum disoal kelak..terakhir sekali, khas untuk semua pembaca dan peminat(???)

have a nice day~~

Monday, May 4, 2009

pada suatu petang..~

new day, new life, new story..

salamualaik..cerita petang hari..

abah:.kenapa siput babi jalan lambat??....

emak:sebab siput asek pikir je, dia tu siput ke babi..(sambil tergelak)

abah:kenapa aja lambat...??sebab die asek pikir je dia nak jadi doctor ke lawyer...(gelak lagi)



so, kesimpulannye..adakah aja same dengan siput??!!hahak!!jwbla sendiri..
aku x lambat..cume kurang pantas je..aha~~
tp,aku cekap pe wat keje..wahh!!

Sunday, May 3, 2009

KIAM (2)

new day, new life, new story..

salamualaik..KEM INTENSIF AKHLAK MUSLIM (KIAM)..satu usaha yang sangat aku kagumi..terutama bagi yang betul2 bertungkus-lumus menjayakannya.mungkin ada sebahagian pihak yang hanya memandang enteng usaha tarbiyah murni ini..mana tidaknya, orang di belakang tabirnya hanya sekumpulan pelajar yang baru sahaja tamat sesi persekolahan tidak lebih 6 bulan..
tapi, kalau antum semua lihat betapa mereka mengharungi jerih perih, susah payah bersama untuk menyiapkan kertas kerja sekaligus modul lengkap untuk menjayakan KIAM pasti antum tertanya-tanya di mana mereka dapat semangat yang begitu tinggi sekali..tentunya, ada keikhlasan dalam hati sanubari mereka.dan juga kasih-sayang yang begitu mendalam buat adik2 di SAMBESTARI..huhu.dan tidak lupa juga, janji yang telah dimeterai pada minggu orientasi tingkatan 4 2007 di PKG.tahniah sekali lagi diucapkan..
jadi, lepas ini bolehlah antara kita rancang program terbaru untuk yang lain pula.ehehe
aishh..sebenarnya, aku nak cerita apa ni?!!
tapi, itulah..kawan2,sebahagian daripada kita masih belum matang..termasuk aku, mungkin..erm, dari segi apa, aku tidak mampu untuk mentafsirkan..

Saturday, May 2, 2009

KIAM d'SAMBEST

new day, new life, new story..

adik fasi: tx aw wt kem uh tuk ktorg
ktorg da rpt gle skg
best sgt...

kakak fasi:ye ke?
senior n junior nmpk x perubahan korg?

adik fasi: aah
erm
xtw r
ktorg xnk gtw
senyap2 jep
lgpon bru seminggu
dyorg xnmpk ag kot

kakak fasi: ouh
(adik) rse dlm diri (adik) de perubahan?

adik fasi :erm
ad r sket
alhamdulillah

kakak fasi: alhamdulillah

adik fasi: huhu
tx..

kakak fasi: nape tanx kt akak plak?
patutnye
(adik) tanx kt Allah
sbb Allah yg bg hidayah kt (adik) utk berubah

adik fasi: erm
k2
di samping itu lar nih
huhu

kakak fasi:ok2
ma pleasure
akak x kesa nk tlg adek2 smpi ble2

adik fasi: hmm
kgkwn ad ckp
nk mnx akk2 wt kem ag pas ktorg pmr
tp mst r xley an
msg2 da bz
kak (timbalan pengarah) un da g mesir bln 8 an

kakak fasi:emm
klu x pas korg pmr pon
maybe next tym
ble korg da bsr2 sket kota

adik fasi: huhu
ye lar
erm
seyes..
mlm tuh an agk ramai r y nges
hehe

kakak fasi:kt mne tu?

adik fasi:ou
kt asrm
akk2 kata nk kjut ktog kol 1,2 pagi
last2
tym azan..
hoho
lari tros msa

kakak fasi: hehee
akak2 pon x sanggup daaaa
hehe
sorila
tu kesilapan teknikal

adik fasi: klaka lak ble pk blek
huhu
xp
xksa

kakak fasi: tp snarnye tym tu nk wat korg nye muhasabah diri

adik fasi:ye ker?
huhu
hmm

kakak fasi:dek

adik fasi:yup

kakak fasi:nt akak nk cter kt kwn2 akak ek pe yg (adik) cter ni

adik fasi:huhu
lar
malu r

kakak fasi:sekurang2 nye berbaloi first trial ktorng ni

adik fasi:hehe
erm

kakak fasi:alahai
akak x bgtw name (adik) la

adik fasi:ou
k2
hehe

kakak fasi:ok tanx

salamualaik..erm, ni serba-sedikit respon dr seorang adik f3 yg ikut KIAM d'SAMBEST..erm,berbangga la ye MT dan semua AJK pelaksana kerana usaha antum sume berbaloi..alhamdulillah..erm, aku pon tumpang terharu gak..ahaa~

nampaknye adik2 tu request lagi 1 kem untuk dorg.amacam??haha..no idea la..

Friday, May 1, 2009

semakan permohonan ke ipta 2009/2010

new day, new life, new story..

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 910918106574
NAMA : SITI HAJAR BINTI AHMAD AZHAR

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD : Y0600
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : ASASI UNDANG-UNDANG
IPTA : UIAM - UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


salamualaik.bertemu lg kte kt permohonan yg lain pada kali ni..so..??ape pandangan aku ye?firstly, alhamdulillah.secondly,haa.x terkata la..rsenye,major aku mntk related dengan sains n medic.n yg paling sure, last skali aku mntk asasi syariah kt um..hmm,aish.ku pon xtw la.haha.

rse bangga ade.rse sengal pon ade.hee.tp, abah ckp buat solat istikharah dlu.ye laa,jais nye pon x kuar ag..so, krenye sekarang aku ade 2 choices.matrix penang n uia..jaisnye..really hoping on dat.keputusan untuk jais keluar 7 hb ni..doakan untuk saya ye..

pada asalnnya, law n syariah ni hanya sampingan saje.yg selebihnya sains n sains n sains.tapi mungkin ade hikmahnya Allah bagi macam ini.x dpt jadi the greatest islamic doctor pon, bole jadi the best syariah lawyer in the world.haha..ye x?(sadis sungguh bunyinya..)

aku tak nak minta pendapat sape2 sebab aku totally blur sekarang nih.keciwa??naah..biasa je.huu~..maybe terpikir, nape org lain dpt ape yg dorg mntk..tp, bkn aku..hoho..lagi sekali, ada hikmah disebaliknye kn??!!well, rezeki orang lain2.ape2 pon, kawan2 yg baca post ni.tolongla ucap tahniah kat aku..haha..jgn lupa selitkan..i'l always supporting u..

lagi satu citer, nk dijadikan cerita, tepat2 pukul 12 tgh hari tadi aku terus online untuk tengok result upu ni sambil2 on ym.ramaila kawan2 yg approach dan aku tanya macam mana result upu dorg..hee.tw dorg ckp pe..dorg nye sistem lembab.so, dorg x dpt tahu lagi rseult upu dorg tu.aku pon dgn bangga nye menghulurkan bantuan..muahaha..secara x lansung, aku dpt tahu la kawan2 aku tu dpt mana..

-kamil ghazi ahmad n syira yusuf,asasi sc uitm
-eja, iman, balqis,nadh dpt asasi engine uia
-adibah ibrahim,diploma pengajian perniagaan uitm
-wani dahlan, tahmidi sc n tech usim (seem news to me)
-izzah halim, asasi sc hayat uia (aku totally jeles ngn dia ni)
-emalina, diploma sc uitm
-izyan, diploma fisioterapi uitm(dpt gk ape yg dia nk)
-nadia,asasi sc um (aku pon jeles ngn dia ni)haha
-didi, xtw lg..dia cm semangat nak gi mtrx kedah dia tu je..
-dibah husna,dpt uism katenye..xtw kos ape

n ade gak yg bernasib malang x dpt upu..kesian jugak aku rse..krenye, aku ni sangat bertuah ade u yg offer kt aku..alhamdulillh.kawan2 yg x dpt tu, jgn bersedih la ye..insyaAllah rezeki antunna x berhenti takat ni.banyakkan berdoa dan bersabar ye.wallahua'lam..heee


hmm, tu je la yang aku tahu..antum antunna yg rasa nak share dpt mne, bgtw la ye..ape2 pon tahniahla pada ssume org..hee~~