~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Tuesday, May 5, 2009

hamba dan 4 dirham

new day, new life, new story..

al-kisah...

seorang hamba Allah yang soleh dan rajin beribadah.beliau tinggal bersama seorang isterinya dalam sebuah rumah yang usang.disebabkan asyik dan leka beribadah, beliau tiada mata pencarian untuk menanggung kehidupannya sehari-harian.

pada suatu hari, atas dasar kesedaran mencari nafkah, hamba yang soleh itu keluar rumah untuk mencari rezeki.dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekelompok manusia yang melakukan aktiviti menyembah pokok.

hamba soleh tersebut tanpa berlengah mengasah parang untuk menebang pokok sembahan itu.maka, menjelmalah syaitan dalam rupa manusia untuk menghalang perbuatan hamba soleh itu.tetapi, hamba soleh itu tetap bertegas untuk menebang pokok tersebut.berlakulah perlawanan antara hamba soleh dengan jelmaan syaitan tersebut.

ditakdirkan Allah, jelmaan syaitan tersebut kalah.lalu berkatalah jelmaan syaitan itu pada hamba soleh tersebut bahawasanya, akan ada 4 dirham di bawah sejadah hamba soleh itu pada selepas subuh.hamba soleh itu tidak meneruskan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu.

lalu dijadikan cerita, ternyata kata-kata jelmaan syaitan itu benar.hamba soleh itu memperoleh 4 dirham selama 3 hari berturut-turut.hamba soleh itu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang diperolehinya.

pada hari-hari berikutnya, hari ke-4 dan seterusnya, hamba soleh tersebut mendapati tiada lagi sejumlah 4 dirham dibawah sejadahnya selepas subuh.hamba soleh tersebut menjadi berang da bertekad untuk menebang pokok tersebut.

sesampai sahaja di tapak sembahan pokok itu, hamba soleh berjumpa lagi dengan syaitan yang menjelma sebagai manusia.berlaku lagi perlawanan antara mereka.kali ini, hamba soleh itu kalah dan jelmaan syaitan itu menang.

hal ini berlaku kerana, pada awal cerita ini, hamba soleh itu mahu menebang pokok tersebut kerana Allah.dan kemudiannya, pada kali yang keduanya, hamba soleh itu mahu menebang pokok itu kerana tiada lagi sejumlah wang 4 dirham dibawah sejadah yang dijanjikan oleh jelmaan syaitan itu...wallahua'lam..


kisah ini dedikasi khas untuk diri sendiri yang sering alpa dan lupa..kemudian buat rakan-rakan muslim seperjuangan di KEM PLKN SIMILAJAU, BINTULU..hadiah dari ustaz buat kita semua..seterusnya, pada semua rakan2 KIAM yang lepas..tajdidkan niat sebelum disoal kelak..terakhir sekali, khas untuk semua pembaca dan peminat(???)

have a nice day~~

2 comments:

Nurul Athirah said...

peminat?
ahaha..
congratz arr ada org tu da ada 13 follower..

siti-situ-sana-sini said...

peminat..ye la..peminat
dlm english=fan..
ahakzz

aishh..bnde tu plak yg die focus..
bce x cternye??
heee

erm, 13??haha
gud improvement kn??haha