Monday, July 27, 2009
Dari Lond0n
salamualaik..
hmm, xtw nk pos pasal ape dah..bnyk je idea yg terjana dalam otak fikiran ni..tapi, x dapt nk di keluarkan..stuck!kena lalu tol dlu..baru bole jalan..errrkk!
aish..ade je yang x kena eh!watch out, skrg nih, tgh hyper-sensitif!!wawawa..x tw sebab pe..
tw x, ari sabtu lepas dpt poskad dari LONDON...waaahh!!syoknye!hak
dari sape?dari yaz atiqah..date kat poskad tu;15/6/2009
maknenye,da lme laaa..x kesa la..jnji dapat..alhamdulillah.syukran lillah.syukran adekz!
dak kecik sorg tu..x abes2 cter psl london..nak blaja kt london..hak.skali doa g mesir kang..heh.kte berjumpe di sane ye yazzz!!
xpe2..nnt akak bg poskad dari mesir plak ye..ade gambar piramid Giza..tunggu tw!
haa, ni dia poskad yg bdak kecik tu bagi.wording belakang die, rahsia la ek..
p/s-sape2 yg nak poskad dari mesir??hak..bagi alamat cepat!nnt korg tengokla, dalam masa sebulan lebih sikit, korg tengok dalam letter box korg, da ade da poskad mesir dari aja..hik3!terharu x? =p
*yaz, jangan rase terharu plak akak cter pasal poskad yaz kt sini..dah3, lap air mata tue!wakaka..yeah.1-1!!akak cume da xde isi nk tulis pe lgi dalam ni..
(ceh, macamla yaz tw aku nye blog nih..)=p
luv ya!akak tw, i'm d best sis eva..lalala~
Friday, July 24, 2009
cahaya kasih
salamulalaik..
malam ni ade nur kasih..huu, syok btol en tgk cter nih..sape2 yg minat??yeah, kita bley jadi geng la..hak!
jom tgk trailer nur kasih..klu sudi la..
btw, aja ske lagu die..lagu die smatt...lagi2 yasin yang nyanyi..layan~~~
PSSSTT!!..kawan2 SAMBEST yang kusayangi.. pernah terdetik jugak dalam hati ni untuk membuat blog batch kte..ade sape2 yg sokong??sila angkat tangan kalau mau ikut ye..hik!
tp, maseh dlm proses rr...jap eh.tapi tgk mase jgk tw!
Wednesday, July 22, 2009
currently
salamualaik
currently...
>da tgk syurga cinta...wee~~
besh..dapat pengajaran
>new moooooon da abes..
next plizz~~
eclipse, here i come
walaupun lambat sket dr korg..~
jnji bace sebelum g mesir..
buku ape lagi yang aku x bace n movie ape yg aku x tgk lg ye???
in waiting list
+ biarlah ym berbicara
+ pemilik cintaku
+ buku dr. danial zainal abidin;perubatan islam dan bukti sains moden
+ buku harun yahya;bukti kehidupan duniawi
+ harry potter movie, bla..bla..bla
>dpt dgr tazkirah setelah sekian lame..
alhamdulillah..
betapa kontangnye hati nih..
>hak..dapat surat dari JAIS semalam..
epinye!!
akhirnya, JAIS x mengenetepikan ktorg...
kwn2 len ade yg x dpt lagi..
prob bese la..
umah dorg jauh dari post office..
>lg...??
Tuesday, July 21, 2009
kelas tahajjud
salamualaik
al-kisah atau sedikit tazkirah yang diperoleh di Surau Taman Bukit Saga baru-baru ini
ustaz (x ingt nama) mengulas tentang solat sunat..ayat yang paling sedap didengarla..
(merah sebagai tanda warning)
lama-kelamaan, ustaz sentuh bab solat tahajud yang merupakan salah satu elemen dalam qiamulail.seperti yang kita tahu, qiamulail, Allah wajibkan pada Rasullullah dan disunatkan kepada umat nabi Muhammad..yakni, kalau x buat x dapat ape2, kalau buat, insyaAllah dapat pahala.
manusia sekarang semakin sibuk (tak terkecuali pada yang sedang menulis atau membaca), jadi qiam yang sunat dilakukan terutama pada waktu sepertiga malam TERAKHIR sering dilupakan atau dibuat-buat lupa dek mengejar kemajuan kehidupan duniawi.jadi, ustaz ada bagi beberapa formula untuk kita sama2 hayati dan cuba dipraktik.
“Seafdhal-afdhal (sebaik-baik) solat selepas solat fardhu ialah solat malam” [/b]( HR Muslim : 1163 )
ingat x cerita Sultan Muhammad Al-Fatih?? Beliau merupakan seorang pemerintah yang lansung x pernah meninggalkan solat malam.Dari situlah beliau memperoleh kekuatan sehingga berjaya membebaskan Kota Konstantinople yang sebelum ini telah dijajah selama beratus-ratus tahun..Allahuakbar!
tahajud economy class-
dimana kita bole mengerjakan tahajud dan solat2 sunat yang lain sebelum tidur.lagi2 kepada manusia2 yang memang tidur awal dalam pukul 10..yela kan, dah hafal sangat biological clock diri sendiri yang memang x boleh nak bangun pada sepertiga malam terakhir.astaghfirullah
tahajud bussiness class-
sehari suntuk bekerja/belajar seharian, tentu penat dan lelah kan..balik rumah/habis assignment pon dah nak dekat pukul 1 pagi, jadi dikesempatan sebelum naik katil, kerjakan 2 rakaat tahajud.x dapat sepertiga malam terakhir, sepertiga malam terawal pon jaaadila....
tahajud executive class-
haaa, ini yang kita nanti2 kan..(entah bila la tu)..apabila kita bangkit dari tidur pada sepertiga malam (selalunya pada pukul 3-5 pagi) dan mengerjakan seberapa solat sunat yang dituntut.barulah kita betul mengikut syarat tahajud berdasarkan makna qiamullail itu sendiri..ye x???
so, kawan2, kita muhasabah balik..tahajud kita, kelas yang MANA???=D
Allahua'lam
Kitorang adik-beradik x pernah dapat beli bantal peluk untuk tidur.yang ada, semuanya hadiah pemberian orang..sebab ape???
abah kata, xboleh beli bantal peluk/bantal busuk sebab nanti tidurnye lena sangat sampai x boleh nak bangun tahajud..
tu kata-kata abah 3 tahun lepas.. ingat lagi sampai sekarang sebab x puas hati x dapat beli bantal peluk..hak..ape2 pon,kite da ade bantal poOh..hee
ada ke kaitan kisah bantal dengan bangun tahajud??kite rasa ada..
ande rasa macam mana???
lu pikirla sendiri
berita baik
salamualaik
haaa,berita baik..
mak kate, imran da tinggi!!
adakah khabar ini benar2 baik dan betul???
bagi aku...'x tinggi poonnn..'hak
ye lah..selagi x lebih tinggi dari aku, maknenye, x tinggi lagi la tu..wakaka
ceit..aku pon x tinggi mne..
*lost track of blazing ideaszz, sbb tu cter pasal adek2 yg dot..dot..dot..ngee
Sunday, July 19, 2009
dia yang bertanduk dua
ISKANDAR ZULKARNAIN
Zulkarnain yang bermaksud "dia yang bertanduk dua"
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda.
Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ringkas:" Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja."
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui.
Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya.
Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang
menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.
Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.
Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: "Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu."
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh.
kisah Iskandar Zulkarnain di dalam aL-Quran...rujuk surah aL-Kahfi, ayat 83-98...
ana mmg minat dgn kisah2 tokoh islam terutama panglima2 agung yang mencipta lagenda dalam sejarah dunia ISLAM..
jika direnung kembali, kisah2 yang dibaca adalah kisah yang tertakluk selepas zaman nabi muhammad dan para sahabat serta tabi' tabiin.oleh itu, akal fikiran kita memang tidak dapat menyangkal lagi kehebatan islam walaupun tanpa kewujudan nabi muhammad s.a.w dan para sahabat kecuali dengan iman dan taqwa..
KITA?? mampukah kita menjejak dan mengembalikan zaman kegemilangan islam..dengan bekalan iman yang nipis cuma...??
Wednesday, July 15, 2009
mesirianszz
video dari sana...
tgk la...
speacially dedicated utk kwn2 yg nk g mesir...
terutama deenie..hak
enjoy, k..
bob+dene+syafiq+sotd= bergumbira (tension study)
p/s-jgn tension2 blaja
fenomena DUN N41
BARISAN NASIONAL BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEKALAHAN
Calon Pas Mohd Fauzi mendapat 5348 undi.
Calon Bn Tuan Aziz mendapat 5283.
Barisan Nasional BERJAYA SEKALI LAGI mempertahankan kekalahan sebanyak 65 undi.
Kapal terbang Najib tak jadi pusing balik.
-blogger-tukar tiub..
N41: MANIK URAI (12,293)
KEPUTUSAN
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
-blogger- idham lim..
komen2..
Tahniah PAS, walaupun menang tipis tetapi menang juga. Ini satu peringatan pada PAS, jangan terlampau yakin akan menang sehinggakan ada yang semacam bongkak mengatakan akan menang lebih dari 2000 undi sebelum keputusan di sahkan. Mungkin Allah ingin mengajar PAS, terimalah pengajaran itu dengan hati yang terbuka. Juga ingat, PAS memerlukan undi dari sahabatnya orang Cina dan India, kerana jika semua pengundi Melayu maka undi akan terbahagi dua. Biarlah apa yang berlaku jadi pengajaran.
PAS menang 65 undi... UMNO kalah 65 juta.. keh..keh..keh..
alhamdulillah.. doa pejuang2 islam makbul olehNya.. tahniah, tp kena postmoterm juger
Kemenangan PAS dengan kelebihan 65 undi itu datangnya dari kaum kafir.
Makan dengan ini PAS berasa sangat bangga terhadap kaum kafir yang menyokong nya.
Sebenarnya dimana sahaja dalam dunia ini, kaum kafir tidak menyokong Islam. Di Malaysia orang Islam bertuah kerana mendapat sokongan dari kaum kafir.
Kita harap UMNO meneruskan pembangunan di Manek Urai, tak dapat bagi jambatan, bagi jamban pun dah kira ok.
Negara kita negara demokrasi.
Buku teks KBSM cakap kalau negara demokrasi kena mengundi.
Kalau tak mengundi tak masuk syurga.
Kalau tak mengundi takde masa depan.
Kalau tak mengundi takde jambatan.
Tapi dah 50 tahun Manek Urai under PAS,tanya sikit kat ahli kubur tu,semua dah masuk syurga ke?
Malaysia dah 52 tahun under BN 1 highway sampai 4 tol.
Kat Belgium ni orang cakap,kalau highway tiba2 bertol,konfirm kena guling kerajaan tu.
Dah 2 orang dah Perdana Menteri kena buang.
Kalau tak mengundi,ada hantu pulak mengundi.Kalau mengundi karang sakit hati je sebab ahli politik ni bukan peduli pun.
Ada 222 orang Parlimen,505 dalam DUN.727 orang.Rakyat Malaysia ada 28 juta orang.Tapi 727 orang ni ambik peduli ke orang miskin kat Kampung Berembang?Kat Kampung Buah Pala?Kat Pangsapuri Murah Kinrara Seksyen 2 Puchong?
Demokrasi?Hahaha..kelakar la.
66 pengundi hantu gerombolan tidak hadir mengundi. Najib telah mengarahkan SBnya mengesan 66 hantu tersebut untuk ditahan di bawah ISA kerana jika tidak, BeeEnd pasti menang dengan majoriti 1 undi.
Hantu2 lain yang mengundi telah dibayar RM300 sebagaimana yg dibuktikan oleh video berikut:
http://www.malaysiakini.tv/video/17393.html
Salam YB,
Antara hikmah majoriti rendah sebegini adalah:-
1. Pimpinan perlu bermuhasabah sesama sendiri, dlm keadaan PRK lain majoriti bertambah kenapa di Kelantan berkurang?
2. Ingatan kepada pimpinan supaya tidak terlalu yakin dengan tinjauan dan cula undi. Lihat sahaja kenyataan Pengarah Pilihanraya Negeri yang begitu yakin akan menang majoriti 2000.
3. Ingatan dari kerajaan atas langit supaya bersatu hati. Bukan rahsia pimpinan PRK Kelantan cuba meminggirkan YAB Presiden & YB Timb. Presiden. Sebagai manusia, sedikit sebanyak akan timbul kecil hati.
4. Mood pengundi yang susah dijangka.
5. Kenyataan pimpinan mengenai strategi parti dalam pilihanraya. Untuk apa menyatakan kepada masyarakat umum bahawa keselamatan dipertingkatkan pada pukul 3pm-5pm (2 jam terakhir)?? Banyak lompong yang boleh diisi di situ (samada oleh pemerhati (baca:pendokong parti) dan parti lawan)
6. Allah melarang terlalu mengagungkan manusia biasa walau sehebat mana pun dia. Jangan anggap seolah-olah semua tindakannya betul belaka.
Apapun menang tetap menang walau 1 undi. Takbir!!
pesanan tuan punyer blog..
sekadar meninjau-ninjau keadaan dan pergolakan politik di negara sendiri..
ape2 pon..sokongan padu tetap diberikan kepada peneraju kerajaan negeri selangor yang baru..wee~~
Allahua'lam
Tuesday, July 14, 2009
sejadah ciNta
Bila hati disapa keresahan,
Hati dambakan pengharapanNya..
Bila hati diulit kekosongan,
Kalimah agung jadi sandaran..
Bila hati terasa rindu,
Maka, di atas SEJADAH CINTA kita bertemu...
penuh keasyikan...
Allahua'lam...
sila la bace...tp, buku ni dah publish lame da...
Monday, July 13, 2009
new member
welcome to our new member into the world of blogging...
nur syafiQah binti ahmad sarafi
moga manfaat yang diperoleh dapat dikongsi bersama..
wee~~
"Kamu (umat Islam) adalah umat TERBAIK yang pernah dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh melakukan kemakrufan dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.....ilal akhiri ayah.."- Surah ali-'Imran, ayat 110
Saturday, July 11, 2009
Friday, July 10, 2009
Nilai Sebuah Kasih Sayang
Ini mesej yang diperoleh daripada seorang kawan, Nurul Balqis yang berada di CFS IIUM, PJ..hee..rase macam nak kongsi kat sini sbb, mesej ni berjaya menitiskan air mata aku pagi-pagi nih..lalala~
bukan ciwek, tapi terharu+bru tau yang aku rindu gile2 kt dorang sume..
Pelajar: "cikgu, macam mana kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang??Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??"
Cikgu: "Ok.kamu ikut ape yang saya suruh.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Da petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"
Apabila pelajar tersebut pulang pulang ke kelas tiada sehelai rumput pon di tangannya.Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di hujung padang, saya x jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada diantara yang si belakang saya tadi, rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik"
Cikgu: "Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.Maupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi..."
beserta sebuah gambar..
juga diiringi dengan alunan minus one yang sangat syahdu..
(kalau letak pon, korang sure x leh dengar..)
Kesimpulannya, pembelajaran dalam kelas 'SMS' berjaya menyedarkan orang hakikat sebuah kasih-sayang..kan??
dan..
jika diimbas kembali, ada x di antara guru2 kita yang pernah mengajar subjek seperti yang di atas???
?????
lalala~~
Thursday, July 9, 2009
khas utk liesah..heh
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
The pain I'm knowing
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
[klik sini ye..]
keep climbing until u reach onto the top of the world
keep your faith in Allah..
in everything u do..
during sadness and happiness
keep climbing toward ALLAH and HIS bless
heh..tu je kot
bekalan untuk gi MFI..
x pandai deyh nk buat ayat bersawang-sawang nih..
lap n berus u more~
with love,
aja cumel..wee~~
p/s-klu ade can, nk gak buat utk 'org' len..tp,len kali je la ye...
Wednesday, July 8, 2009
birthday b0y
10 th birthday of my dearest and the only little brother
aLi iMRan bin ahmad azhar
imran a.k.a boboy mamah..
nak blaja kat universiti kat duBai..
kt mne ye tu??hik3
iran nk jadi pil0t
bole bwk aja jalan2 nek flight..
heh
ooppss..mak ler..
tp imran x tinggi lagi la...
maya pon nmpk lg besar dari iran..
xpe..iran ske minum susu
minum susu kn bole cepat tinggi...?
may ALLAH bless you all the time, dear..
p/s-iran,tolongla makan banyak..da la kurusss!!ish..
sometimes...
Tuesday, July 7, 2009
taK ade dalam siLibus S.I @ Q.S
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya.Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, makabaju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan
buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.
Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya.
"Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar.
Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang. ..setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemui syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya.
Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.
Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan.
"Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang.
Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam
keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."
Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah.Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.
Tadribat-
1) Apakah nama penuh Khalifah Umar Adul Aziz??
2) ....
Monday, July 6, 2009
kawanku..dilamar????
salamualaik
baru saje balik dr 'round2' di sunway pyramid dgn seorang sahabat
katenye, mereka cuti sem..seorang pelajar diploma di sebuah institusi pengajian yang unggul (dirahsiakan)..hak
tengah jalan2 tu, beliau berceritala serba sedikit khabaran dari sane..
hingga timbul kisah terbarunye..dilamar oleh pensyarahnya sendiri
whoa!!agak terkejut..
tp, dengan mukanya dan pemikirannya yang matang, tidak mustahil baginya..
kisahnya bermula di stesen keretapi KTM,dot..dot..dot
terserempak dengan pensyarahnya.pensyarahnya meminta nombor telefonnya..beliau yang hanya menyangka sebagai urusan pelajar-pensyarah terus memberi kepada pensyarah tersebut...
dan disitu bermulalah...mesej yang tidak putus2.tetapi diabaikan saje..
hmm, kita masih muda dan sedang menuntut ilmu..
tapi difikirkan balik,jika dibandingkan dengan nenek moyang kita..
umur 18 tahun sudah cukup matang untuk berkahwin dan memiliki anak...
TAPI,bak kata cikgu rafedah...
dunia sekarang sudah berubah, teknologi sudah maju..
KINI, zaman mengejar ilmu dan cita2...
mungkin urusan kahwin boleh diketepikan dulu...
tapi, pensyarah tu dah 30 tahun....
Allahua'lam
sultan Muhammad aL-Fatih
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
*filem sultan muhammad al-fatih [klik]
Allahua'lam
Sunday, July 5, 2009
quote note
salamualaik..
td kemas rumah sket2..
terjumpa secebis kertas..berdakwat merah..bertulisan ala-ala doktor..
maka, dibacalah...
and
what lies before us
are tiny matters compared
to what lies within us"
-Emerson-
"even if
you're on the right track,
you'll get run over if
you just sit there"
-Will Rogers-
yg ni x jumpe atas kertas..
"Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala,"
-Tuan Guru NIK AZIZ-
takbir!!
any idea???
S untuk..
heh..serius xde keje...
cbe teka, kucing ni macam sape??
Friday, July 3, 2009
mEm0ri tERciPTa..
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
nyanyian-shila OIAM [klik sini]
cikgu salu pasang tym akhir2,sebelum ktorg sume dah nak balik..dalam bulan 3 tu la..
pergh, syahdu sangat2..
Thursday, July 2, 2009
boys' veRSion 5 aL-JabAr 08
Salammmzz
Kali ni, kira cerita pasal kanak-kanak laki pula ek..sori la guys, aku x knal sangat korg ni..so, aku cter berdasarkan perspektif seorang siti hajar la ye…
Bahagian tengah, ahmed nasrul asyraf
Ni dia oghe klate kito..nas ni,jd selangorian dah lame dah tp, loghat klate die saaaaangatla pekat.no doubt!!nas rajen angkat tangan n tanya cikgu dalam klas esp bio, chem n adm3..nas, jugak seorang KD..die sangat eager nk jadi doktor..moga impian die tercapai, insyaAllah..
Sebelah nas, Muhammad hidayat
Tukang jaga mikrofon dan dewan..heh.kat kelas, die la paling rajin tido.(mcmla aku x tdo.hak..)besela, die ni pon aktif kawad gak..anak tentera.tgk muke die pon dah tw die ni bakal tentera.cme, dayat ni anak manje..hak3.lalala~
Belakang dayat, Muhammad asyraf
a.k.a ACOP.bendahari kelas ktorg gk..utk laki.die nip nah wat kes tym f4.tp,senyap2 sudey..kununnye nk lantik die jd ketua kelas..haha, x ckup kelayakan daa~~acop wakil skola dalam marhaban..huish, sore die sedap syeikh!!klu tadarus lg sedap, lemak berkrim..hm, bernasyid apatah lagi..bak buluh perindu..(ayat aku mmg power)
Sebelah acop, ahmad imani
The tough guy is here..skali pandang, imani ni mmg cover macho.tp, x leh nk dinafikan, die ni agak segak.indon mali..tahun ni die sangat struggle.ye la, anak murid kesayangan teacher rosnida.salu chemist, die la yg skor..x bley bla la..pndai die amek ati ckgu.die ni pon KD gak la klu x silap aku..haa, lg satu imani mmg pandai meng’ayat’ org..
Belakang imani, Muhammad fidhaus
a.k.a fidod.pengerusi koop.skali pandang, lansong x nmpk berkaliber..haha.tp, die wat keje cekap tw.haha.suro je die bukak koop, msti die bukak..sbb kdg2 kunci koop die yg pegang.hee.die ske buat lawak ‘pandai’..smpaikan org nk marah die pon x jadi nk marah..haizz.KD gak ni..
sebelah fidod, izzudin
a.k.a udin.pendiam+pemalu+blush facer+sopan santun..haha.xleh nk komen lbey la..udin ni baik..klu org mntk kerjasama, die x ragu2 nk bg..heh..KD aspura.kooper gak..jrg la dgr sore die dlm kelas..
BALIK KE DEPAN
DEPAN MEJA GURU
Sebelah kanan dayat,syed abdul muiz
Ni lagi sorang badut dalam kelas ktorg..die bkn ske buat lawak, tp, bg aku, segala yag die buat atau perkatakan agak melucukan..die ni nmpk cm kalut sket la…haha.ketua keceriaan kelas..pd nama je..lalala~~lg sorg KD dlm kelas ni..
Sebelah muiz, muhammad termidzi
a.k.a eg a.k.a ketua kelas 5 jabar.kdg2 nmpk die jalankan tugas.kdg2 geram gak bile die buat dek je bile cikgu lmbat masuk..tp, termidzi ni ok lg la..bole dibwk berbincang..salu gk kne ‘marah’/tegor ngn mai..heh
belakang termidzi, lokman hakim
dari f2 aku kelas ngn die..ooh,tidak2!!tym f3, die klas len.lokman ni pon spesies yg senyap dalam kelas.ske wat hal sndr.die ni dak redax..hmm, klu bukan faez o hajar, die la yg masuk kelas lambat..ntah pe ntah yg die buat..yg sure, klu bab2 grafik o computer, bg je kt die..dalam seminit da settle (menipu la tu..haha)..KD lagi!!
sebelah lokman, Muhammad nazrien
pengawas gak ni.x tw ape motif dak2 laki panggil die ‘burong’..die pon nmpk cm pasrah je dgn panggilan plek tu..maybe die sbb nama tmpt tinggal die kot;sungai burong(klu x silap la)die x berubah dr dulu smpi kt klas 5 jabar,pendiam je..no3.x banyak mulut.tp, kuat gelak gak dak sorg nih..
belakang nazrien, Muhammad fitri
hehehe..fit oo fit..sian la weyh.die didiskriminasikan oleh kaum adam kelas ni.nakal sungguh kwn2 die!!fit dok sorg2 je..sume org ade pair.x tw la nape.fit ni seorang BADAR.bg aku, die ni just nice, ok la..cme, dak laki je..xtw la pe mslh dorg nih..a quiet struggle person.bile xde kwn kt sebelah so, keje die study je la..xde borak2
belakang fit, abdul rasyid
heh..rasyid ni jenis yang lawak2 comel.klu ckp ngn orang, xpandang muka lansung..resah gelisah dalam control macho gak nye..tp, mulut die ni laju gk tw..haha.zass~~pedih2!!dan jugak ketua kebersihan kelas ktorg..haaa,ktorg suro wat jadul bertugas, sampai sekarang x siap2!!rasyid2!!die salu tegor aku klu aku gi amek buku kt loker..huu, ade je bnde yg x btul..KD gk nih
sebelah rasyid, Muhammad hafiz
a.k.a delek.haaa, rahsie terbesar, dgr cter, delek ske ain aqilah..btol ke??haha.die pelek,ske wat keje sendiri..n kdg2 ske masuk campor hal org gak..pelek kan??haha.x leh nk komen lbey la..tmpt duduk jauh..heh.hnya ain saje yg mengerti..
Kawan2, ape yang didescribe ni (boys and girls), harapnye antum x amik hati ye..tbe2 je perasaan rindu kt korg menyelinap dalam sanubari ni.heh.seriusly, x tw nk wat cmne nk tebus kerinduan nih.kadang2 rse rugi pon ade bile mase yg ade tahun lepas x digunakan dengan sebaiknye..
xkesahla berapa banyak kita achieve dalam SPM..tu hanya atas kertas, Allah saje yang mampu bayar usaha kita selama ni..dan juga, kenangan kita bersama..yang manis, masin, pahit, tawar, masam…tu la perkara yang x boleh dibeli oleh sape2 pon..
bile tym gadoh tu, satu kelas boikot antara satu same lain..haha..mcm budak kecik pon ade.naseb baik ustazah x tw..tp, yang paling indah, bile kita gelak, kita gelak same2, kita raikan same2..tu yang ade galang gantinye tu..~~
aku ni xde la bek sangat dalam kelas.bersyukur diletakkan dalam kelas yg “besh’ cm 5 jabar..haha.jadi sebahagian daripada korang pon aku da gembira..aku tw, aku x banyak menyumbang dalam kelas, mungkin tu kelemahan dalam diri aku..tp, satu je aku nk bgtw korg..
yang..
.
.
.
.
.
.
.
.
aku sayang dan rindu sangat2 kat korang sume..
termasuk sume cikgu yang bertungkus lumus ajar kita..daripada xtw kepada lebih tahu..
Allahua’lam..
Jika aku dikurniakan kudrat,akan kuagihkan dunia ini beserta isinya kepada kalian semua sebagai tanda terima kasih dan kasih sayang aku pada korg sume…
Huu,
Aiyok..emo daaa~~
Sekian saje..wassalam
Moga kita berjumpa lagi.
P/s-maaf la.xde gambar dak laki la..kan besh kalau ade gambar kelas..tp xde la..sori ye..
Wednesday, July 1, 2009
taman asuhan 5 jabar '08 (versi kanak2 perempuan)
Salamualaik..
Ingat lg x kelas 5 jabar 2008??hee..kelas yg salu menang kelas terbersih tu..heh..kelas yg paling ‘senyap’ kt 3rd floor blok A..yang paling x tahan,berkomplot dgn kelas biruni utk ‘tak naik ke bilik seminar utk subjek sejarah sbb cgu rafedah x datang..walaupun cgu amir ade’..hehe..dptla sign warne merah dr cgu amir+mke bengis free2..no offence..
0k.nk cter la satu2 psl dk jabar nih.ikut tmpt duduk dlm kelas ek..ni kre ‘seloka’ kelas la ye..heh..xde dlm mjlh tw!!
Dr pintu depan,nurul iman
Hmm,ni my best buddy n enemy ever..sngt baik, x smpai ati nk kenakan@sakat die salu..tp, wat jugak..iman salu wat mke innocence.jgk,sorg yg sngt selamber..
Sblh iman,siti hajar
Dak ni salu masuk kelas lambat.ceit, kunun wat keje pengawas..yolah tu..btol la..ade anak angkat tw!!; kls 2 jbr..n anak angkat lg satu;bilik kebajikan..komen dr cgu, anak murid pling baik dlm kelas..hua3
Belakang hajar,ummu afiqah
Pemalu.ske kacau ummu sampai mke die merah.sore ummu sngt lembut dan perlahan.jgk rajen.klu pndang blkg, ummu asek tunduk kepala je.khusyuk bce bku..
Sebelah ummu, fatin hazirah
Seorang yg sngt rajin,dtg kelas awl.penolong ketua keceriaan kelas.of cozla orgnye kreatif..dtg prep pon pling awal.
Belakang fatin, khadijah
Ni lg sorg yang ske tunduk kepale..sume spesies2 rajen..KD yg berkaliber.geng forum..ske dgr dijah bersyarah o berdebat..ade gaye syeikh!!
Sebelah dijah, noor hidayah azman
Hmm,top-ranker dlm kelas..rajen sapu-sampah dlm,wlupon x bertugas..respek la!!pndi berdebat juga..n my company dlm silat masal dolu2..juga seorg yg tegas pendirian..cm die sorg je yg betol..takut gak le..hee
Belakang dayah, azimah
Yeah,si putih melepak..sangat la pendiam dan sopan santun ala-ala gadis melayu terakhir.salu bg aku pinjam stapler n gam.*gunting je yg aku ade.dan.diam2 si azimah ni, berisi gk tw..
Sebelah azimah, khaulah
Haa,ni kembar kepada azimah.pendiam.berisi gk nih.heh.khaulah pndi melukis,cantik.n ade adik kat kelas 2 jabar.pon senyap gk macam kakak die.hee.khaulah tukang jaga kawasan belakang kelas.lagi2 area bakul sampah tu..hee..
KITA KE DEPAN BALIK..
Sebelah kanan hajar, zulaikha tusiran
Bole dikatakan teman seperjuangan fatin;salu jgk dtg awal ke kelas.susah nk dgr sore die.sepatah tanye, setengah patah dijawab.x same bulu kot..heh.yg pling aku respek, rsenye, die la yg paling bnyk wat nota.sangat la rajen wat nota.nota QS n SI aku, smpi skrg x siap..huu,
Sebelah zulaikha, syazana nadzira
Haa,die ni kak long kelas ktorg..kurus je orgnye.hmm, lemah-lembut.haizz.sng cter, syazana mmg x byk ckp..org yang x bnyk ckp ni, xleh komen pnjg2.
Belakang syazana, siti maisarah
Heee,penolong kelas kami.lg bertanggungjawab drpg EG(lalala~)mai, mmg byk ckp, mne x nye die dak syarahan.ble bercakap tu, kre praktis gk la..ye x??n kelebihan mai, die cakap LAJU..tp, yg best dgr, ape yg die ckp, sume clear..hehe
Sebelah mai, nadhirah
Ni OTAI kelas ktorg.ske bwk kek klu ktorg wat pot luck..nadh ni gle2 sket orgnye..juga sngt baik hati..KD dorm mne ye??B1.1..ha, satu dorm ngn mai..nadh ni nmpk je keras, tp, die ni jenis kwn yg ‘x smpi ati’.sngt baik n kelakar.bile gile die datang, mula la die kalut..haha
Belakang nadh, fatin emalina a.k.a ema
Die ni pon pengawas..die jage dewan makan.partner die,****(nama dirahsiakan).salu je dgr dorg 2 ni ade konflik.heh.gadoh2 manje.wakaka.fatin ni pon otai+slumber.die akan ckp ape je yang die fikir.x dinafikan, apa yang die cakap sume munasabah..
Sebelah fatin, fatimah az-zaharah
Timah bendahari kelas.menjalankan tugas sejujurnye.juga sangat baik,dan kadang2 lawaknye menjadi..ngee.ye, timah mmg baik dan juga pandai..
Belakang timah, shazleena
Naib pengerusi persatuan silat harimau jatian lima.care jln die sngt la otai..skali pandang cam gangster pon ade.heee.ape2 homework die wat on-time.x nmpk sngt die ni blaja, nmpk die ske main.tp, result gempak maa~~
Sebelah shazleena, fatimah zolkepli
Jarang sedar kehadiran die dlm kelas.die cm x amek tw je cter dlm kelas.hee, yg paling kesian timah ade prob mate tahun lps,sakit ape ntah.tp, sian gk la..timah ni salu gi kelas kwn die.study same katenye..
Sebelah kanan shazleena, nurul ain aqilah
Ni dia, budak paling pandai dlm kelas.salu dpt no.1(woo,malu aku!!)tp, die x riak,bonggak,angkuh tw!heh.. ain seorang ygsopan santun n cantik. cne la aku nk jadi cm die??heee.ain jadi penolong ketua kebersihan kelas ktorg.yg aku ske, tulisan die lawa..
Sebelah ain, nurul faeez bawawi
Ketua BADAR.sume takut ngn die.hak3.hmm, klu bukan hajar yang masuk kelas lewat, faeez la yang ambil alih. tp, penakut gk die nih.bile cgu nora da msuk kelas, die nyorok belakang
aku.heh.senyap je die dlm kelas.salu blaja bile ade waktu free, ye laaa..nk seimbangkan antara tugas n study..kdg2 sian aku tgk die..kdg2 nmpk tension.huu, ntahle..faeez pandai masak tw.salu sedekah makanan kt ktorg n faeez juga rajen puasa sunat..
Hmm ni bru kanak2 perempuan. Utk yg boys, sambung utk entri lepas ni ye…~~
Enjoy..~~
Luv ya!!