~AhlaN wa SaHLaN~

"HarDsHip aLways coMe to those wHo have tHe abiLity to enDure thEm. Just as tHe gooD qualiTies are tO be fOunD in tHe honouReD peOpLe. A minOr tHing miGht seeM GREAT in the eyes of a minor persOn. Just as a greaT thing seemS minor in tHe eyeS oF a GREAT person" -Salahuddin Al-Ayyubi-

Wednesday, April 1, 2009

bulan pertama



Dengan nama AR-RAHMAN dan AR-RAHIM…

Assalamualaikum w.bt..

Wira wirawati harapan bangsa

Tiba masa kita berjasa

Kita sahut cabaran bergerak seiringan

Demi mencapai wawasan

Kenali rakan pelbagai budaya

Selami warisan kita yang kaya

Bersama bergandingan

Tiada perbezaan

Kita warga Malaysia

Berkhidmat untuk Negara

Berbakti penuh setia

Satu hasrat, satu semangat, satu tekad bersama

Kami wira wirawati negara

Kini masa kami berjaya

Kami sahut cabaran

Bergerak seiringan

Kami pasti mencapai wawasan

Kita sahut cabaran

Bersama bergandingan

Berkhidmat untuk Negara ..Malaysia!


Firstly, minta maaf sebab lambat menaip untuk cerita yang special ni. Susah betul nk cari idea untuk present cter ni. Insya Allah,sekadar yg aku mampu sje la ye..mungkin tak dapat nak puaskan hati semua pihak,minta maaf sekali lagi.


Cerita ini berkenaan pahit getir,suka duka, jerih perih dan asam garam pengalaman yang dilalui sendiri. Kalau diikutkan,cerita 2 bulan setengah bukanlah sekadar cerita-cerita 2 hari setengah yang sering kita kongsi bersama-sama rakan-rakan kita.2 bulan setengah inilah yang banyak menguji ketahanan fizikal, kewarasan mental, keseimbangan emosional, kebijaksaan akal dan yang paling penting kemantapan iman..Allahuakbar!!!


Minta perhatian ye..segala watak dalam cerita aku ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada bersangkut-paut dengan orang2 kat luar sana…so, hati-hati..


Sebulan pertama…

Kalau rujuk betol2 kat dalam surat,aku kena kumpul kat stadium shah alam pukul 3 pagi. Orang len tengah nyenyak2 tidur, mungkin ade yang qiamullail, aku pula kena pergi stadium untuk pergi ke program yang paling aku benci dalam hayat aku(sekarang tak kot..hee~~) Dahla jauh dari rumah. Kawan2 sekolah yang dapat PLKN ni pun kebanyakannya dapat kat semenanjung je..aku???jauh betul tercampak kat Sarawak tu.huh..

izyan didi..

mak abah da nak nangis tu..haha


Memang kebiasaannya waktu malam aku akan pakai jubah. So, malam tu macam biasa lah, aku pakai jubah ke stadium. Aku tak sangka pula yang aku akn dipanggil ustazah dengan sekadar penampilan aku yang memakai jubah di kem sana. Malam tu,alhamdulillah kawan2 aku yang saaangat aku sayang, izyan dan didi(nadia,kena duduk rumah je) sudi nak temankan aku sampailah aku naik bas. Kalau tak silap aku, aku naik bas tepat pukul 4.45 pagi untuk menuju ke

KLIA. Bas yang aku naik ni adalah trip yang kedua untuk ke kem yang bakal aku tuju ni. Masuk2

je dalam bas, kami yang lebih kurang 25 org ini terus dapat RM 10. aku pun tak tahu ape motifnya kami diberi wang yang sedikit itu..(hehe,x bersyukur lansung!!) Tak kisahla. Dalam bas juga, aku jumpa kawan aku yang pertama (heee,beshnye!!) Nama dia Nurasyikin bt Ahmad

Kamal...well, ini pun sebenarnya bekas kawan izyan kat samttaj dulu.Alhamdulillah.Tak de la aku seorang2 nanti..

Sampai kat airport lebih kurang pukul 6 pagi, kami turun bas je dah ade pegawai2 yang pakai baju PLKN yang menanti kami. Setelah berkumpul, aku ajak kawan2 aku yang muslim, untuk solat subuh.serius..aku memang tak ingat kat mana musolla kt airport tu. Punya lah kami cari hampir satu airport..haha..akhirnya,jumpa pun setelah kami tanya pada kakak cashier yang jaga kedai tai tu. Yang peliknya, aku tengok la, ade je pegawai2 yang muslim yang menjaga kami di tempat berkumpul tu, tapi tak nampak pula mereka ke surau…mereka uzur kot..tp, tak kan la lelaki

Hampir pukul 8 pagi, kami diminta berkumpul semula. Perut aku dah mula berbunyi. Bilalah kami

akan diberi makanan…??.. waktu itu, nama kami disebut satu persatu untuk diberikan tiket penerbangan kami. Tiba nama aku disebut, SITI HAJAR..aku segera bangun untuk ke hadapan.

Dalam masa yang sama juga, ada seorang perempuan yang juga bangkit untuk ke depan..ai, tak kan la ada dua SITI HAJAR???..Pegawai itu menyebut semula nama penuhku. Rupa-rupanya, bukan aku seorang sje SITI HAJAR dalam flight ni, sekaligus dalam keseluruhan kem nanti..hehe..jumpa juga kembar aku kat sini ek…selamat berkenalan SITI HAJAR BINTI NASRUDDIN =)

focker~~


Aku betul2 penat dan nak tidur..Setelah mengambil flight yang kedua,menaiki ‘focker’, kami tiba

di Bintulu Airport. Kalau tak silap, waktu tu, dah pukul 11 pagi. Kami ditunggu lagi oleh pegawai yang memakai baju PLKN(waktu tu, aku tak tau yang pegawai2 tu adalah jurulatih yang dipanggil cikgu) Kami perlu menaiki bas untuk ke kem. Cadangnye, aku nak tidur sekejap dalam bas. Tapi, impian hanya tinggal impian.huhu. aku tak dapat tidur kat dalam bas tu. Jalan dia…memang besh,macam naik jongkat-jongkit.. Sedap juga tulang belakang ni…


pintu gerbang, segah tempatnye...


Perasaan yang tak dapat tidur tu diganti dengan perasaan excited untuk sampai kat kem tu…aku pikir, macam mana la rupa kem aku…sama macam Dusun Eco Resorts ke tempatnye…ke lagi besa??...bape ramai la orang yang akan aku jumpa nanti…macam2 persoalan yang aku pikir….yang peliknye, tak ada lansung perasaan cuak ketika dalam perjalanan waktu itu…ntahla..belum lagi kot..


Yeah, at last…..aku ingat lagi, berhenti saje bas kat perkarangan kem, aku terus tengok jam. Wooo, tepat2 pukul 12 tengah hari. Bas itu berhanti betul2 di hadapan dewan makan pada perkiraan aku waktu itu.Turun saja dari bas, mata aku melilau-lilau tengok keadaan sekeliling. Dalam masa yang sama, aku mendengar ada suara yang mengalu-alukan ketibaan kami..huhu.’SELAMAT DATANG ROMBONGAN DARI KUALA LUMPUR KE KEM SIMILAJAU,

BINTULU’..I’m totally exhausted!!dari mula perjalanan ke sini aku tak tidur…woo..waktu tu juga,

aku lihat ramai orang beratur. Maybe sekarang time lunch. Ramai gle ah…Aku dan rakan yang lain mengambil beg luggage masing2 dan dibawa ke satu tempat. Kalau tak silap aku…memang tak

silap pun, Kina punya beg la yang paling besar di antara kami dan Sofiah punya beg yang paling kecil..heeee..aku?? dalam ranking yang besar jugak la..

Sekali lagi, terdengar announcement menjemput kami makan tengah hari dulu. Tapi, aku masih blur di tempat aku berdiri betul2 di sebelah public phone. Betul2 blur!!!ngantuk la..berdenyut2 kepala ni.. Apa yang patut aku buat!! So, aku yang kebetulan memang habis kredit,ape lagi..aku keluarkan beg syiling pooh aku yang comel..aku mula mendail mana2 nombor yang aku kenali untuk memberitahu yang aku sudah sampai ke Sarawak. In more specific, at the KEM…


Bermula cabaran aku kat kem ni apabila semua pelatih mengambil baju yang sepatutnya dan fon perlu diberikan pada jurulatih kompeni masing2..Kalau tak silap aku, kami mulakan aktiviti kat sana pada 30/12.. Cerita pasal baju ni, haaa..kalaulah aku dapat buat complain kat JLKN, aku nk suruh orang2 tu design baju molek2 sikit. Tak kira la baju untuk wira atau wirawati.especially uniform PT..aduhai, sian betul pada si pemakai. Kesian la pada aku. Baju kelas, bagi aku baju yukssss. Malu aku nak pakai.Half-loreng dan full-loreng, ok lagi la. Tak ketat n agak

menyelesakan..

bravo di mana2 sje, hatta di atas jalan...


Aha..terlupa aku nk mention. Aku di tempatkan dalam kompeni Bravo, jurulatih kanan kompeni aku dipanggil cikgu Maziah binti Majujin.tau tak, cikgu sama birthday date dengan

aku+sofiah+ayu+tehah..hee, jumpe kembar lagi.well, hidup ini memang penuh dengan kejutan…KJ Mahli merupakan cikgu yang paling baik bagi aku. Walaupun kadang2 KJ tu ‘annoying’ jugak..tak pe la..


First month kat sana, no komen. Setiap hari aku bangun pukul 5 pagi(kadang2 lagi awal) Ntah pe yang aku wat…tapi, aku bangun awal pun sebab ada orang suruh tutup alarm clock aku.(telinga

aku tak makan bunyi alarm clock la..sama macam kat asrama dulu..haha) Tapi, kalau aku bangun awal, dengan rela hati tau..haha(that’s rite!!) Then, kalau sempat, pergi la mandi. Kalau tak sempat, mandi before pergi kelas la nampaknya, after PT (Physical Training) sehingga 5.30 pagi, yang muslim akan soalt subuh di dorm(wira solat kat surau) then, lebih kurang pukul 5.45 pagi, kami akan berbaris bertiga untuk bergerak ke padang kawad. selalunya, Bravo yang akan tiba awal(itu markah disiplin tu). Dan selalunya jugalah, Bravo juga yang akan pengsan dulu..huhu..elokla tu..kami memang berbaris betul2 depan medic..Setiap hari isnin, mesti belajar senam seni. Macam mana entah stepnye..aku ingat sikit2 je.. Hari2 yang berlalu membuatkan aku makin bertambah kenalan.Walaupun bukan aku yang minta..


Selepas habis PT, sarapan pagi, pergi kelas. Pada peringkat awal, kami mengikuti Modul Pembinaan Karakter(ada 4 modul semuanya) Aku diletakkan dalam kelas PK 7. Di situ la aku kenal norisa+ Margaret+ Abraham+ indra+ grace+ ruth+ yasin+ razak+ luqman+ mila+ helmi+

siong+ apiz+jenny+eyen+kommala+haziq+chee+erin+Winnie+fatihah+rin

+albert empawi(heee). Hamper 55 orang di dalam satu kelas. Bercampur bangsa, agama dan warna kulit. Dan yang paling tak dilupakan, cikgu aku yang ensem tu, Cikgu Rash bin Ibrahim..heee..dahlah ensem, baik+sopan pula tu. Teringatla kat semenanjung..Cikgu Mariam Aida anak Bupi(Bidayuh) dan cikgu yang agak gempak, Cikgu Muran James(Iban).Tapi jangan risau, mereka sangat fasih berbahasa melayu walaupun terdengar juga slang2 sarawak+iban

mereka tu.

ni dia, surau as-syuhadah


Kelas akan habis pada pukul 12 tengah hari. Selepas makan tengah hari, pelatih muslim akan menuju ke surau untuk solat zohor berjemaah(pada awalnya, aku solat kat dorm je..tak tau lagi kena solat kat surau) Zohor masuk pada pukul 12.40 tengah hari. besh betul! Selalunya isnin-khamis, kena kumpul kat dewan semula pada pukul 2 petang. Hari jumaat pula pukul 2.30

petang. Belah petang ni la Modul Fizikal dijalankan. Pada awal2 ini, kami ikut kelas. Kelas teori pertolongan cemas, peta dan kompas, latihan air, tali tinggi, kraf hutan…pe lg ek??.. Ciri2 bestari

melekat lagi kat aku. Setiap kali teori, aku mesti akan menyalin nota..heee. Itu pun cikgu siap

ugut kata teori2 ni akan masuk ujian(tak ada pun). Kalau tak ada teori pun, kami akan buat

latihan kawad. betul matahari tegak kat atas kepala. Kalau tengok kat tar padang kawad tu, boleh nampak betapa menggelegaknya tar tu.haha. boleh nampakla bahang tar tu naik ke atas..

padang kawad

Sekali-sekala kalau awan tu lindung matahari, memanglah aku sangat bersyukur. Asar masuk pukul 4.00 petang. Tapi selalunya latihan fizikal akan habis pukul 4.30 petang. Jadi, sejurus habis latihan, kami yang muslim terus ke surau. Wirawati Bravo ada 42 orang. 13 orang muslim, selebinhya non. Jadi yang muslim tak ramai sangat. Senang nak urus. Sebelum pukul 5

petang, kena kumpul semula kat padang kawad untuk buat laporan sebelum pergi riadah. Awal2 dulu rajin la nak main bola tampar kat court yang disediakan tapi, tak macam kat sekolahla. Courtnya campur wira n wirawati. At last, tak kuasa aku nak main. Kalau riadah, ambil angin saje

o pusing satu padang kawad o lepak kat surau(senyap2 sudey). Pukul 6 petang dah boleh ambil dinner.hmm, jurulatih kat sana memang sangat titik beratkan soal makan. Mereka akan paksa orang makan sebab takut jatuh sakit. Maghrib pula masuk pukul 6.30 petang. Paling la yang muslim ni tak kelam kabut kejar masa. Nak makan, mandi, kumpul semula before pergi surau. Ada yang escap makan sebab nak mandi. Perkara biasa la tu.. Tu belum fakir soal hantar dobi lagi. Dalam dorm aku ada 24 orang. Perghh, nak angkat baju tu bukan senang. Kena lalu jalan

curam lagi, pastu kena ambil baju bersih balik bawa balik dorm, then baru boleh pergi surau. Penat!

Kat suraula momen yang paling best kot. Kat surau ada air-cond.haha. memang cool. Ketua unit agama kami adalah ustaz nazarin. Ustaz kata, komandan memang arah pelatih musilm relax bila datang surau, so kami yang muslim tak ada aktiviti yang tough sangat dal surau(tough???) lepas solat maghrib, ustaz akan bagi tazkirah o borak2 pasal agama, then solat isya’. Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami akan balik semula ke dewan. Aku pun tak tau apa point duduk kat dewan tu walaupun takada taklimat. Tapi, selalunya KJ akan bagi briefing untuk aktiviti hari esok dan pakaian yang patut dipakai. Pukul 10 malam, makan supper then kena tunggu turn untuk balik dorm. Samada wira atau wirawati yang akan balik dulu. Kadang2 cikgu lepaskan kami

hampir2 pukul 11 padahal banyak lagi kerja yang menanti kat dorm tu dan kena pula tutup lampu pukul 11.30. Tu belum kira lagi budak2 yang kena bertugas penjaga malam. Dahlah kena pakai baju full-loreng. Kalau lambat melapor, cikgu tengking sedap2 punya! Cair gak tahi telinga ni.adooii. paling lambat pun kena tidur pukul 11.30 malam. Tapi ada jugak yang masih ingat malam masih muda(termasuk aku juga kadang2) Kebanyakan mereka masak maggi n buka warung kopi even dalam gelap tu.. Dah penat borak baru la boleh tidur. Inilah aktiviti saban hari aku kat sana. Memang perkara yag sama kami akan lalui. Seolah2 ada jadual yang ditetapkan dan otak akan memacu tindakan seterusnya kaki dan tangan ni je yang akan menggerakkan segala2nya. Seriously, memang penat. Bagi aku, memang tak cukup masa untuk diri sendiri.

Kadang2 aku give up juga, tapi bukannya boleh lari pun. Redha is the only choice…


Hari minggu pula tak banyak sangat aktiviti. Dan kami bebas memakai pakaian milik kami, kecuali pada waktu2 tertentu. Yang penting kata cikgu2, jangan pakai pakaian adik2 kamu. So, time tu la ktorg beragam dengan baju kurung ktorg (malam). Bagi aku, benda yang paling penting kat

kem ni adalah payung.heee..walaupun aku sendiri pun takde payung. Hujan memang perkara

biasa kat sana. Lagi2 waktu malam, selagi tak terangkat bumbung dorm tu, selamatlah ktorg. Hujan turun kadang2 tak menentu..pagi, petang, malam. Tapi, salunya, hari jumaat, hujan takkan turun. Jadi sape2 yang basuh baju tu bolehlah gembira melihat baju2 yg dibasuh,kering (termasuk aku)..


Hari tu, kami diberi kerja kompeni..semua kompeni wat KKJ(tak ingat plak maksudnye).. dan,malangnye, aku menjadi salah seorang untuk menjadi wakil kompeni untuk bentang. Cik puan yang judge kerja kompeni ktorg..wee~~korg pun tau kan betapa uniknya

suara aku..haha..nampaknya ramai yang teruja dengar suara aku(nak kata batak, jahat plak..)tak pernah dengar kot suara macam aku…malunye!!dorg panggil aku doraemon, mickeymouse, katon…


awal bulan ni gak ada perbarisan komandan..perbarisan tu untuk penganugerahan pangkat suo(senior under officer), juo(junior...), sarjan, penghulu wira n wirawati..penghula wira ktorg namanye saddam hussien bin herman..hehe..bekas presiden iraq..penghulu wirawati pulak, siong jing jing...siong lagi bagus dr saddam (sori ye)..command siong pun mantap..org kata die garang..tap siong kata, dia hanya besarkan suara saje..ape2 je la.waktu perbarisan ni la memperlihatkan satu persatu manusia tumbang (pengsan)..woo, tak tahan berdiri lama sangat..hampir 3 jam jugak la..dn yang paling ramai pengsan, mestila dr kompeni yg baris depan medic..hik8.dongeng2!!


tym tahun baru cina..


Perkara yang paling best tym bulan pertama ni, waktu cuti tahun baru cina. Daripada 385 orang, tinggal 180 sje yang tinggal. Tym tu, kem memang sangat lengang. Ye la, hampir semua budak2

sarawak balik rumah kecuali yang jauh2 mcm limbang, daro..de jgk la yang stay. Ktorg budak2 semenanjung terpaksa pasrahlah tengok kawan2 lain balik.kalau tak silap, yang balik semenanjung lebih kurang 10 orang.2-3 orang melayu, yang selebihnya cina..


dari kiri...hajar, hajar, farhana, ami


Waktu tu, free sangat.tak de banyak aktiviti. Cikgu2 dah janji nak bawa ktorg g rumah panjang.haha..mana ada rumah panjang kt semenanjung, kn??agak excited la…ustaz awal2 dah ingatkan ktorg yang muslim spy hati2.takut2, kalau dihidang tuak, kai minum. Sebab pernah berlaku pelatih minum tuak sebelum ni. Aku tak ingat plak nama rumah panjang tu, Sinai, runai, singai,…ntahla…tu rumah panjang orang kristian, jadi banyakla aku nampak gambar tuhan dorg tu. Tapi, yang peliknya, ade gak aku nampak helaian ayat quran kat pintu rumah dorang tu..ntahla..musykil2!

masuk rumah panjang

ustaz suro aku panjat skali..doiii..

luar rumah panjang

kuih penyaram..fresh from pan

wira goreng kuih dulang..


Sebelum menapak dalam rumah tu, ada ‘kawan’ aku bg mesej bce ayat kursi dan 3 qul…heee.aku pun menyebarkanlah kat kawan2 muslim aku yang lain..Setelah kami semua masuk dalam rumah panjang tu, tuai rumah tu bagi ucapan alu-aluan dan buat upacara mende ntah,kononnya menyambut kedatangan tetamu.macam2 la mantera yang dibaca (bahasa iban, aku tak paham).ade gak upacara potong ayam..terpancut-pancut daah ayam tu..eii, ngeri aku. Aku tak dapat tengok pun.. ramai sangat yang lindung. Ustaz siap suro aku panjat lagi…tak kuasa aku..kemudian kami ditunjukkan cara buat kuih mereka, penyaram dn kuih dulang (kat sana, aku tak ingat dorang panggil pe)..well, kuih penyaram tu memang sedap (org kantin kem salu serve).tp, berminyak gak la…


Pihak kem siap sediakan minum pagi dan akhirnya aku bosan, aku ajak kawan2 aku balik..huhu..mcm boleh balik sendiri je..lepas habis ucapan tuai rumah dan komandan, baru ktorg balik..kira2 kat dalm rumah panjang tu, ada 27 bilah kipas…banyak kan??kira, lagi banyakla dari kipas kat rumah kita..lampu, aku tak sempat nak kira, 2 kali ganda kot…


Hmm, tau tak lebih kurang seminggu sebelum cuti raya cina, syikin jumpa aku..syikin kata, ada budak Charlie nak belajar pasal islam, Rosyati (SIB) namanya..syikin pun dapat tahu dari kawan lelaki yang sama sekolah dgn syikin. Budak tabligh, katanye…huhu..syikin minta aku tolong Ros..tym tu la aku baru tahu cabaran aku kat sana..sebelum ni mana ada pengalaman nak kawan dgn orang non-muslim,yang siap nal belajar pasal islam lagi..terkezut den..tawakkal aje la.. Ros kenal budak tabligh ni sebab dorg dalam satu kelas PK 5, n bdk tabligh ni minta tolong syikin n aku, sebab Ros tu perempuan.nanti len plak jadinye,,kate bdk tabligh tu le…


Tengok tak cerita PLATUN SATRIA??hehe..waktu ditayangkan tu, cikgu wajibkan ktorg sume tengok cite tu..agak terharu la ada orang buat cter pasal PLKN..hampir sam agak la dengan suasana kat kem ktorg..tp, ending cter tu unexpected…huhu..yang tak tengok tu, tak yah tau la… malam tu, hujan lebat gle..konon gune astro..haha..aku tak tau plak line astro tak elok tym hujan..bru tau..jadi, hujan malam tu lebat sangat2..sampai nk tengok cter tu pun da x clear..

Untuk wirawati muslim kami ada anjurkan usrah setiap hari minggu..adalah belajar (well,aku yg ajar) sedikit pasal fardu ain, hukum-hakam dan tazkirah…aku agak terkejut tengok kawan2 aku..dan bersyukur aku sekolah kat SAMBEST. Kebanyakan meraka ada masalah dalam solat, bacaan quran, yang tak pakai tudung pun ade..senang cter, dorg tak terdedah sangat baba keagamaan ni…sian dorg..aku tolong mana yang mampu saja la..aku da cakap awal2 kt dorg, perubahan tak perlu dengan mendadak, tapi sedikit demi sedikit..aku syukur dan bangga sangat, aku pernah sekolah kat SAMBEST..ada gak satu group dak sana yang tak nak solat..aku pelek betul dgn dorg..sampaikan aku pun kena ban dgn dorg sebab ajak dorg solat..wira muslim lagi hebat, dorang buat usrah tiap2 hari lps zohor..yela..dorg ramai ‘ustaz’..


farhana n suraya

Kesimpulannya, waktu ni aku masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan keadaan kem tu.disamping tu juga, aku menambah ramai kenalan, samada dari Sarawak atau luar Sarawak. Aku juga berjejak kasih dengan kawan2 aku yg dulu dari taski abim, sekolah hicom dan sekolah agama yang sama..faidi, arep,azrul,meor..kawan smka didi pun aku jumpe, hafiz yang GS,bdk SAM kg jawa sofiah,SAM jeram kinna, SAM Tg. Karang, yana.bdak seri puteri suraya, teknik-teknik-teknik farhana,luqman,azirah, wahidah,hazirah edan, zafir..ramai lagi..pengkid pun ada gak..haha(1st tym tengok, ingtkan betul2 laki)…


Sampai sini dulu, untuk episod bulan pertama…post akan datang, aku cter pulak pasal bulan kedua…lagi adventure..heeee.~~

2 comments:

Nurul Athirah said...

waa,
sambungla lagi..
mcm bez je..
nak berdakwah-dakwah ni..

siti-situ-sana-sini said...

to be continued...